SHAHIR DAN PARA TOKOH YANG DIA KULTUSKAN HANYA MENGANDALKAN RA'YU
SHAHIR DAN PARA TOKOH YANG DIA KULTUSKAN HANYA MENGANDALKAN RA'YU
(Syubhat shahir dan tokoh kultusnya) :
Berhatilah-Hatilah Daripada Jalan Puak Pelampau (Ahli Ghuluw).
Ditanyakan kepada Fadhilat al-Syaikh ‘Adnan bin Husain al-Masqari hafizahullah:
“Apakah keadaan Abu Fairuz al-Indunisi?”
Beliau menjawab:
“Abu Fairuz -semoga Allah memberinya hidayah- berada di bawah penasihatan ahli ilmu. Ahli Sunnah masih lagi berlembut dengannya dan menasihatinya. Dia berada di bawah penasihatan dan kita berharap agar dia kembali kepada kesedarannya serta bertakwa kepada Allah terhadap saudara-saudaranya.
Dia [sekarang ini] dalam perjalanannya menuju kesia-siaan dan meninggalkan Ahli Sunnah akan tetapi kita tidak mahu dan tidak suka dia begitu; kerana ketertipuan dengan diri sendiri (الغرور بالنفس), ketertipuan dengan pendapat sendiri (الغرور بالرأي) dan ujubnya seorang insan itu dengan pendapatnya sendiri; ini semua termasuk daripada kaedah puak pelampau, jalan yang menuju kepada meninggalkan saudara, memboikot Ahli Sunnah dan mencari fitnah.
Kerana barangsiapa yang meninggalkan saudara-saudaranya, nescaya dia akan mencari satu jalan untuk dia pergi kepadanya. Barangkali dia didukung oleh pihak-pihak yang ingin membuat makar kepada dakwah. Barangkali juga dia akan mendapatkan orang-orang yang memberikan semangat padu kepadanya dan orang-orang yang menyokongnya dalam kalangan mereka yang masih baru dan musuh-musuh dakwah dari sini dan sana; lalu saudara ini -semoga Allah memberinya hidayah- menyangka bahawa dia merupakan seorang “Syeikh Kabir” dan bahawa dia telah menjadi seorang yang memiliki ijtihadnya sendiri dan bahawasanya pintu terbuka untuk dia menanduk ahli ilmu dan masyaikh sunnah.
Demikianlah. Kamu jika menempuh mana-mana pintu untuk memecahbelahkan dakwah, mencerai beraikan Ahli Sunnah dan mencela Ahli Sunnah, kamu tetap mendapati ada orang-orang yang akan menyokong kamu dan memberikan semangat padu kepada kamu akan tetapi dalam kalangan siapa? Dalam kalangan orang-orang yang disusup masuk [ke dalam dakwah] dan juga daripada mata-mata (جواسيس) di dalam dakwah, dan daripada pihak-pihak yang meragukan. Barangkali pihak tersebut didukung pula oleh orang-orang yang di belakang dan di belakang mereka dari sana.
Maka berhati-hatilah kamu semua daripada jalan Abu Fairuz, jalan orang-orang yang memusuhi Ahli Sunnah di Sanaa, jalan Al-‘Amudi, jalan Al-Jabri, jalan Sami al-Nasiri, dan jalan sebahagian penulis berbangsa Algeria yang berada di Algeria yang mendukung puak-puak itu. Mereka semua akan kembali kepada kegagalan.
Demi Allah seandainya ratusan penulis bersatu padu melawan Ahli Sunnah, dakwah akan tetap kuat -dengan segala puji bagi Allah-. Dakwah berada dalam kekuatan. Dan Ahli Sunnah -dengan segala puji bagi Allah- telah mengenali orang-orang yang membuat fitnah.”
____
Dijawab oleh Fadhilat al-Syaikh Abu al-Yaman ‘Adnan bin al-Husain al-Masqari hafizahullah pada 16 Rabi’ al-Akhir 1446 bersamaan 19/10/2024 di Dar al-Hadith al-Salafiyyah Dar al-Salam, Tanzania.
Sumber: ----------
Terjemahan dengan olahan tanpa mengubah makna oleh Wan Shahir bin Wan Perwira.
-----------------------
Pertanyaan :
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Bagaimana pandangan Antum tentang fatwa dan tuduhan Syaikh Adnan Al Mishqariy pada Antum yang diterjemahkan oleh Shahir Al Maliziy?
Jawaban dengan memohon pertolongan pada Allah ta'ala:
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته.
Shahir dan para tokoh yang dia kultuskan hanya mengandalkan ra'yu.
Manfaat dan mudharat bukan di tangan para tokoh yang mereka kultuskan.
Kita in sya Allah tetap setia di atas atsar-atsar Salafush Shalih رضي الله عنهم أجمعين.
Walau apapun yang terjadi In sya Allah.
Telah pasti bahwasanya Al Imam Al Auza'iy رحمه الله berkata: "Wajib atasmu untuk mengikuti jejak-jejak para pendahulu (Salaf) walaupun orang-orang menolakmu. Dan hindarkanlah dirimu dari ra’yu-ra’yu para tokoh walaupun mereka menghiasinya dengan perkataan untukmu." (Diriwayatkan oleh Al Ajurriy dalam “Asy Syari’ah”/hal. 67/cet. Darul Kitabil Arabiy/ shahih).
Adapun para tokoh yang dikultuskan oleh Shahir dan gerombolannya itu, biarlah mereka 'ujub dengan kebesaran diri² mereka dan memandang hanya merekalah yang punya kedalaman ilmu dan berhak berijtihad serta memvonis sekalipun tidak mendatangkan dalil wahyu dan pemahaman Salafush Shalih, sambil mereka senantiasa sombong menghina orang lain seakan² orang lain tidak punya kemampuan Ilmiyah kecuali jika merekalah yang mengesahkannya.
Kita sudah banyak menyampaikan nasihat dan hujjah, namun dihinakan dan direndahkan.
Maka biarkanlah mereka dengan cacian dan kesombongan mereka.
Dan biarkanlah mereka terus-menerus menaungi dan melindungi pelaku ihdats dengan sejumlah penakwilan ra'yu, sampai Allah سبحانه وتعالى memberikan keputusan antara kita dan mereka.
Dari ‘Ali bin Abi Thalib رضي الله عنه: bahwasanya Rasulullah ﷺ bersabda:
«... وَلَعَنَ اللهُ مَنْ آوَى مُحْدِثًا».
“… dan semoga Allah melaknat orang yang menaungi pelaku ihdats.” (HR. Muslim (1978). Diriwayatkan Al Bukhariy (1870) juga dengan lebih panjang).
Al Imam Al Fudhail bin ‘Iyadh رحمه الله berkata: “Janganlah engkau duduk bersama pelaku bid’ah, karena aku takut akan turun kepadamu kutukan.”
(Diriwayatkan oleh Al Imam Ibnu Baththah رحمه الله dalam “Al Ibanatul Kubra” no. 443 dengan sanad yang hasan insya Allah).
حسبنا الله ونعم الوكيل.
فالله خير حافظا وهو أرحم الراحمين.
--------------------------
(Dijawab Oleh : Asy Syaikh Abu Fairuz Abdurrahman bin Soekojo Al Qudsiy Al Jawiy Hafidzahullah)
Ahad 17 Rabi'ul Akhir 1446 / 20-10-2024
Sumber Channel Telegram: fawaidMaktabahFairuzAdDailamiy






























