MLM
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ya syeikh...ana ada persoalan tentang perkhidmatan TELCO yang menggunakan kaedah MLM (multi level marketing). Mereka ada agen2 yang mencari agen2 baru dan customer baru untuk menyertai mereka dan mereka mendapat komisyen dari usaha mereka tersebut.
Di sini ada yang join dan aktif mencari down line, yaitu merekrut ejen2 baru. Dengan ramainya ejen2 baru dibawah mereka, maka lebih banyak lah komisyen mereka.
Di sisi lain, ada yang join hanya untuk menggunakan telco ini sahaja sebagai kemudahan, bukan untuk mencari pendapatan dari hasil MLM tersebut. Lebih-lebih lagi mereka2 yg tidak mempunyai pilihan kerana hanya telco ini yg ada service coverage di area mereka tinggal.
Apakah dgn join telco ini hanya untuk tujuan ini sahaja (bukan MLM), termasuk bekerjasama dengan MLM? Dan apakah ini berdosa.
Kerana secara tidak sengaja, dgn joinnya kita ke Telco tersebut, nak atau tak nak ejen yg memasukkan kita mendapat komisyen.
Mohon Syeikh memberi perincian tentang permasalahan ini.
جزاك الله خيرا وبارك فيك
Sumber Channel Telegram: soaljawab_sheikhabufairuz