Header Ads

Tafsir (Peristiwa Perang Bani Quraizah)

Kuliah Tafsir Al Quran
🎙Asy-Syaikh Abu Fairuz bin Soekojo Al Jawiy Al Indonesiy

Dars 17 Zulhijjah 1445, Isnin 24/06/2024
Akhir surah Baqarah 239

Peristiwa Perang Bani Quraizah.
Ijtihad para sahabat tentang solat asar di perkampungan Bani Quraizah atau dijalanan.

Solat khauf didalam surat An Nisa'
Benteng Tustar Persia.

Ayat 240 - 242

Memikirkan berarti apa? Maknanya menggunakan akal. Kata para ulama ini menunjukkan bahawasanya akal tidak di sia siakan dalam syariat Islam tetapi akal dipakai untuk memahami dalil dan mengamalkannya bukan untuk mempermainkan dalil dan menghindar darinya dan bukan pula untuk di telantarkan. Tidak seperti ajaran orang-orang Nasoro, ghulatus sufiyah dan ghulatus Syiah Rafidhah, yang menjadikan akal itu terbengkalai, tidak boleh  pakai akal sama sekali sehingga gurunya berbuat apa pun tidak perlu dikritik kerana kalian belum sampai maqam, katanya begitu.

Ya betul. Akal dipakai kerana al Qur'an sangat mengagungkan masaalah akal tetapi untuk menaati syariat, memahami syariat dan mengamalkannya. Memang harus dengan akal yang sihat. Kalau akal tidak ada, memang tidak terbebani syariat.

Ayat yang terhapus masih diletakkan didalam mushaf kerana ada hikmah.

Sumber Channel Telegram: tafsirquran_abufairuz
Diberdayakan oleh Blogger.