Header Ads

Kajian Kitab Shohih al Bukhori (Majlis 3)

Sumber Channel Telegram: Syarah Shohih al-Bukhori

Kajian Kitab Shohih Bukhori
Bersama:
Asy-Syaikh Abu Fairuz Abdurrahman bin Soekojo Al Jawiy حفظه الله 

 بسم الله الرحمن الرحيم 
Untuk download file PDF klik gambar 


Kelmarin masih ada sisa pembahasan.

• Kuniah sebahagian rowi
》Humaidi, Abdullah Ibnu Zubair adalah Abu Bakar 
》Sufyanats Tsauri adalah Abu Muhammad
》Yahya bin Said al Ansori adalah Abu Sa'id
》Muhammad bin Ibrahim at Taimi adalah Abu Abdillah
》Alqomah bin Laqos al Laisi adalah Abu Yahya, ana semalam salah.

Kemudian,
فمن كانت هجرته إلى دنيا يصيبها أو إلى امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه
Barangsiapa hijrahya itu untuk dunia yang ingin dia dapatkan atau wanita yang ingin dia nikahi, maka hijrahnya kepada apa yang dia niatkan tadi.

Kelengkapan hadis,
فمن كامت هجرته الى الله ورسوله، فهجرته الى الله ورسوله
Dia berhijrah memang kepada Allah dan rasulNya, maka hijrahnya memang kepada Allah dan rasulNya.

Dijelaskan oleh Ibnu Daqiq al Id, kalimah pertama sebagai فعل الشرط, yang kedua sebagai جزاء الشرط.

Hijrah untuk Allah dan RasulNya, pahalanya sangat tinggi, pahala sabilillah.

Adapun hijrah untuk dunia dan wanita,
إلى ما هاجرا إليه
Diulang dengan dhomir. Dibuat secara global. Menunjukkan rendahnya niat tadi. Dia tidak mendapat pahala hijrah.

Hijrah dibahas oleh al Hafiz al Iroqi. Intinya kembali kepada hadis yang diriwayatkan Imam Ahamad dengam sanad yang hasan, boleh disahihkan menjadi hasan lighairih. 
Dari Ibnu Sa"di, dari sejumlah sahabat, Ibnu Mas'ud,  Muawiyah,  Abdul Rahman bin Auf رضي الله عنهم أجمعين, bahawasanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,
الهجرة هجرتين
Hijrah itu ada dua jenis,
• meninggalkan apa yang Allah larang.
• hijrah kepada Allah dan rasulNya.

Hijrah pertama maknawiyah, spiritual.

Hijrah kedua hijrah hissiyah, fizikal, badannya berpindah. Terbagi menjadi empat :- 
1. Pindah dari negeri kesyirikan dan kekufuran, menuju kepada negeri tauhid dan Islam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat dari Mekah ke Madinah.

2. Berpindah dari negeri kebid'ahan ke negeri sunnah, disebutkan Ali al Qori. Yang dilakukan oleh Imam Syafi'i rahimahullah ketika fitnah Khalqu Quran, orang Jahmiyah dan Muktazilah, sampai pemerintah memaksa.

3. Berpindah dari negeri maksiat ke negeri ketaatan, seperti hadis muttafaqun alaih, dari Abu Said al Khudri, kisah orang yang membunuh 100 orang.

4. Pindah dari negeri kekacauan kepada negeri keamanan, seperti para sahabat pindah ke Mekah ke Habasyah.

Intinya kembali kepada niat.

*Bab 2 Bagaimana turunnya Wahyu*

حدثنا عبد الله بن يوسف قال: أخبرنا مالك عن هشام بن عروة عن أبيه عن عائشة أم المؤمنين رضي الله عنها أن حارث بن هشام رضي الله عنه سأل رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله كيف يأتيك الوحي؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم 《أحيانا يأتيني مثل صلصلة الجرس وهو أشده علي فيفصم عني وقد وعيت عنه ما قال: وأحيانا يتمثل لي الملك رجلا فيكلمني فأعي ما يقول》قالت عائشة رضي الله عنها: ولقد رأيته ينزل عليه الوحي في اليوم الشديد البرد فيفصم عنه وإن جبينه ليتفصد عرقا

Hadith dari Aisyah radiyallahu anha
Al Haris ibnu Hisham bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, "Wahai Rasulullah, bagaimana wahyu itu mendatangi anda?
•Terkadang, wahyu itu datang kepada saya bagaikan suara deringan loceng.
Dan ini yang paling keras terhadap saya. Lalu dia diputuskan dari saya (dihentikan) dalam keadaan saya sudah menghapal darinya apa yang dikatakan.
• Terkadang Malaikat menampakkan diri kepada saya sebagai seorang lelaki (manusia), lalu dia mengajak saya berbicara, kemudian saya menghapal apa yang dia ucapkan.
Aisyah radiyallahu anha mengatakan, "Sungguh demi Allah, saya telah melihat, nabi sallallahu alaihi wasallam, wahyu turun kepada beliau pada hari yang sangat sejuk, lalu wahyu itu berhenti darinya (terputus) dalam keadaan sungguh kening beliau itu benar-benar bercucuran keringat.

Diriwayatkan Bukhari 3215, Muslim 233.

Penomborannya ada beberapa perselisihan. Dizaman Bukhari tidak ada penomboran.
》Muhammad Fuad Abdul Baqi, yang paling banyak dipakai penomboran beliau.
》Khalid Mahmun Syiha, penomboran lain.

*Sanad*

•Abdullah bin Yusuf at Tirmisi al Madani - Abu Muhammad, asbatun nasfi Muwattho' Malik.

• Malik ibnu Anas bin Malik al Asbuqial Madani - Abu Abdillah. 
Bintang dalam seluruh apa yang beliau riwayatkan.

• Hisham bin Urwah - ibnu Zubair, Abu Munzir dan Abu Abdillah, terkadang kuniah lebih dari satu. 
Uthman bin Affan mempunyai kuniah lebih dari tiga. 
Imam Zahabi mengatakan Hisham bin Urwah Sheikhul Islam.

• meriwayatkan dari ayahya, Urwah Ibnu Zubair - Abu Abdillah, tabi'in, murid terbaiknya Aisyah. 
Paling banyak meriwayatkan dari Aisyah dan lainnya. 
Beliau tidak ikut campur khilaf antara sahabat pada masa itu. 
Kakinya hilang satu kerana terkena penyakit.

• meriwayatkan dari makcik dia Aisyah, saudara Asma'.
Urwah Ibnu  Zubair anak dari Asma'. Az Zubair suami dari Asma binti Abu Bakar.

• dari Ummul Mukminin Aisyah radiyallahu anha- Ummu Abdillah. Murid terbaik Rasulullah. 
Termasuk 5 terbesar yang meriwayatkan paling banyak hadis dari Rasulullah.

● Haris bin Hisham, masuk dalam cerita, bukan sebagai perawi. 
Beliau rajin perang. 
Meninggal dunia waktu peperangan di Syam.
《 Wahai Rasulullah, bagaimana wahyu itu datang kepada anda. 》
Pertanyaan bagi menambah keyakinan. 

*Cara wahyu turun*
• bagaikan deringan loceng, 
احيانا banyak kali
》Pertanyaan tentang loceng. Loceng kebiasaan orang Nasoro. Kenapa nabi misalkan penurunan wahyu kepadanya?
Ibnu Hajar menjelaskan, permisalan ini tidak menunjukkan keserupaan dari segala sisi. Sisi kesamaan, deringan yang menyesakkan hati dan memekakkan telinga. Ini yang paling keras, berulang-ulang.
》Soalan kedua, apa hikmah wahyu datang dengan pola ini? Dijelaskan oleh Imam An Nawawi rahimahullahu taala,  tujuannya untuk menguatkan kesadaran nabi, dipusatkan jantung beliau kesemuanya menerima alhaq. Inilah hikmahnya.

• lalu dia di hentikan dari saya.
Al Hafidz Ibnu Hajar menjelaskan, disini ada isyarat bahawasanya malaikat yang membawa wahyu berhenti dari membawanya, untuk kembali kepada Allah.

• dalam keadaan saya telah hapal apa yang di ucapkan oleh malaikat tadi.
Dhomir kembali kepada isim zohir yang tidak nampak.

• terkadang malaikat itu (Jibril) menampakkan diri kepada saya sebagai seorang lelaki. 
Kata Al Hafidz Ibnu Hajar, ini menunjukkan kemampuan malaikat untuk merubah diri. 

• lalu dia mengajak saya bicara. Kemudian saya memahami apa yang dia ucapkan. 
Disini ada suatu hikmah yang sangat halus. Pola wahyu kedua guna fi'il mudhori', pola wahyu pertama guna fi'il madhi. 
Pola pertama agak keras, langsung beliau ingat. Pola terkuat hapalan nabi.
Pola kedua, saya hapal ketika itu.


Diberdayakan oleh Blogger.