Header Ads

Kajian Kitab Shohih al Bukhori (Majlis 2)

Sumber Channel Telegram: Syarah Shohih al-Bukhori

Kajian Kitab Shohih Bukhori
Bersama:
Asy-Syaikh Abu Fairuz Abdurrahman bin Soekojo Al Jawiy حفظه الله 

 بسم الله الرحمن الرحيم 
Untuk download file PDF klik gambar 


الحديث الأول ١. حدثنا الحميدي عبد الله بن الزبير قال: حدثنا سفيان قال: حدثنا يحي بن سعيد الأنصاري قال: أخبرني محمد بن إبراهيم التيمي أنه سمع علقمة بن وقاص الليثي يقول: سمعت عمر بن الخطاب رضي الله عنه على المنبر قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: (( إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل الرئ ما نوى، فمن كانت هجرته إلى دنيا يصيبها أو إلى امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه)) • 

Al Humaidi, Abdullah bin Zubair - asbatun nasfi Sufyan bin Uyainah. Pemimpin dari murid2 Sufyan bin Uyainah. Termasuk didalamnya Imam Ahmad dan Imam Syafi'i kerana mereka bertiga belajar kepada Sufyan bin Uyainah. Beliau Quraisyi dan Imam Bukhari memilih sanad ini kemungkinan besar kerana faktor ini. 

 • Sufyan bin Uyainah - asbatun nasfi Amr bin Dinar. 
 • Yahya ibnu Sa'id al Ansori - asbatun nasfi dalam seluruh riwayatnya. 
 • Muhammad bin Ibrahim at Taimi - al Madani, tsiqah. 
 • Alqomah bin Waqqas al Laitsi - hadisnya sikit. Dilahirkan semasa hidupnya nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Sebagian a'immah mengatakan beliau termasuk sahabat tapi minimalnya tabi'in. Murid daribpara sahabat banyak sekali. 

 • Umar ibnul Khattab, Abu Hafs Amirul Mukminin, 12 tahun sebagai khalifah. 

Bilangan rowi - ada 19 riwayat dgn sanad ini, dari Sheikh Abu Fairuz ke Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Termasuk sanad yang pendek di zaman sekarang. 

Keutamaan menyampaikan hadis di dalam khutbah. Al quran, hadis, ucapan para ulama' para salaf atau syair.

 *إنما الأعمال بالنيات* 

Hanyalah amalan itu sesuai dengan niat-niatnya.
إنما 
Alat pembatasan 

Sebagaimana dijelaskan oleh Ibnu Daqiq al Id, al Iroqi, Ibnu Hajar dan lain-lain. Hanyalah amalan itu sesuai dengan niat-niatnya. 

 Dijelaskan oleh Imam Asy Syafi'i rahimahullah, hadis ini termasuk hadis yang paling agung. Dia adalah 1/3 Islam dan hadis ini masuk ke 70 bidang ilmu fiqih atau bidang ilmu Islam. Karena semuanya perlu yang namanya niat. *Syarat sah amalan berdasarkan niat, berdasarkan hadis ini.* 

 Menunjukkan betapa pentingnya hadis ini. Karena apa? Ini untuk memperbaiki amalan hati. Seluruh amalan wajib apa? Wajib memiliki niat yang ikhlas. 

 Kalau ada pertanyaan, إنما ini adatul hasor, pembatasan. *Apakah berarti syarat sah amalan itu hanya niat?* Sehingga banyak orang melakukan bid'ah dan mengatakan apa? Yang pentingkan niatnya Yang pentingkan niatnya baik. Ini cari kebaikan. 

 Jawapannya, bukan demikian. 

 Telah dijelaskan al Hafidz al Iroqi rahimahullahu taala dalam Thomud Tasrif, bahwasanya hasor itu ada dua. 

 • Hasrun mutlak dan hasrun muqayyad. 

 Hasrun mutlak; yaitu betul-betul pembatasan mutlak, hanya ini saja. Dan bukan ini yang diinginkan untuk hadis kita ini. Tetapi hadis kita ini masuk kepada hasrun muqayyad, yaitu pembatasan yang sifatnya terikat. Seperti misalkan apa? Firman Allah تعالى pada nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, إِنَّمَا أَنتَ مُنذِرٌ 

Engkau itu hanyalah pemberi peringatan. Apakah memang tugas nabi hanya itu? Tak, tentunya apa? Tugas nabi banyak sekali. 

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيرًا (45) وَدَاعِيًا إِلَى اللَّهِ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجًا مُّنِيرًا (46)  

Wahai nabi, sesungguhnya Kami mengutuskan engkau sebagai pemberi khabar gembira, dan pemberi peringatan. 

 Dua tugasnya. Kemudian apa? 

Yang ketiga, 
 وَدَاعِيًا إِلَى اللَّهِ بِإِذْنِهِ 

sebagai pengajak manusia ke jalan Allah dengan seizin Allah,
 وَسِرَاجًا مُّنِيرًا  

Tugasnya yang keempat adalah pelita yang menerangi. Ternyata dalam rangkaian ayat ini saja, tugas nabi empat. 

 Berarti ayat yang tadi,
 إِنَّمَا أَنتَ مُنذِرٌ 
Engkau itu hanyalah pemberi peringatan. Ini bukan hasrun mutlak. 

Bukan betul-betul pembatasan yang total. Tetapi hasrun muqoyyad, pembatasan yang di ikat. Yaitu di ikat dengan suatu sudut pandang. Maksudnya apa? 

Di jelaskan oleh al Iroqi rahimahullahu taala, yaitu dari sudut pandang bahawasanya nabi ini tidak kuasa untuk memberikan setiap ayat dan mukjizat yang di tuntut oleh para penentangnya. 

 Sebagaimana dalam dalil-dalil yang lain. Setiap kali mereka mengatakan, 

"Datangkan bukti ini, datangkan bukti itu. Jadikan gunung menjadi emas, atau apa." 

 Maka Allah تعالى mengatakan, "Wahai Rasul, engkau itu hanyalah penyampai. Engkau tidak di wajibkan untuk memenuhi seluruh keinginan mereka." 

Keinginan yang sekadar untuk apa? Untuk melemahkan nabi saja. Ha dari sudut pandang ini. Sebagaimana sabda nabi juga dalam hadis,
 إنما انا بشر 

Saya ini hanyalah manusia. Apakah maksudnya betul-betul mutlak, nabi ini hanyalah manusia biasa? 

Bukan demikian. Bahkan apa? 

Dalil-dalil yang lain menunjukkan apa, 
 انا بشر مثلكم يوحا إليه 

Katakan bahawasanya saya ini manusia seperti kalian, tetapi ada keutamaan khusus yaitu saya di beri wahyu. 

 Jadi 
إنما 

itu, di sini bukan pembatas yang mutlak. Tetapi pembatas yang di ikat. 

Yaitu dari sudut pandang bahawasanya walaupun saya rasul tapi saya masih manusia biasa. Saya terkadang lupa. Lupa suatu ayat. 

Dan saya masih perlu tidur. Saya bukan malaikat. Saya masih apa, mengalami keletihan, sakit dan seterusnya. Dari sudut pandang ini. 

 Thoyyib, kalau kita sudah tahu bahawasanya inti 
إنما 
pada hadis
 إنما الاعمال بالنيات 

ini bukan hasrun mutlak tapi hasrun muqoyyad, berarti ini tidak menghalangi adanya syarat lain. Syarat sah amalan. Dan itu yang akan di bahas pada waktunya, yaitu apa? 

Syarat kedua adalah متابعة الرسول, harus sesuai dengan sunnah. 

 Maka dijelaskan oleh Imam Sufyan Ats Tsauri dalam Syarhus Sunnah beliau. 
Beliau mengatakan apa?
 لا قول ولا عمل إلا با لنية ولا عمل ولا قول ولا نية إلا يموافقته سنة 

Ucapan dan amalan itu tidak sampai kecuali dengan niat. Dan ucapan, amlan dan niat itu tidak sah, kecuali dengan menyesuaikan diri dengan sunnah. Tahulah kita bahawasanya syarat sah amalan itu ternyata ada dua. Syarat yang batin. Ini yang di bahas sekarang. Yaitu apa? Harus ikhlas, wajib ikhlas lillahi taala. Syarat zohir, harus sesuai sunnah. 

Kalau tidak, maka dia akan tertolak sebagaimana dalam hadis, apa itu?
 من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد 

Thoyyib, sekarang berarti dibahas dalam hadis ini bukan untuk membatasi dari sudut pandang syarat sah amalan, tapi untuk mengingatkan umat manusia pentingnya memperbaiki niat. 
 إنما الأعمال بالنيات 

Hanyalah amalan-amalan itu sesuai dengan niatnya. 

 Dijelaskan oleh Imam Ibnu Daqiq al Id rahimahullah, dengan ini terbezakan antara amalan a'di dan amalan syar'i atau taabbudi. Dengan apa dibezakan? Yaitu dengan niat. Sama saja amal orangnya mencuci muka, mencuci tangan, mengusap kepala dan telinga, mencuci kaki. Tapi kalau yang satu, niatnya wudhu', berarti apa? Jadilah ibadah dan orangnya sah untuk solat, sah untuk thowaf dan amalan-amalan yang wajib disitu adanya kesucian. 

 Tetapi kalau dia menjalankan amalan-amalan tadi, niatnya sekadar untuk membersihkan diri, yaitu sekadar apa, "Ya saya mahu cuci muka saja. Biar segar. Mahu cuci tangan, biar bersih. Mengusap kepala, biar agak sejuk-sejuk sikit. Mencuci kaki dari debu. 

Maka walaupun ini boleh-boleh saja, tetapi ini tidak menghilangkan hadas, maka dia tidak boleh solat dengan itu karena ini belum dinilai wudhu'. Demikian pula, sama-sama mandi, kata al Hafidz al Iroqi, tapi yang satunya niat mandi Jum'at, yang lain niatnya mandi tablik yaitu apa? Sekadar menyejukkan badan. Maka yang pertama mendapatkan pahala. Dan apa itu? Memenuhi kewajiban bagi orang yang mandi untuk beribadah Jumaat itu. Yang satunya lagi, dia belum mendapatkan pahala dan belum memenuhi kewajipan untuk mandi Jumaat. Kenapa? Niatnya hanya sekadar untuk menyejukkan badan. Thayyib, ini yang pertama. 

Fungsi amalan adalah untuk membezakan antara amal ibadah dan amal adat, amal tradisional. Kemudian fungsi kedua adalah membezakan antara amalan wajib dan amalan mustahab. Sama-sama solat dua rakaat tapi yang satu niatnya adalah apa? Solat qobliyah misalkan. Yang satu, niatnya memang Subuh. 

Maka apa dua-duanya zohirnya sama tetapi dengan niat, maka dipisahkan. Yang niatnya adalah wajibah, pahalanya lebih tinggi daripada niatnya adalah ibadah mustahabbah. 

 Yang kedua, dia boleh untuk tidak solat lagi, kerana dia sudah solat wajib. Sementara orang yang pertama, dia masih wajib untuk solat Subuh kerana tadi baru solat sunnah. Ha ini membezakan antara 2 jenis ibadah. 

 Demikian pula masaalah puasa. Sama-sama puasa, misalkan apa, puasa tanggal 8 dan 9 Zulhijjah, misalkan. Tetapi yang satu niatnya adalah membayar qodho', berarti apa wajib. Yang satu niatnya adalah ibadah sunnah, maka dia dapat pahala sunnah. Dan seterusnya. 

Ini membezakan di antara dua jenis amalan ibadah. Thayyib dan seterusnya berbagai amalan-amalan yang lain. Ada orang yang dia berkeliling mengelilingi kubur, misalkan. Sebelum kita marah pada dia dan tuduh dia buruk-buruk, kita tanya dulu, "Kenapa anda pusing-pusing situ. Dia mengatakan, "Saya cuma tengok-tengok saja." Ha itu tidak mengapa. Tapi dia mengatakan, "Oh saya mahu thowaf di kuburan." Ini berarti dia syirik. Jadi ini di bezakan dari apa? Dari niatnya, dan seterusnya. Kemudian, 
إنما الأعمال بالنيات 

 Niat itu adalah tempatnya di hati. Sebagaimana disebutkan oleh Imam Ibnu Qudamah al Maqdasi didalam al Mughni, juga Sheikhul Islam Ibnu Taimiyah, didalam Majmu' ul Fatawa, dan sepakat, beliau menukilkan ijma' bahawasanya niat itu tempatnya.di hati. 

 Thayyib, kecuali ada satu pembahasan, yaitu apa? Dalam masaalah haji, talbiyah, apakah ini suatu niat atau tidak. Tetapi yang betul, ini bukan niat. Niat sebelum itu. Talbiyah itu sekadar apa? Menjalankan salah satu syiar mengatakan,
 لبيك اللهم لبيك 

Jelas niatnya sebelum itu. Thayyib, kemudian lafadz berikutnya,
 وإنما لكل الرئ ما نوى 

Dan hanya lah setiap orang akan mendapatkan apa yang dia niatkan. Kalau tadi pembahasannya adalah untuk membezakan antara amalan, yang sekarang untuk membahas masaalah pahala dan hukuman. 

 Thayyib tapi sebelum itu, kita perlu juga menyisipkan pembahasan bahawasanya amalan itu, amalan keagamaan, itu terbagi dua. Yang pertama adalah
 فعل الأوامر, 

Mengerjakan perintah. Yang kedua, 
ترك نواحي, 

meninggalkan larangan. 

 Yang فعل الأوامر, mengerjakan perintah, ini wajib ada niatnya. Kalau dia tidak berniat, maka ya seperti tadi, sama-sama mandi tapi kalau tidak diniati ibadah, maka dia tidak ada pahala. Tapi kalau niat ibadah, ada pahala. 

 Adapun untuk ترك نواحي, ini tidak wajib niat, karena sekadar apa? Menjauhi apa yang terlarang. Misalkan apa? Menjauhi judi, apakah wajib ada niat? Wajib ada niat. 

Thayyib, tapi kalau dia berniat, maka pahalanya lebih banyak tentunya. Pahalanya banyak. Memang apa? Betul-betul meniatkan dalam hati, " Saya tidak mahu berjudi." Ha ini dapat pahala. Tapi kalau dia tidak ada niat, ada orang mengajak judi, dia memang tak ada niat kesitu, maka ini pun sudah cukup. Tidak boleh kita katakan, "Oh anda tadi tidak sah tadi, meninggalkan judi, karena tidak ada niat, tak. Tidak demikian. 

 Thayyib dan ini penting didalam masaalah fiqh, misalkan apa, misalkan ada orang, bajunya terkena najis, misalkan. Yaitu apa? Dia mendukung anak. Yaitu apa, memang najis sudah, terkena najis. Dan dia belum mencuci. Sama sekali belum mencuci, cuma setelah itu, ketika dia jalan-jalan, kebetulan terkena hujan, di bagian itu, misalkan. Yang lain masih kering. Kemudian bersih. Apakah kemudian dia boleh solat dengan baju tadi, padahal bajunya, tadinya terkena najis, lalu bersih tanpa dia ada niat membersihkan. Para ulama mengatakan ini sudah sah sebagai mana di jelaskan oleh al Iroqi rahimahullahu taala dalam Qormu Tasnim. 

 Thayyib kerana yang dituntut adalah suci dari najis. Terserah dia pakai niat atau tidak ada niat. Thayyib. Yang penting apa, memang terpenuhi syarat, bahawasanya bajunya suci dari najis. 

 Makanya kalau misalkan ada seorang suami, atau seorang ayah. Suami ketika mahu tukar baju, untuk apa, solat Jumaat, perlukah dia tanya ke isterinya, "Sayang, ini semalam waktu cuci baju, sudah niat, belum? Untuk cuci dari najis.? Isterinya bilang, "Taklah, sekadar cuci aje. Wah berarti apa? Tak sah bajunya, harus dicuci lagi. Apakah seperti itu? Tak perlu. 

 Demikian pula, seorang ayah tak perlu tanya kepada anaknya. "Ini.bapak nak beraya, nak solat hari raya. Ini semalam, jubahnya waktu dicuci ini, sudah niat belum? Kalau anaknya bilang, "Belum, saya masukkan kedobi aje, mesinnya yang berkerja. Mesinnya tak bilang nawaitu pun. Ha ini, bolehkah ayah bilang, "Oh tak sah. Berarti bajunya wajib dicuci lagi, jubahnya. Tak itu tak betul. Kenapa? Karena ini perkaranya sekadar, apa itu? Meninggalkan yang najis-najis, meninggalkan yang hadas-hadas, dia tak perlu niat. 

 Jadi sama saja, kebetulan dia kena air hujan, atau dicuci tanpa niat atau apa, itu sudah memenuhi syarat yaitu bajunya suci dari najis. Tak perlu diniatkan, untuk masaalah yang seperti itu. Sebagaimana apa? Kalau seseorang tidak minum khamr, apakah orang lain mengatakan, "Anda tidak minum khamr tidak sah, kenapa? 

Kerana anda tadi tidak niat meninggalkan khamr. Tak perlu itu, kerana ini bukan amrun taabbudi, bukan, sementara dzatnya bukan dzat ibadah. Kalau dzatnya ibadah, yaitu menjalankan suatu perintah, memang wajib ada niat disitu. Niat solat, niat zakat, niat haji, niat i'tikaf, niat membantu orang tua, ha itu memang apa, memang dia, memang wajib ada niat. Kalau tidak ada niat, maka apa, walaupun tidak dosa, tapi tidak dapat pahala. Thayyib, bahkan mungkin tidak saha, kalau ibadah ibadah. 

 Sekarang disini, 
وإنما لكل امرء ما نوى 

Hanyalah setiap orang mendapatkan apa yang dia niatkan. Ini menunjukkan pentingnya niat, kerana kalau dia tidak berniat, dia akan tidak dapat pahala. Kemudian kalau dia niatnya, yaitu sama dia menyerahkan duit tapi yangbsatu niatnya adalah untuk sedekah di sabilillah. 

Yang satu sedekahkan duit untuk apa, anaknya biar punya modal berjudi di Las Vegas mungkin atau di Genting, maka yang pertama dapat pahala, yang kedua dapat dosa. Sama-sama menyerahkan sesuatu, tapi apa niat akan mempengaruhi. Boleh jadi dapat pahala atau bolrh jadi dapat dosa. Ini menunjukkan masing-masing mendapatkan hasil amalan sesuai dengan niat dia. 

Makanya yamg di nilai bukan zohirnya, tetapi batinnya juga dinilai. Apa niat dia. Maka dia akan mendapatkan hasil sesuai dengan apa yang dia niatkan. Hadis ini masih ada pembahasannya. 

 Kta bahas di masa yang akan datang إن شاءالله والله أعلم
Diberdayakan oleh Blogger.