Header Ads

Kajian Kitab Shohih al Bukhori (Majlis 4)

Sumber Channel Telegram: Syarah Shohih al-Bukhori

Kajian Kitab Shohih Bukhori
Bersama:
Asy-Syaikh Abu Fairuz Abdurrahman bin Soekojo Al Jawiy حفظه الله 

 بسم الله الرحمن الرحيم 
Untuk download file PDF klik gambar 


Tarikh: 15 Zulhijjah, 1442, 25/07/2021 Hari Ahad.

Masih hadis no 2
Di dalam pertanyaan Al Haris Ibnu Hisham al Makhzumi رضي الله عنه , "Bagaimana datangnya wahyu kepada anda wahai Rasulullah?" Lalu Rasulullah menjawabnya dengan dua bentuk.
• Yang pertama
أحيانا يأتيني مثل صلصلة الجرس
Terkadang wahyu itu datang kepada saya bagaikan deringan loceng,
 وهو أشده علي 
Dan ini yang paling keras kepada saya
فيفصم عني 
Lalu di hentikan dari.saya
وقد وعيت عنه ما قال
Dalam keadaan saya sudah memahami dan menghapal apa yang dia katakan,

وأحيانا يتمثل لي الملك رجلا 
• Dan terkadang, ini pola kedua, malaikat tersebut menampakkan diri kepada saya sebagai seorang lelaki, 
رجلا
Sebagai hal atau maf'ul mutlak, sebagai tamyiz.
فيكلمني
Lalu mengajak saya bicara 
فأعي ما يقول
Kemudian saya menghapal, memahami apa yang dia katakan. 

Ini dua bentuk.

Thayyib, 
Bukan kah wahyu itu banyak, sebagaimana akan datang dalam hadis-hadis yang lain? Jelas wahyu itu banyak, tetapi kenapa Rasulullah hanya menyebut dua, والله أعلم, kalau menurut al Allamah al Sindi رحمه الله, beliau mengatakan bahawasanya, disini kembalinya kepada 2 pola, yang di jawab Rasulullah bahawasanya, terkadang polanya adalah pola yang ma"bud, yaitu pola yang biasa di fahami orang, yaitu datangnya malaikat, ini biasa. Yaitu sesuatu yang tidaklah terlampau mengejutkan ini adalah suratul ma'budah, untuk yang orang langsung faham.

Tapi yang kedua suratun ghairu ma'budah, bentuk yang tidak biasa. Tahu-tahu wahyu datang dengan apa? Deringan loceng yang sangat menyakitkan dan memberatkan serta memayahkan. 

Jadi disini ada isyarat bahawasanya pola wahyu, walaupun wahyu itu banyak, tapi polanya dua. Terkadang pola biasa, dan saya tidak merasa susah. Malaikat datang mengajak saya bicara ini, ini, ini, lalu saya hapal. 

Dan terkadang polanya adalah pola yang tidak biasa. Yang seperti tadi itu. Ini yang sangat berat.

Untuk pola-pola yang lain, itu kembalinya kepa dua pola ini. Yaitu apa? Pola yang biasa atau pola yang luar biasa. Itu yang disebutkan oleh As Sindi.

Kemudian kalau kita lihat  dalam hadis ini, sebenarnya ada beberapa pola, mungkin dua, mungkin tiga, kenapa? Kerana setelah itu Aisyah mengatakan,
قالت عائشة رضي الله عنها: ولقد رأيته ينزل عليه الوحي
Dan sungguh demi Allah, saya telah melihat nabi صلى الله عليه وسلم, ketika wahyu turun kepadanya,  
في اليوم الشديد البرد
Dihari yang sangat sejuk, sangat dingin.
 فيفصم عنهط
Kemudian wahyu itu dihentikan dari beliau,
 وإن جبينه ليتفصد عرقا
Dalam keadaan kening beliau itu benar-benar bercucuran peluh, عرقا sebagai apa? Sebagai tamyiz. Menunjukkan apa? beratnya ini

Jadi pola ini, dikatakan di sini, dua atau tiga? Dijelaskan oleh al Hafidz Ibnu Abdil Bar didalam Tahzibut Tahzib, di dalam Tamyid beliau, bahawasanya mungkin semua ini dua atau mungkin tiga. Boleh jadi kalau dikatakan dua, kenapa? Hadis Aisyah ini, cerita Aisyah ini, menjelaskan tentang wahyu yang sangat berat tadi. Wahyu yang berapa loceng. Loceng, nabi yang dengar, Aisyah tidak dengar tetapi Aisyah melihat susahnya nabi dari sisi apa? Yaitu peluh yang sangat besar, padahal itu di musim yang sangat sejuk. Jadi mungkin yang Aisyah ceritakan ini menjelaskan pola yang tidak biasa.  Berarti apa? Ada dua bentuk. 

Tapi kata Ibnu Hajar, ini masing-masing berdiri sendiri. Maka ada 3 jenis wahyu yang disebutkan dalam hadis ini. Tak masaalah. Mahu dua atau mahu tiga, semuanya di alami oleh nabi صلى الله عليه وسلم. 

Kemudian dari hadis ini, al Hafiz Ibnu Hajar رحمه الله تعالى menyebutkan, bahawasanya bolehnya menceritakan kisah tambahan, ceritantambahan untuk menguatkan cerita yang pertama.

Apa cerita yang pertama? Itu, Aisyah mendengar al Haris Ibnu Hisham bertanya kepada nabi, lalu nabi bercerita. Kemudian ceritanya sampai dimana? Sampai Malaikat itu pergi dan nabi menghapal apa yamg diucapkan Malaikat, lalu Aisyah mendatangkan hadis yang berdiri sendiri. Yaitu apa? Pengalaman saya, sya lihat nabi begini, begini, begini. Ini untuk apa? Tujuannya adalah lita'khidil khobar, untuk menguatkan berita. Berita yang mana? Berita sabda nabi kepada al Haris bin Hisham, tentang beratnya wahyu yang beliau alami. Ketika apa? Ketika pola yang pertama, seperti loceng itu suaranya. Maka Aisyah bercerita untuk menguatkan bahawasanya terkadang wahyu bukan berupa datangnya malaikat seperti manusia, tetapi memang susah? Contohnya seperti yang saya lihat sendiri, ketika nabi mendapatkan wahyu. Dan nanti akan kita lewati hadis tentang itu, yaitu apa? Tentang turunnya surat An Nur, betul-betul itu di musim yangn sangat sejuk, lalu nabi صلى الله عليه وسلم berpeluh.

Thayyib, sampai disini hadis kedua, pembahasannya secara ringkas.

🍃🪴🍃
Minit ke 6:40

Sekarang kita masuk kepada hadis yang ketiga. 

باب ٣
حدثنا يحيى بن بكير قال: حدثنا الليث عن عقيل عن ابن شهاب عن عروة بن الزبير عن عائشة أم المؤمنين أنها قالت: أول ما بدئ به رسول الله صلى الله عليه وسلم من الوحي الرؤيا الصالحة في النوم فكان لا يرى رؤيا إلا جاءت مثل فلق الصبح ثم حبب إليه الخلاء وكان يخلو بغار حراء فيتحنث فيه - وهو التعبد - الليالي ذوات العدد قبل أن ينزع إلى أهله ويتزود لذلك ثم يرجع إلى خديجة فيترود لمثلها حتى جاءه الحق وهو في غار حراء فجاءه الملك فقال: اقرآ: قال:(( ما أنا بقارئ )) قال: فأجزني فغطني حتى بلغ مني الجهد ثم أرسلني فقال: اقرأ فقلت: ما أنا بقارئ فأخزني فغطني الثالثة ثم أرسلني فقال: 

العلق Al-Alaq
[[ اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (1) خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ (2) اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ (3) ]]

فرجع بها رسول الله صلى الله عليه وسلم  يرجف فؤاده فدخل على خديجة بنت خويلد رضي الله عنها فقال: 《زملوني زملوني》فزملوه حتى ذهب عنه الروع فقال لخديجة وأخبرها الخبر: 《لقد خشيت على نفسي》 فقالت خديجة: كلا والله ما يخريك الله أبدا إنك لتصل الرحم وتحمل الكل وتكسب المعدوم وتقري الضيف وتعين على نوائب الحق، فانطلقت له خديجة حتى أتت رقة بن نوفل بن أسد بن عبد الهزى ابن عم خديجة وكان لمرأ قد تنصر في الجاهلية وكان يكتب الكتاب العبراني فيكتب من الإنجيل بتلعبرانية ما شاء الله أن يكتب وكان شيخا كبيرا فد عمي فقالت له خديجة: يا ابن عم اسمع من ابن أخيك فقال له ورقة: يا ابن أخي ماذت ترى فأخبره رسول الله صلى الله عليه وسلم خبر ما رأى فقال له ورقة: هذا الناموس الذي نزل الله على موسى ياليتني فيها جدعا ليتني أكون حيا، إذ يخرجك قومك، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: 《أو مخرجي هم؟! 》قال : نعم لم يأت رجل قط بمثل ما جئت به إلا عودي وإن يدركني يومك أنصرك نصرا مؤزرا ثم لم ينشب ورقة أن توفي وفتر الوحي حدثنا يحيى بن بكير 
• Yahya Ibnu Bukair - Abu Zakaria, Yahya bin Abdillah bin Bukair alMisri, dinisbatkan kepada datuknya. Asalnya Yahya bin Abdillah bin Bukair. Beliau tsiqah, asbatun nas fil Laits, yang terkuat dalam periwayatannya terhadap Laits bin Saad.

قال: حدثنا الليث
• Laits - beliau Abul Haris, Laits bin Saad bin Abdurrahman al Firri al Misri. Beliau adalah asbatun nas fi Saib bin Abi Said al Makburi. Beliau adalah asbatun misrina hadisan. Jadi para rowi Mesir, itu banyak sekali.  Yang paling hebat adalah Laits bin Saad ini. Tsiqotun imamul hadis wal fatwa. Hadisnya banyak dan fatwamya banyak. Dia memang Mufti, dan beliau adalah faqih, bahkan lebih faqih daripada Imam Malik. Sebagian ulama' mengatakan Asy Syugrah bil Malik wal fiqh lil Laits, masaalah fiqh, itu Laits yang lebih hebat. Tapi masaalah kualiti, itu Imam Malik. Dan ini menunjukkan benarnya ucapan Abu Ishak Asy Syairozi رحمه الله تعالى, demikian pula Adz Dzahabi dalam pembahasan Usul Fiqh, yaitu apa?  Bahawasanya yang terpandang, itu bukan populariti seseorang tapi yang terpandang adalah, dia ini memang mencapai derajat ijtihad. Jadi kalaupun tidak popular, tapi memang dia adalah alim, maka ucapannya terpandang. Seperti Laits bin Saad, kalah popular dibandingkan Imam Malik dalam masaalah fiqh, tapi ternyata Laits bin Saad ini lebih faqih daripada Imam Malik. Makanya ucapannya banyak dinukilkan dalam fiqh.

 عن عقيل 
• Uqail ibnu Kholid, Abu Kholid al Aili. Beliau tsiqoh, dan beliau katsirul hadis min asbatun nasfi Zuhri. Az Zuhri muridnya ribuan dan bintangnya banyak. Termasuk asbatun nas, diantaranya yang terbaik adalah Imam Malik dan juga siapa? Yaitu Syuaib bin Hamzah. Nanti akan muncul nama ini, Malik, Syuaib bin Hamzah akan muncul rowi-rowi terbaik terhadap Az Zuhri. Dan juga Yunus bin Yasir al Aili, yang ini dihadapan kita, Uqail Ibnu Khalid al Aili. Dia termasuk yang terbaik, cacaran murid yang paling utama terhadap Ibnu Syihab, beliau tsiqoh.

عن ابن شهاب
Kemudian Ibnu Syihab, beliau adalah Abu Badal, Muhammad ibnu Muslim Ibni Ubaidillah ibni Syihab Az Zuhri, kerana dari Bani Zuhrah. Dan beliau adalah imam tanpa ada yang mampu menolak, sebagaimana disebutkan didalam biografi beliau. Dan juga disebutkan dalam Tahzibul Kamal, beliau adalah asbatun nas fi Anas ibni Malik. Ibnu Syihab ini adalah Imamun fil Sham wa Imamun fil Hijaz. Disebutkan didalam Fathul Bari, Ibnu Hajar mengatakan, para ulama bersepakat tentang kemantapan hapalan beliau dan kepemimpinan beliau, imam. Kalau tak salah lafadznya demikian. Beliau imam dalam masaalah hadis, dan biografinya bagus sekali, Ibnu Syihab. Sampai beliau ketika disuruh untuk berdusta, untuk memburuk-burukkan Ali, beliau mengatakan, "Walaupun ada wahyu turun dari langit yang menghalalkan dusta, saya tak akan berdusta." Kata Ibnu Syihab.
Sampai apa? Raja nya malah takut sendiri.

عن عروة بن الزبير
Ini telah kita lewati dalam hadis yang kedua, Urwah Ibnu Zubair, Abu Abdillah, termasuk fuqoha Madinah,

عن عائشة أم المؤمنين
Ini telah kita lewati dalam hadis kedua juga, Ummu Abdillah, termasuk.sahabat wanita yangnterbaik dalam periwayatan. Dan memang beliau yang paling banyak, dari kalangan wanita. Secara mutlak beliau termasuk 5 terbesar, di antara para sahabat.

أنها قالت
Dia bercerita. Ini kerana panjang sekali, kita tidak membahas syarahnya tapi kita membaca hadisnya dulu.

 أول ما بدئ به رسول الله صلى الله عليه وسلم من الوحي الرؤيا الصالحة في النوم
Pertama kali dimulainya wahyu kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah berupa mimpi yang baik di alam tidurnya.

فكان لا يرى رؤيا إلا جاءت مثل فلق الصبح
Maka beliau tidak melihat mimpi kecuali datang bagaikan cahaya fajar. Malah itu cahaya yang membelah gelapnya malam. Ini فلق الصبح seakan-akan beliau melihat ada cahaya subuh dan ini isyarat yang sangat bagus, memang ada kesesuaian. Terdapat dalam syarahnya besok  إن شاءالله.

ثم حبب إليه الخلاء
Lalu dijadikan lah beliau itu,  menyukai khola', menyendiri. Ini masdar kembali ke fi'il, yaitu apa? Beliau lebih suka تخلي menyendiri. 

وكان يخلو بغار حراء
Dan beliau sering menyendiri di Gua Hiro'. Masih di area Mekah.

فيتحنث فيه
Lalu beliau tahannuts disitu. Tahannuts maksudnya adalah berusaha membersihkan diri dari dosa, semampunya kerna waktu itu memang, beliau belum tahu syariat.

 وهو التعبد
Makna tahannuts adalah ta'abbud. Ini akan dijelaskan nanti dalam syarahnya. Ini penjelasan dari Az Zuhri, dan itu adalah takwil, adalah tafsir dengan lafadz lazim. Konsekuensi tahannuts adalah ta'abbud. Asal tahannut sendiri adalah menjauh dari dosa. Membersihkan diri dari dosa, bukan ibadah, bukan. Tapi konsekuensinya memang ibadah.

الليالي ذوات العدد 
Di beberapa malam yang berbilang.

ذوات العدد
Menunjukkan apa? Malamnya itu boleh dihitung, boleh dikira. Tidaklah terlalu,.sampai berpuluh-puluh hari, tidak. Tapi boleh dihitung, beberapa malam.

قبل أن ينزع إلى أهله ويتزود لذلك
Sebelum beliau pulang menuju ke keluarganya. Selama beberapa hari bermalam disitu, kemudian apa? Balik kembali ke Khadijah.

ويتزود لذلك
Dan beliau mencari tambahan bekal untuk itu. Untuk apa? Untuk nanti tahannuts lagi, kerna beliau betul-betul merasa tersibukkan dengan mimpi itu.  Seperti ada sesuatu, lalu beliau suka merenung.

 ثم يرجع إلى خديجة فيترود لمثلها 
Kemudian beliau kembali lagi ke Khodijah untuk menambah bekal bagi bertahannuts seperti itu juga.

حتى جاءه الحق
Sehingga datanglah kebenaran pada beliau yaitu mulailah wahyu itu datang. Wahyu yang betul-betul boleh di dengar, boleh dipakai, difahami. Bukan sekadar cahaya fajar.

 وهو في غار حراء
Ketika beliau berada di Gua Hiro'

 فجاءه الملك
Lalu beliau di datangi oleh Malaikat.

 فقال: اقرآ
Lalu Malaikat itu mengatakan: Bacalah.

قال:(( ما أنا بقارئ ))
Beliau mengatakan, "Saya tidak mampu membaca"

 قال: فأجزني فغطني حتى بلغ مني الجهد
Lalu dia menangkap saya kemudian dia mendekap saya sehingga saya merasa sangat kepayahan.

 ثم أرسلني
Lalu melepaskan saya. أرسل jangan di artikan memutuskan, jadi Rasul, bukan. Tapi أرسل disini melepaskan.

 فقال: اقرأ 
Lalu dia bilang lagi, "Bacalah:

فقلت: ما أنا بقارئ
Saya mengatakan, saya bukan pembaca, yaitu saya tidak mampu membaca.

 فأخذني فغطني الثانية حتى بلغ مني الجهد
Lalu dia menangkap saya, kemudian dia mendekat saya pada kali kedua sehingga saya merasa kepayahan

ثم أرسلني
Lalu dia melepaskan saya lagi.

فقال: اقرأ
Lalu dia bilang lagi, "Bacalah".

فقات: ما انا بقارئ
 Saya tidak mampu membaca

فأخذني غغطني الثالثة
Lalu dia menangkap saya, kemudian dia mendekap saya pada kali yang ketiga, dalam keadaan dada saya bergetar

ثم أرسلني 
Lalu dia melepaskan saya.

فقال [[ اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (1) ]]
Lalu dia mengatakan, "Bacalah dengan nama Robbmu yang mencipta". 

Ini mutlak, lalu apa? Lalu di jelaskan.  Mutlak dan umum dijelaskan, apa setelahnya?
[[ خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ (2) ]] 
Menciptakan manusia dari darah yang tergantung. Ini makna asal علق, segumpal darah yang tergantung-gantung. Mutaalliq yaitu apa, tergantung.

[[اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ (3) ]]
Bacalah, dan Robbmu itu paling mulia. Maha Mulia. Bukan demi Robb lagi, tapi Robbmu adalah dzat yang Paling Mulia. و nya bukan و qosam, maka bukan وربِك tapi وربُك, dalam keadaan Robbmu itu Maha Dermawan.

فرجع بها رسول الله صلى الله عليه وسلم  يرجف فؤاده
Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم pulang membawa ayat tadi, dalam keadaan dada beliau bergetar, gementaran atau bergoncang. Ini jumlah haliyah.

فدخل على خديجة بنت خويلد رضي الله عنها
Lalu Rasulullah masuk menemui Khodijah binti Khuwailid رضي الله عنها

فقال: 《زملوني زملوني》
Rasulullah mengatakan, "Selimutilah saya, selimutilah saya". Mungkin waktu itu ada Khodijah dan beberapa pembantu.

فزملوه
Lalu mereka pun menyelimuti beliau,

حتى ذهب عنه الروع
Sehingga hilanglah rasa takut pada diri beliau. Rauh ini rasa takut, kalau ruh ini adalah hati itu sendiri, jiwa.

فقال لخديجة وأخبرها الخبر
Lalu Rasulullah berkata kepada Khodijah dalam keadaan Rasulullah menceritakan berita itu kepadanya. Yaitu setelah cerita ini ini, Rasulullah mengatakan,

《لقد خشيت على نفسي》
Sungguh saya mengkhawatirkan diri saya sendiri. Saya khawatir, saya ini di datangi jin.

Saya menyendiri, tahu-tahu jin datang. Rasulullah tak suka dengan yang seperti itu. Maka beliau khawatir yang mendatangi beliau justru adalah makhluk yang akan menyesatkan.

فقالت خديجة: كلا والله ما يخريك الله أبدا
Khodijah menjawab, "Sama sekali tidak. Demi Allah, Allah selama-lamanya tidak akan menghinakan anda.
Thayyib, ini hiburan.

 إنك لتصل الرحم
Sesungguhnya anda benar-benar menyambung silaturrahim,

 وتحمل الكل
Dan memikul beban-beban.

 وتكسب المعدوم
Dan berkerja untuk membantu orang-orang yang tidak memiliki kemampuan,  tidak memiliki harta. Rasulullah berkerja untuk membantu mereka.

 وتقري الضيف
Anda memuliakan tamu

 وتعين على نوائب الحق
Dan anda membantu untuk mengurusi kebenaran. Tidak diam saja. Ini di antara beberapa maknanya.

فانطلقت له خديجة حتى أتت ورقة 
Kemudian Khodijah berangkat membawa nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sehingga datang membawa nabi kepada 

ورقة بن نوفل بن أسد بن عبد العزى 
Waroqoh Ibnu Naufal ibni Asad ibni Abdil Uzza.

ابن عم خديجة
Anak dari pakciknya Khodijah. Berarti dari satu sisi, Waroqoh ini selevel dengan Khodijah ye, anak pakcik. Tapi dari sisi yang lain, di jelaskan oleh Al Hafiz Ibnu Hajar, pangkatnya pangkat pakcik dari sudut pandang yang lain, kekerabatan yang lain.

 وكان لمرأ قد تنصر في الجاهلية
Dan Waroqoh ini adalah seseorang yang masuk agama Nasroniyah di masa jahiliyah, tapi Nasroniyah yang bagus, belajar di Syam, jumpa dengan Pendeta Nasroniyah yang bagus.

وكان يكتب الكتاب العبراني فيكتب من الإنجيل بالعبرانية
Beliau menulis kitab berbahasa Ibroni. Beliau menulis Injil dengan bahasa Ibroni,

 ما شاء الله أن يكتب
Dengan kehendak Allah untuk menuĺis, untuk beliau tulis. Zohirnya apa? Berarti beliau faham bahasa yang lain.

وكان شيخا كبيرا قد عمي
Beliau ini adalah orang yang sudah tua renta dan sudah buta.

 فقالت له خديجة:
Khodijah berkata kepada Waroqoh,

 يا ابن عم
Wahai saudara sepupu saya,

 اسمع من ابن أخيك
Dengarlah berita dari anak saudara mu itu.
 فقال له ورقة:
Dan Rasulullah, dari satu sisi memang beliau, pangkat keponakan dari Waroqoh. Sebagaimana Khodijah, dari sisi yang lain, juga seperti itu, kata Ibnu Hajar.

 فقال له ورقة يا ابن أخي ماذت ترى
Lalu Waroqoh bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, "Wahai keponakan saya, wahai anak buah, apa yang engkau lihat?"

 فأخبره رسول الله صلى الله عليه وسلم خبر ما رأى 
Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم memberitakan kepada Waroqoh tentang apa yang beliau lihat.

فقال له ورقة: هذا الناموس الذي نزل الله على موسى
Waroqoh berkata, "Ini adalah Namus." Namus itu secara bahasa, maknanya adalah sohibu sirril khoir atau sohibu sirril malik. Penjaga rahsia raja. Ini asalnya. Atau yang lain mengatakan penjaga rahsia kebaikan. Maksudnya jelas apa? Memang beliau dipercaya oleh Allah تعالى . Namus adalah Jibril "Yang Allah turunkan kepada Musa".

 ياليتني فيها جذعا 
Aduhai kalau saya di masa-masa itu masih muda, جذع yaitu apa, kambing yang muda yang masih kuat,

ليتني أكون حيا، إذ يخرجك قومك
Aduhai, seandainya saya masih hidup ketika kaum mu mengeluarkan engkau , mengusirkan engkau dari negeri ini.

، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: 《أو مخرجي هم؟! 》

Rasulullah  صلى الله عليه وسلم bertanya,  "Apakah mereka benar-benar akan mengeluarkan saya?"

قال : نعم
Waroqoh mengatakan : Ya

 لم يأت رجل قط بمثل ما جئت به إلا عودي
Tidak ada seorang lelaki  pun yang mendatangkan semisal dengan apa yang engkau datangkan, kecuali dia akan di musuhi. 

Thayyib, ini menunjukkan Waroqoh membaca cerita banyak, memang kebiasaan nabi mengalami yang seperti itu. 

 وإن يدركني يومك
Seandainya hari mu itu mendapati saya, yaitu seandainya masa dakwah mu itu mendapati saya masih hidup, 

 أنصرك نصرا مؤزرا
Pastilah saya akan menolong mu dengan pertolongan yang kuat.

Ini menunjukkan yang Waroqoh mu'min. Beriman kepada nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. 

 ثم لم ينشب ورقة أن توفي
Kemudian tidak lama, walaupun bertahan hidup, sampai kemudian beliau meninggal.

Memang sudah tua renta

 وفتر الوحي
Dan wahyu terputus. فتر yaitu apa? Terputus atau terhenti.

إلى هنا والله اعلم




Diberdayakan oleh Blogger.