Header Ads

Kajian Tafsir Quran (Al-Fatihah) #Lanjutan 15

Sumber Channel Telegram: tafsirquran_abufairuz




Tafsir Ibnu Katsir:
Sambungan Tafsir al-Fatihah
 
 
Berkata Imam Ibnu Katsir rohimahullah: ‘dan dari sini menjadi terbongkarlah utkmu bahawasanya 2 pendapat dari ahli nahwu ketika menetapkan apa yg terkait dgn bab muta’allaq apakah dia itu isim atau fe’el, maka itu dekat saja, mmg khilaf. Dua2nya al-Qur’an telah dtg mendatangkan itu. Adapun ulama yg menetapkan bahwasanys Bismillah itu terkait dgn isim, dgn nama Allah permulaan saya ini … berdasarkan firman Allah taala: “bismillahi majreha..” Majreha adalah maf’ul mutlaq. Maf’ul mutlaq sendiri dia terkait dgn fe’el. Maf’ul mutlaq tidak mungkin berdiri sendiri. Dia mansub kerana ada suatu fe’el di situ. Jadi dia kembali kpd fe’el. Ini khilaf yg mudah saja. Yg menetapkan dgn fe’el, cth: iqra’ bismirobbikalladzi kholaq. Dan dua2nya betul krn fe’el itu dia harus memiliki masdar. Maka boleh ditetapkan fe’el dgn masdarnya, dan itu mmg sesuai dgn fe’el yg engkau sebut sebelumnya. Tergantung fe’elnya apa ketika kita membaca Bismillah itu. Iaitu kita adakah berdiri, ataukah tidur, ataukah makan dan semua masdar yg disebut di sini dia kembali masdar yg menunjukkan suatu fe’el. Ataukah membaca, atau berwudhu’ atau kerana solat kita membaca Bismillah. Maka yg disyariatkan adalah kita menyebut nama Allah di ketika memulai itu semuanya. Utk apa kita menyebut nama Allah di semua perbuatan tadi? Iaitu utk mencari berkah dgn nama Allah, dan keberuntungan, pertolongan, utk disempurnakannya dan diterimanya amalan tersebut. Dan keberkahan yg terbesar adalah apabila kita mendahulukan nama Allah, dan ini yg dirojihkan oleh Imam al-Syaukani di dlm tafsir beliau, Fathul Kodir. Jadi boleh kita mengatakan akro’u bismillah atau bismillahi akro’u, tp yg lebih baik adalah bismillahnya didahulukan, krn mendahulukan nama Allah dlm bentuk adab dan utk keberkahan. Dan inilah yg menjadi kenyataan dari amalan sehari2, kita menyebutkan Bismillah sebelum melakukan perbuatan itu. Wallahu’alam.
 
Sanad berikut ini (Dhohaq ibnu Abbas) adalah dhoif…sesungguhnya yg pertama kali Jibril turun membawanya kpd Rosululloh sallallahu ‘alaihi wasallam adalah: “Ya Muhammad, kul istami… ini telah kita lewati, hadithnya mmg dhoif. Pertama kali adalah dgn iqro’, tidak ada tambahan isti’azah dll. Makanya Rosululloh sallallahu ‘alaihi wasallam kata Ibnu Abbas dlm hadith yg sohih itu, beliau tidak tahu bagaimana memisahkan surat ini dan surat itu, sampai turun Bismillah. Menunjukkan turunnya Bismillah itu belakangan dari masalah waktunya.
 
Adapun masalah isim, dia itu adalah objek yg dinamai itu sendiri ataukah isim itu bkn objek yg dinamai… Ini adalah masalah ilmu kalam, membuat letih kalimat semacam ini. Yg betul, isim bukan dia adalah zat itu dan bukan pula yg selain zat itu, ttp dia itu adalah sesuatu yg menunjukkan kpd zat yg dinamai dgn nama tersebut. Dan dia tidak akan terpisah, oleh kerana itulah org2 itu mrk dgn pertanyaan tadi mereka akan membuka pintu yg baru yg membuat org bingung: sebenarnya yg kita sembah itu Allah atau namanya? Yg bukan makhluk itu Zat Allah atau namanya? Dan seterusnya.. Yg betulnya Allah adalah Zat yg tidak pernah ada awalnya dan akhirnya. Dia dgn seluruh Nama dan SifatNya, tidak pernah terpisah. Membuat letih fikiran manusia. Makanya Imam Ibnu Jarir mengatakan ini masalah yg sangat tolol. Allah dan RosulNya tidak pernah menyuruh membahas sedetail itu. Yg penting Allah kita sembah Dia dan seluruh Nama dan SifatNya. Semuanya adalah bukan makhluk.
 
Ttg masalah ini manusia mempunyai 3 pendapat:
1)      Isim adalah musamma itu sendiri, dipilih oleh al-Baqilani. Tujuannya utk membantah org Jahmiyyah yg mengatakan yg mencipta kita adalah Zat Allah, sementara isim Allah itu bukan pencipta. sementara yg bukan pencipta bererti makhluk. Maka sebagian ulama terjebak hingga mrk mengatakan bahawasanya nama Allah dan seluruh SifatNya adalah Allah itu sendiri. Yg betul bukan begitu caranya, ttp seperti yg disebutkan tadi kesimpulannya, sebagaimana yg Allah taala sebutkan sendiri.
2)      Nama itu adalah Zat yg dinamai itu sendiri, dan nama bukanlah penamaan itu sendiri. Bagaimana kaum muslimin akan mengambil faedah dari istilah semacam ini?! Nama adalah Zat yang dinamai dan nama itu bukan penamaan. Org akan bingung spt ini. Orang awam tidak akan faham. Allah dan RosulNya tidak mengajarkan seperti ini dan utk apa, apakah kita disuruh beribadah dgn pola yg seperti ini? Tidak!
3)      Nama itu bukan objek yg dinamai  dan bukan pula nama adalah suatu penamaan. Kemudian kami katakan: ‘jika yg diinginkan dgn nama itu adalah lafaz ini yg mana dia itu adalah suara yg terputus2 atau huruf yg tersusun menjadi ‘Zaid’, atau ‘Sulaiman’, maka ilmu pasti telah terbentuk bahwasanya jelas dia bukan objek yg dinamai. Kita bukanlah huruf2 itu, tp huruf2 itu menunjukkan ttg kita. Kalau yg diinginkan dgn nama itu adalah zat dari objek yg dinamai, maka ini masuk ke dlm bab menjelaskan perkara2 yg jelas. Itu adalah kesia2an.
 
Maka menjadi jelaslah bahwasanya membicarakan perbahasan ini dari ketetapan manapun, dr jawapan itu, ini polanya adalah pola kesia2an, kata Ibnu Katsir. Yg betul adalah nma adalah utk zat yg dinamai. Allah berfirman: “Nama2 yg paling indah hanyalah milik Allah”. Jadi, isim adalah musamma. Selesai.
 
Kemudian dia mulai menyebutkan dalil2 ttg tidak samanya isim dgn musamma, iaitu boleh jadi nama itu ada sementara yg dinamai sudah tidak ada, spt lafaz ‘ makdum’. Tidak perlu membahas sedalam ini.dan boleh jadi suatu benda/perkara memiliki nama yg beraneka  ragam spt nama2 yg sinonim spt pedang. Pedang ada saif, ada sorif, musallal, muhannat. Namanya byk, ttp menunjukkan 1 benda saja. Boleh jadi namanya 1 tp objek yg dinamai itu beraneka ragam spt ain. Ain ertinya emas, atau mata air, atau mata2 itu sendiri, atau zat suatu benda. Ain, memiliki byk makna. Itu menunjukkan tidak samanya nama dan objek yg dinamai. Dan juga nama adalah suatu lafaz dan lafaz itu adalah arod, iaitu suatu yg bersifat maknawi. Sementara musamma (objek yg dinamai) boleh jadi dia adalah zat yg munkinah spt kita ini, atau wajibah (Allah taala) secara zatnya dia mmg wajib ada, iaitu Allah taala. Yg betul bukan kalam Sibawaih itu mutlak betul, bukan  kalam Jahmiyyah itu betul, ttp cukup utk kita lafaz2 yg Allah sebutkan ‘lillahi asma ul husna’ bererti isim adalah lil musamma. Selesai.
 
Allah taala telah berfirman: “hanya milik Allah lah nama2 yg sempurna yg paling indah, maka panggillah Allah dgn nama2 tadi.” Kalau sudah tahu dalil itu, cukup itu saja. Tk perlu jauh2 membahasnya. Rosululloh sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘sesungguhnya Allah memiliki 99 nama. Bererti isim adalah lil musamma. Cukup sampai di sini, tidak perlu membahas dia musamma atau bukan.
 
Kelanjutannya besok insya Allah atau besok2nya. Wallahu’alam.
Diberdayakan oleh Blogger.