Header Ads

Kajian Kitab Shohih al Bukhori (Majlis 5)

Sumber Channel Telegram: Syarah Shohih al-Bukhori

Kajian Kitab Shohih Bukhori
Bersama:
Asy-Syaikh Abu Fairuz Abdurrahman bin Soekojo Al Jawiy حفظه الله 

 بسم الله الرحمن الرحيم 
Untuk download file PDF klik gambar 


Tarikh: 16 Zulhijjah, 1442, 26/07/2021 Hari Isnin.

Ringkasan
Nabi mendapatkan wahyu 13 tahun sebelum hijrah, tahun pertama pengutusan beliau.

Aisyah, pada masa nabi hijrah umur 9 tahun.

Ijma' ulama - Hadis Mursal seorang sahabat. Aisyah tidak sempat jumpa Khodijah.
Mursalus sahabi hujjah.
Kemungkinan besar dia di ceritakan oleh Rasulullah. Jika benar hadisnya musnad. Tidak ada kecacatan dalam hadis ini.

Wahyu yang pertama kali adalah berupa mimpi yang bagus

Wahyu banyak jenisnya
1. Mimpi yang bagus
2. Ucapan malaikat Jibril terus ke hati nabi. صلى الله عليه وسلم. 
3. Malaikat Jibril menampakkan diri sebagai manusia.
4. Malaikat Jibril dalam wujudnya yang asli. Terjadi 2 kali. Sayapnya menutup ufuk. 600 sayap.
5. Wahyu datang seperti suara loceng yang berdering.
6. Allah mewahyukan terus kepada nabi. Peristiwa Isra'.
7. Allah bicara kepada nabi tanpa perantaraan malaikat. Agak musykil.
Wahyu berupa ilham. Yang bukan nabi juga bisa mendapatkan.
8. Allah mengajak bicara nabi tanpa hijab dan nabi melihat Allah. Ini di tentang kerana yang benar, nabi tidak melihat Allah.

Nabi mengalami mimpi berulang-ulang selama 6 bulan. Mimpi cahaya fajar. Khabar gembira buat nabi, akan terbit cahaya kenabian.

Kemudian dijadikan Rasulullah suka menyendiri. Beliau sering untuk menyendiri di Gua Hira'. Gua Hira' ini tidak memiliki keistimewaan. Tidak disyariatkan tahannuts disana.

Beliau berusaha membersihkan diri disitu sesuai dengan apa yang beliau fahami.

Beberapa malam yang mempunyai bilangan sebelum beliau kembali kepada keluarganya mencari bekal.

🔥Bantahan kepada Sufiyah. Barangsiapa beribadat kepada Allah, tidak perlu bekal, kerana bekal dari Allah.

Sehingga datanglah kepada beliau kebenaran. الحق sesuatu yang sesuai dengan kenyataan. Wahyu dari Allah itulah kebenaran, yang sesuai dengan wahyu. Dalam keadaan.beliau di Gua Hira'.

Lalu dia di datangi Malaikat.

Pentingnya membaca. Wahyu alquran yang mula-mula turun adalah Iqra'.

Nabi menyampaikan uzur, "Saya tidak mampu membaca."

Lalu Malaikat itu menangkap saya sehingga saya mengalami kepayahan.

Pendidikan dengan sistem yang menarik perhatian. Ini boleh.

Sampai 3 kali.
Faedah: diperbolehkan diulang sebanyak 3 kali metode menarik perhatian.
Diberdayakan oleh Blogger.