Kajian Tafsir Quran (Al-Fatihah) #Lanjutan 3
Sumber Channel Telegram: tafsirquran_abufairuz
Muqoddimah Tafsir Ibnu Katsir
(Sambungan: Surah al-Fatihah)
Berkata Imam Ibnu Katsir, diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Nasa’i semuanya, dari Abu Hurairah, dari Ubai bin Kaab, Rosulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “tidaklah Allah turunkan di dlm Taurat, atau Injil yg semisal dgn Ummul-Qur’an, iaitu Fathihatul Kitab. Dia adalah 7 yg terulang dan dia terbagi antara Aku dgn hambaKu (isyarat kpd hadith Abu Hurairah yg di Muslim itu) [Disohihkan oleh Syeikh al-Albani; dan ini adalah lafaz an-Nasa’i]
Dari Abdullah bin Muhammad bin Aqil…Saya sampai kpd Rosulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dlm keadaan beliau sedang mencurahkan air. Saya memberi salam kpd Rosulullah sallallahu ‘alaihi wasallam maka beliau tidak menjawab salam saya. Rosulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berangkat dan saya di blkg beliau sampai beliau memasuki rumah beliau dan saya masuk ke masjid. Maka saya merasa sangat sedih. Rosulullah sallallahu ‘alaihi wasallam keluar menemui saya dlm keadaan beliau sudah bersuci, dan beliau membalas salam2 saya. (Ini Abullah bin Jabir)
…..Dgn surat yg paling baik di dlm al-Qur’an. Tentu wahai Rosulullah. Bacalah “alhamdulillahi robbil ‘alamin” sampai engkau mengakhirinya. Ini menunjukkan yg fathihatul kitab, polanya adalah dari alhamdulillah sampai selesai. Para imam besar berdalilkan dgn riwayat beliau, dan Abdullah ibnu Jabir bahawasanya beliau adalah al-abdi menurut Ibnu Jauzi, wallahu ‘alam.
Para ulama berdalilkan dgn hadith ini dan yg semisal dgn itu ttg bertingkat2nya keutamaan sebahagiaan ayat dan surat terhadap sebahgian yg lain, dan ini yg rojih menurut ahlu-Sunnah wal jamaah. Sebagaimana itu dinukilkan dari byk ulama spt Ishaq ibnu Rohaway. Sekelompok ulama yg lain berpendapat tidak ada perbezaan tingkatan di antara ayat2 dan hadith2 krn semuanya adalah kalamullah. Memang semuanya adalah kalamullah, ttp apa yg menghalang kita utk menerima berita dari Allah dan RosulNya? Sebagaimana kita terima berita bahwasanya al-Qur’an kalamullah berita dari Allah dan Rosulnya, hendaknya kita terima berita dari Allah dan Rosulnya bahawasanya kalamNya itu bertingkat2, dan ini yg dirojihkan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah di Majmuq Fatawa dan byk tmpt.
Agar tidak menimbulkan kesan pengutamaan tadi, kurangnya ayat yg dianggap kalah di dlm keutamaan. Tidak perlu membayangkan itu. Kita katakan kalamullah semuanya sempurna, cuma ada yg lebih baik wp semuanya sempurna dan baik, ttp bertingkat2 kebaikan itu. Kata Syaikhul Islam sifat2 kita sendiri juga bertingkat2 sampai2 Rosulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menukilkan dari Allah taala: Sementara kita tahu bahwasanya rida’ dgn izzar itu nilainya lain. Rida’ yg diselendangkan di atas lebih tinggi nilainya dari izzar (kain pelikat yg dipakai di bawah). Di sini Allah taala menyamakan sifat ini dgn yg itu, menunjukkan bahawasanya sifatnya ini seperti pola selendang dgn sarung. Ini menunjukkan mmg bertingkat2 sifat Allah taala wp semuanya adalah utama.
Dinukilkan dari al-Qurthubi dari Ash’ari
Hadith Bukhari… haddasana Abi Said ibnu Khudri; kami pernah di perjalanan kami, lalu kami singgah di suatu tmpt. Lalu dtglah seorang hamba sahaya perempuan, dia mengatakan sesungguhnya pemimpin desa ini sedang sakit. Dia bertanya, apakah ada di antara kalian yg mampu meruqyah? Kami tidak menyangka (Abu Said) itu pandai meruqyah. Lalu beliau pun meruqyahnya lalu dia pun sembuh. Dlm riwayat yg lain, Selama 3 hari dia membacakan Fathihatul Kitab pagi dan petang kemudian menghembuskan ke org yg sakit itu. Maka diperintahkan utk diberikan kpd beliau sebyk 30 ekor kambing dan memberi kami minum air susu. Ketika pulang, kami bertanya kpd dia apakah engkau pandai meruqyah? Dia berkata, dia tidak pandai. Saya tidak meruqyah kecuali dgn Ummul Kitab. Jgn kalian melakukan sesuatu sampai kita dtg dan menanyakan kpd Rosulullah sallallahu ‘alaihi wasallam (utk hukum pemberian tadi). Manakala kami tiba di Madinah, kami ceritakan itu kpd nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Bgmn dia tahu bahasanya itu ruqyah? Bagi2lah itu dan masukkan saya ke dlm saham kalian. Kata Imam an-Nawawi ini Rosulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bukan suka meminta2 ttp beliau bersungguh2 utk menunjukkan bahawa itu adalah halal.
Imam Ibnu Qoyyim mengatakan ini bukan dalil yg menunjukkan bolehnya meminta upah utk ruqyah. Ini krn boleh jadi 30 ekor kambing itu adalah sebagai bentuk diafah (jamuan utk tamu). Ttp ini dibantah oleh ulama yg lain, krn utk tetamu seekor kambing sudah mencukupi. 30 ekor kambing ini lebih kpd hadiah atau pembayaran atas ruqyah yg mmg disyaratkan.Jadi terang2an itu adalah suatu upah. Berkata Abu Ma’mar haddasana…. dgn riwayat Abu Said tadi, bahawasanya Abu Said lah yg meruqyah org yg sakit tadi.
Masih lg hadith ttg keutamaan Fathihatul Kitab..
Suatu ketika Rosulullah sallallahu ‘alaihi wasallamdlm keadaan sedang disertai Jibril alaihissalam. Tiba2 beliau mendengar naqid (suara spt pintu terbuka di atas). Jibril mengangkat kepala dan memandang ke arah langit. Ini adalah 1 pintu yg terbuka di langi, belum pernah dia terbuka. Turun dari pintu tadi 1 malaikat dan mendatangi nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan berkata: bergembiralah anda dgn 2 cahaya yg telah diberikan kpd anda. Tidak diberikan kpd seoragn nabi pun sebelum anda. Dia adalah Fathihatul Kitab dan akhir2 dari surat al-Baqarah. Kedua2 surat ini utk mengusir berbagai penyakit, gangguan syaitan dsb. Tidaklah anda membaca 1 huruf saja dari 2 wahyu tadi itu kecuali anda akan diberikan apa yg anda minta. (Lafaz Nasa’i) ini menunjukkan wp Jibril itu sebagai penyampai wahyu secara umum, tp boleh jadi dlm kes tertentu ada malaikat yg diizinkan juga utk menyampaikan wahyu.
Hadith yg lain, disambung esok insya Allah..