Header Ads

Kajian Kitab Shohih al Bukhori (Majlis 1)

Sumber Channel Telegram: Syarah Shohih al-Bukhori

Kajian Kitab Shohih Bukhori
Bersama:
Asy-Syaikh Abu Fairuz Abdurrahman bin Soekojo Al Jawiy حفظه الله 

 بسم الله الرحمن الرحيم 
Untuk download file PDF klik gambar 


Bermula Kitab ini pada hari Khamis 5 Zulhijjah, 1442 bersamaan 15/07/2021

Ringkasan

Kita mulai dengan memohon taufik dari Allah سبحانه وتعالى dan pertolonganNya untuk mengambil faedah dari Kitab Sohih al Bukhari. 

 Karya Imamul Hafidz Abu Abdillah ibni Ismail al Bukhari 194 Hijriyah - 256 Hijriyah alJami'ul Musnad al Bukhoro, al Mukhtasor. Jami' yang sohih yang bersambung yang mukhtasor ringkasan. Kenapa ringkasan? 

Kerana Bukhori tidak menjanjikan akan menyebutkan semua hadis sohih. 

Kitab Cetakan Sheikhuna ada 7563 hadis. Periwayatan lebih dari 14 sanad. 

 Diantaranya dari sisi sanad, adalah gurunya al Wadii rahimahullah yaitu fadhilatus Sheikh al Muhaddis Abu Zakariya, Yahya ibn Usman al Hindi al Pakistani hafidzahullahu taala. 

 Dan beliau mendapatkan dari sejumlah para muhaddisin, di antaranya adalah Fadhilatus Sheikh al Muhaddis Abdul Haq ibni Abdul Wahid al Hasyimi rahimahullahu taala, mendapatkan riwayat banyak sekali. 

 Diantaranya al Imam al Muhaddis As Salafi Nadhir Husin al Yamani, mendapat sanad dari para gurunya. 

 Diantaranya Sulaiman bin Abdur Rahman al Afdhal al Yamani. Masing-masing masyayikh ini, gurunya banyak sekali. Diantaranya Muhammad ibni Muhammad ibni Sanah al Maghribi. Muhammad ibni Ahmad ibni Ijil al Yamani Ahmad ibni Muhammad, juga dari Yaman Muhammad ibni Ahmad al Makki At Thousi, Ahmad ibni Abdillah at Thousi, Abdul Fatuh Baba Yusuf al Harowi, sangat terkenal, yang di tsiqohkan oleh Imam as Sakhowi, murid dari Ibnu Hajar al Asqolani. Muhammad al Farghoni, Muhammad ibni Shehbut al Farghoni. Yahya ibni Ya'mar ibni Muqbil al Khatloni, mendapatkan sanad yang paling terkenal, murid Bukhori yang paling terkenal didalam periwayatannya terhadap Sohih al Bukhori, Muhammad ibni Yusuf ibni Mathor al Firobli, sanad yang paling sering di pakai. 

Yang paling banyak meriwayatkan dari Imam al Bukhori jalur yang paling terkenal didunia Islam sekarang ini. 

Di jelaskan oleh al Imam al Allamah Sidiq Hasan Khan atTanukhi al Khonuji al Hindi rahimahullahu taala didalam Sohih al Khittah, menukilkan oleh para ulama' bahawasanya Sohih Bukhari ini di karang boleh Imam Bukhari selama lebih 15 tahun. 

 Tidak ada satu hadis pun yang beliau tulis di Sohih Bukhari ini melainkan beliau sudah solat istikhorah, memohon taufiq, kemudahan dan pertolongan serta pilihan yamg terbaik kepada Allah تعالى agar setiap hadis yang dimasukkan memang Sohih dan seterusnya. 

 Mengarangnya sering berpindah-pindah, kerana beliau suka berkeliling dunia. Disebutkan oleh para ulama Sohih Bukhari adalah kitab paling sohih setelah kitabullah Azza Wajall. 

Tingkatan kedua adalah Muslim.

Inti kitab
بسم الله الرحمن الرحيم 
 Pembahasan bismillah secara rinci.

Taqdirnya
أكتب بسم الله الرحمن الرحيم 
Atau di balik
بسم الله الرحمن الرحيم أكتب
Isim fa'il
انا كاتب بسم الله الرحمن الرحيم 
Masdar
   كتابتي بسم الله الرحمن الرحيم 

Ini menunjukkan beliau memohon pertolongan kepada Allah dan bukan bersandar kepada diri sendiri.

بسم الله الرحمن الرحيم 

Dengan nama Allah. الله
Allah dari al ilah, al ma'luf, wazan fi'al dengan makna maf'ul, yaitu satu-satunya yang berhak disembah.
الرحمن 
Wazan fa'lan, menunjukkan as saah wal imtila', yaitu penuh dengan kasih sayang, menunjukkan rahmat yang luas. Kembali kepada sifat dzatiyah.
الرحيم 
Wazan fa'il, sighoh mubalagoh dari fail, yang menyayangi makhluk, dzat yang menyayangi siapa yang dia kehendaki dari para hambaNya. Kembali kepada sifat fi'liyah, terkait dengan kehendak.

Menggabungkan dengan uluhiyah, dengan rahmat yang luas, rahmat yang sampai kepada para makhluk, terbentuklah kesempurnaan demgan taufik dari Allah سبحانه وتعالى.

Ada pertanyaan, kenapa beliau tidak memulai dengan khutbatul hajah?
Dijelaskan oleh Al Hafidz Ibnu Hajar rahimahullahu taala, didalam Fathul Bari, bahawasanya khutbatul hajah mustahab, tidak wajib ditulis.

Kita baik sangka bahawasanya Imam Bukhori mengucapkan itu secara lisan.

*١. كتاب بدء الوحي*
Awal dari wahyu.

١. باب كيف كان بدء الوحي إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم 
Bagaimana dulunya wahyu yang turun kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

إِنَّا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ كَمَا أَوْحَيْنَا إِلَىٰ نُوحٍ وَالنَّبِيِّينَ مِن بَعْدِهِ ۚ
Wahyu : pemberitahuan secara cepat, secara laju. 
*Pemberitahuan secara rahsia.*

Wahyu memiliki banyak jenis. Diantaranya
• Ilham, nabi ditanya kemudian beliau menjawab, atau berupa hadis qudsi. Mendapat taufiq untuk berijtihad dengan cepat.
• Bisikan-bisikan

إِنَّا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ
Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepada mu, wahai rasulullah. 

Wahyu bukan di buat-buat seperti dikatakan oleh orang2 kafir. Nabi Muhammad sekadar penyampai saja.

Ucapan dari Imam Az Zuhri dengan sanad yang sohih,
"Dari Allah lah risalah itu, dan kewajipan rasul adalah penyampaian, sedangkan kewajipan kita semua adalah taslim, tunduk patuh."

كَمَا أَوْحَيْنَا إِلَىٰ نُوحٍ
Sebagaimana Kami telah mewahyukan kepada Nuh dan para nabi setelahnya.

• Isyarat Nabi Nuh adalah rasul yang pertama.
• Tidak ada rasul sebelum Nuh. Yang ada adalah nabi, nabi Adam
• Sering didalam alquran, "Nuh dan nabi yang setelahnya".

Hadis Bukhari Muslim, dari Anas bin Malik dan juga dari Abu Hurairah radiyallahu anhu, kejadian di hari kiamat, orang-orang datang kepada Nabi Nuh, mengatakan, "Wahai Nuh, anda adalah rasul pertama kepada penduduk bumi."

Dijelaskan oleh Imam Ath Thobari, nabi Muhammad bukan orang pertama dari para rasul dan bukan mendatangkan sesuatu yang baru.

Tidak layak bersedih hati.

Tidak berhak kaummu mendustakan engkau kerana engkau bukan orang yang pertama.

Isyarat
• sebagaimana para nabi dicabar, engkau akan dicabar, diuji, maka bersiap-siaplah.
• sebagaimana para nabi di tolong oleh Allah, maka berbesar hatilah engkau bahawasanya engkau juga akan ditolong.
• isyarat pada umat bahwasanya para nabi yang terdahulu ditolong oleh Allah dan orang yang mengikuti nabi akan di tolong dan di muliakan.
• sementara orang yang menentang dan mendustakan para nabi, mereka akan dihinakan.
• lihat kesan sejarah mereka-mereka yang dibinasakan, yang mendustakan para rasul.

Tafsir yang bagus telah disebutkan oleh Imam as Sa'di tentang masaalah ayat ini.

Intinya Rasulullah di perintah untuk melihat inti dakwah Nabi Nuh dan setelahnya. Semuanya inti dakwahnya adalah tauhidullah.
Diberdayakan oleh Blogger.