Kajian Kitab Shohih Bukhari (Tsulatsiyat: Hadits 21)
Sumber Channel Telegram: Tsulatsiyat Shohih Bukhari
🎙Syaikh Abu Fairuz Abdurrahman bin Soekojo AlJawiy حفظه الله
Hadith ke 21
*الحادي والعشرون: من شمائل النبي صلى الله عليه وسلم*
Sebagian dari karakter nabi صلى الله عليه وسلم.
قال الإمام البخاري رحمه الله في صحيحه برقم (٣٥٤٦): حدثنا عصام بن خالد: حدثنا حريز بن عثمان: أنه سأل عبد الله بن بسر رضي الله عنهما صاحب النبي صلى الله عليه وسلم قال: أرأيت النبي صلى الله عليه وسلم كان شيخا؟ قال: (كان في عنفقته شعرات بيض).
Isom bin Khalid (Abu Ishaq al Hadhromi al Hinsi) - termasuk ulama' tertua dari gurunya Bukhari. Dari Bukhari ke Rasulullah hanya 3 melalui beliau ini.
Haris bin Usman (Abu Usman, al Hinsi). Tidak ada orang Syam dizaman beliau yang lebih tsiqoh daripada beliau.
Abdullah Ibnu Busr al Aslami رضي الله عنه, sahabat. Masuk dalam pembahasan karamatul auliya', didoakan nabi hidup 100 tahun.
Haris bin Usman.bertanya kepada Abdullah bin Busr al Aslami رضي الله عنه, "Apakah anda melihat nabi صلى الله عليه وسلم itu orang tua?". "Di bawah bibir nabi ada beberapa rambut yang berwarna putih."
شعرات - sembilan ke bawah
Nabi walaupun sudah 63 tahun, beliau tetap tidak nampak seperti orang yang tua renta, putih rambutnya hanya sedikit sahaja.
Catatan kaki
Nabi صلى الله عليه وسلم tidak diperburuk dengan putihnya rambut.
Imam an Nawawi, tatkala mengumpulkan riwayat pada bab ini, beliau mengatakan, riwayat yang lain hadis Anas, saya bertanya kepada Anas bin Malik, "Apakah Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu menyemir rambut?". "Tidak sampai beliau memerlukan penyemiran rambut. Dijanggutnya ada beberapa rambut putih saja".
Dalam riwayat yang lain, "Tidak nampak dari uban nabi kecuali sikit saja".
Dalam riwayat yang lain, "Seandainya saya mahu, saya mampu menghitung berapa helai rambut putih yang ada di kepala beliau, dan beliau tidak menyemir kerana tidak perlu, rambut putihnya sedikit. Kalau banyak dsunnahkan disemir.
Dalam riwayant yang lain, "Allah tidak memperburuk nabi dengan rambut-rambut putih"
Adapun perselisihan riwayat tentang berapa kadar uban nabi, cara menggabung riwayat-riwayatnya, intinya Anas melihat warna sikit saja. Sahabat yang menetapkan yang nabi punya uban, dia mengkhabarkan tentang ubannya nabi sedikit sahaja.
Adapun ada kalangan sahabat mengatakan nabi tidak punya uban, maksudnya tidak banyak uban dirambutnya.
Hukum sesuai dengan dominan.