Kajian Kitab Shohih Bukhari (Tsulatsiyat: Hadits 19-20)
Sumber Channel Telegram: Tsulatsiyat Shohih Bukhari
🎙Syaikh Abu Fairuz Abdurrahman bin Soekojo AlJawiy حفظه الله
Masih di Hadis ke 19, masaalah qisos didalam jinayah, ada istilah-istilah:
1. Al Ma'mumah; luka di kepala yang memanjang sampai ke atas otak.
👆Tidak ada qisos. Kalau di qisos,orang yang terkena qisos boleh mati atau gila. Tetapi diyat dengan membayar beberapa puluh ekor unta.
2. Al Munaqqolah; luka yang sampai ke tulang, membuat tulang rosak dan pindah dari tempatnya sehingga perlu kita memindah tulang yang berpindah tadi agar kembali ke posisinya.
👆tidak ada qisos kerana susah, untuk pastikan hasilnya sama. Maka diyat beberapa belas ekor unta.
3. Al Hashimah; luka yang betul-netul sampai menampakkan tulang.
👆 tidak ada qisos. Membayar 15 ekor unta.
4. As Solok; bahagian paling akhir tulang belakang, di tempat untuk duduk dan di sekelilingnya itu.
Ini kalau pecah dan orangnya tidak mampu hubungan suami isteri, maka diyatnya 100 ekor unta.
Tapi kalau tidak sampai pecah dan masih mampu hubungan suami isteri, maka beberapa puluh ekor unta, kembali kepada pemahaman fiqh tentang itu. Tidak ada qisos.
Catatan kaki.
Kalam Imam At Thohawi, para ulama bersepakat bahawasanya tidak ada qisos untuk tulang kepala, demikian pula tulang-tulang yang lain, tapi ini sudah dibantah dengan beberapa dalil, untuk yang kepala ijma, untuk yang laim tidak seperti itu.
Hujjah untuk Imam Malik, hadis Anas, nabi bersabda tentang gigi Rubaiyiq, saudari dari Anas ibn Nadr, makcik Anas bin Malik, "Ketetapan Allah adalah qisos. Tatkala qisos itu boleh pada gigi, apabila gigi dipatahkan, padahal dia itu tulang, maka demikian pula tulang-tulang yang lain. Masih memungkinkan untuk di qisos dengan tepat kecuali tulang yang para ulama bersepakat bahawasanya tidak ada qisos disitu kerana dikhawatirkan jiwa oramg itu akan lenyap. Kita tak mampu menghukum dengan sama, maka dengan diyat yang adil.
Ibnu Munzir mengatakan, siapa mengatakan tidak ada qisos pada tulang, orang ini menyelisihi hadis.
*Aqidah ahlussunnah wal jamaah*
*Keluar menuju ke dalil aqli itu tidak boleh, ketika sudah ada dalil naqli.*
*Pakai akal tidak boleh, kalau memang sudah ada dalil naqli.*
👆Kalam bagus dari Imam Ibnu Munzir.
Jumhur : Diyat untuk gigi untuk kes tidak sengaja, setiap satu gigi 5 ekor unta.
Hadith ke 20
العشرون: جواز الصلح في الدية
Bolehnya perdamaian dalam masaalah diyat.
قال الإمام البخاري رحمه الله في صحيحه برقم
(٢٧٠٣): حدثنا محمد بن عبد الله الأنصارية قال: حدثنا حميد: أن أنسا رضي الله عنه حدثهم أن الربيع وهي أبنة النضر كسرت ثنبية جارية، فطلبوا الأرش وطلبوا العفو، فأبو، فأتوا النبي صلى الله عليه وسلم فأموهم بالقصاص، فقال أنس بن النضر: أتكسر ثنية الربيع يا رسول الله؟ لا، والذي بعثك بالحق، لا تكسر ثنيتها. فقال: ((يا أنس، كتاب الله القصاص)). فرضي القوم وعفوا فقال النبي صلى الله عليه وسلم: ((إن من عباد الله من لو أقسم على الله لأبره)). زاد الفزاري؛ عن حميد: عن أنس: فرضي القوم وقبلوا الأرش.
Rubaiyiq mematahkan gigi seri dari seorang wanita, lalu mereka meminta ganti rugi, sementara keluarga Rubaiyoq, mereka minta dimaafkan. Lalu kelompok pertama tidak mahu. Lalu nabi memerintahkan mereka untuk qisos. Ini kes sengaja. Lalu Anas bin Nadhr mengatakan, "Apakah gigi seri Rubaiyiq akan dipatahkan, wahai Rasulullah. Tidak, demi zat yang memgutuskan engkau dengan kebenaran, gigi seri Rubaitiq tidak akan dipatahkan." Lalu Rasulullah bersabda, "Wahai Anas, ketetapan Allah adalah qisos".
Kemudian kaum itu memaafkan, cukup dengan diyat.
Lalu nabi bersabda, "Sesungguhnya di antara para hamba Allah, ada orang yang seandainya dia bersumpah atas nama Allah, maka Allah akan mengabulkan sumpah dia."
Diantaranya Anas Ibnu Nadhr, nanti mati syahid, waktu perang Uhud, termasuk wali.
Ada riwayat lain, Humaid meriwayatkan dari Anas, bahawasanya kaum itu, mereka ridho dengan syafaat dari Anas. Dan mereka menerima bayaran denda.
Menggabungkan riwayat agar mendapat pemahaman yang benar.