Kajian Kitab Shohih Bukhari (Tsulatsi Sunan Ibnu Majah - lanjutan)
Sumber Channel Telegram: Tsulatsiyat Shohih Bukhari
TSULATSIYAT
الرابع: أهمية الحجامة
Tsulasiyat yang keempat dari Sunan Ibni Majah, dan sanadnya mudah.
قال الإمام الن ماجه رحمه الله في سننه برقم (٣٤٧٩): حدثنا جبارة بن المغلس: حدثنا كثير بن سليم: سمعت أنس بن مالك رضي الله عنه يقول: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ما مررت ليلة أسري بي بملاء إلا قالوا: يا محمد مر أمتك بالحجامة)).
Tidaklah saya melewati di malam saya di Isro'kan dengan sekumpulan malaikat yang mulia.
ملاء
Ini adalah asyroful qoum, para bangsawannya kaum, para malaikat yamg boleh jadi didekatkan kepada Allah, malaikat yang level atas.
Kecuali para malaikat itu mengatakan, "Wahai Muhammad, perintahkan umatmu untuk berbekam."
Catatan kaki.
Status hadith: dhoif jiddan.
Jubarah bin Mughlits tertuduh dusta
Katsir bon Sulaim riwayatnya dari Anas munkaroh.
Makna hadis.
Ucapan al Allamah Ali al Qori rahimahullah (Mesir), ini adalah penukilan secara makna sebagaimana tidak tersamarkan, para malaikat memerintahkan (untuk istihbab, bukan wajib). Dikuatkan dengan semua malaikat menunjukkan kepada perintah yang sama. Ubat yang sangat penting, sekian banyak penyakit, kuncinya ada disini. Dan juga penetapan nabi. Perintah hijamah datangnya dari Allah.
Imam Muhammad As Son'ani, para malaikat tahu dari Allah, ubat-ubatan yang sesuai untuk para hamba Allah, untuk mengobati penyakit yang menyebabkan darah mendominasi. Dan telah berlalu hadis yang banyak tentang hijamah.
Dan telahnpasti didalam hadis-hadis yang sohih, disunnahkannya hijamah dan keutamaannya. 40 hadis tentang hijamah.
Makanya Sheikh Yahya, beliau mengatakan, "Hijamah ini hakikatnya adalah mustasyfa, bagaikan hospital." kerana apa, berbagai penyakit itu boleh diubati dengan hijamah dari ujung kepala sampai ujung kaki, asalkan kita pandai.
Dan Ibnul Qaiyim membahas panjang lebar tentang itu. Dan ada buku khusus.
Yang dikeluarkan adalah darah kotor, maka tidak perlu menusuk terlalu dalam, kerana memang badan dengan izin Allah, dan dengan taufik dari Allah memiliki kemampuan untuk membawa penyakit-penyakit itu ke permukaan kulit sehingga untuk membuangnya kita tak perlu menoreh terlalu dalam.
Toreh sikit saja.dan bantuan penyedutan dari alat bekam, mampu mengeluarkan darah kotor.
Mekanismenya dengan taufik dari Allah, barang-barang asing itu cenderung ditolak. Keajaiban badan manusia.
Hijamah secara rutin 2 bulan sekali, ataun4 bulan sekali sesuai keperluan dan sesuai kadar penyakit, ini.akan sangat membantu. Bahkan dalam masaalah orang kemasukan jin.
Diantara pengobatan jin dan sihir adalah hijamah di kepala. Dengan taufik dari Allah, setan.boleh terusir lewat penyedutan itu.