Header Ads

Kajian Tafsir Quran (Al-Fatihah) #Lanjutan 19

Sumber Channel Telegram: tafsirquran_abufairuz





Tafsir Ibnu Katsir:
Sambungan Tafsir al-Fatihah
 
 
Setelah disebutkan dgn panjang lebar oleh Imam Ibnu Katsir rohimahulloh, perselisihan pendapat di antara ahli tafsir ttg Lafdzul Jalallah Allah dan kemudian beliau merojihkan pendapat yg pertama; iaitu bahawa Lafdzul Jalallah Allah adalah kembali kpd makna al-ilah iaitu al-Ma’luh (Yang Disembah) maka kesimpulan ini juga diisyaratkan oleh  Imam as-Sa’di rohimahulloh ketika beliau menyebutkan bahawasanya Lafdzul Jalallah Allah adalah al-Ma’luh al-Ma’bud iaitu yang berhak untuk diibadahi, yang berhak untuk disembah, yang berhak untuk ditunggalkan di dalam peribadatan. Diibadahi sendirian, tidak ada persekutuan. Kenapa? Kerana Dia memiliki sifat2 Uluhiyah yg layak utk mendapatkan uluhiyah iaitu segala sifat kesempurnaan. Inilah inti dari Lafdzul Jalallah Allah.
 
Sekarang kita akan masuk kpd perbahasan ar-Rohman nir-Rohim.
 
 
Berkata Imam Ibnu Katsir rohimahulloh, ar-Rohman nir-Rohim in 2 nama yg sama2 dia itu mushtaq, pecahan dari masdar ar-Rohmah (kasih sayang)dlm pola penyangatan. Wp nanti sudut pandang dan penggunaannya lain-lain. Kata beliau, ar-Rohman itu lebih dlm/lebih kuat penyangatannya dari ar-Rohim, sebagaimana disebutkan oleh Imam Ibnu Qoyyim di dlm Bada’il Fawaid: ini menunjukkan keluasan dan kepenuhan. Jadi 2 nama ini sama2 menunjukkan rohmat yg sgt dalam, sgt byk dan sgt luas meliputi segalanya. Dari ucapan Ibnu Jarir dlm tafsir beliau, ada ungkapan yg difahami darinya hikayat iaitu beliau menulikkan kesepakatan ulama ttg ini: ar-Rohman nir-Rohim sama2 mubalaghoh utk msalah Rohmah. Betul2 Allah itu sgt penyayang. Maka sekadar nama2 ini saja menunjukkan harusnya hamba itu sgt penuh harapan kpd Allah, dan dia itu betul2 bersandar kpd Allah, bkn kpd dewa2 yg boleh jadi dia itu tidak punya belas kasihan kpd  umat dsb, sebagaimana yg kita dptkan dari kisah2 spt Ramayana, Bratayudha yg betul2 di dlmkekeringan, terlalu kaku di dlm menghukum sampai rakyatnya menderita krn dewanya terlalu keras di dlm menegakkan hukum. Itu pun hukum yg tidak layak. Org sudah jatuh cinta tidak boleh disatukan krn di kayangan tidak boleh ada sifat2 syahwat kemanusiaan. Akhirnya dipaksa utk dipisahkan, dihukum seribu tahun, 2000 tahun. Itu adalah kisah2 yg dipaksakan. Menunjukkan betapa kecil rohmat dari dewa2 tadi itu. Dan seterusnya kisah2 yg aneh, menunjukkan rohmat yg betul2 sgt kering, bukan rohmat. Bahkan kekejaman yg besar. Demikian pula pelaksanaannya di biara2 org2 Buddha juga begitu. Salah sedikit, maka dia dihukum selama 20 tahun utk berdiri tegak terus, atau dia dihukum selama 40 tahun dlm keadaan badannya dilumuri dgn cairan kuning dan seterusnya, sehingga terkenal sebagai manusia besi atau manusia kuningan. Padahal dia masih hidup, tapi  ini adalah siksaan. Krn mmg kata Syaikhul Islam, inti dari ajaran Sidartha Buddha Gautama adalah menyiksa diri di dunia agar nanti bahagia di nirwana, dgn cara menyiksa diri dan betul2 menyelisihi akhlak dan karektor manusia, dgn cara penyiksaan diri dan seterusnya. Sementara Allah subhanahu taala adalah Zat yang Rohman yang Rohim. Betul2 sgt luas kasih sayangnya dan betul2 sgt menyayangi para hamba dgn  berbagai jenis kebaikan. Maka harusnya org2 itu kembalinya adalah kpd Allah, bukan kpd tuhan2 yg lain, yg dikatakan sebagai tuhan itu.
 
Disebutkan oleh Imam Ibnu Katsir rohimahulloh, di dlm tafsir sebagian salaf, perkara yg menunjukkan ini. Menunjukkan akan betapa luas dan mendalamnya rohmat Allah kpd para hambaNya. Sebagaimana telah berlalu atsar yg dinukilkan oleh Nabi Isa (ttp ini telah kita lewati; dia adalah atsar yg dhoif). Nabi Isa mengatakan ar-Rohman adalah yg betul2 sgt penyayang di dunia dan di akhirat. Dan ar-Rohim adalah rohim di akhirat. Ini salah satu dari penukilan, tp itupun sanadnya dhoif. Sebagian dr mrk mwngatakan ini tidak mushtad. Seandainya dia itu mushtad (pecahan) nescaya dia akan bergabung, dia akan berhubungan dgn penyebutan objek yg dirohmati. Sementara Allah taala berfirman: “dan Allah itubenar2 sgt penayang kpd mukmunin.” Dlm masalah rohim, mmg dia berhubungan dgn objeknya. Adapun ar-Rohman, kata sebagian ulama tadi, dia bukan mushtad. Krn dalil2 dari al-Qur’an selalu yg terkait dgn makhluk adalah rohim. Sementara utk Rohman, di dlm ayat2, tidak disebutkan ttg keterkaitan dgn objeknya. Itu dlm al-Qur’an, tapi di dlm hadith disebutkan itu. Di dlm hadith Abdullah bin Ammar Ibnu Ash yg mana Rosululloh sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘para penyayang akan disayang oleh ar-Rohman. Sayangilah yg di bumi nescaya yg di langit akan menyayangi kalian.’ Jadi di dlm hadith ada Rohman yg terkait dhn maf’ul bih tp mmg ini sedikit. Yg sering berhubungan adalah Rohim.
 
Intinya 2 nama ini menunjukkan rohmat yg amat luas, yg seandainya org2 mengetahui itu, seandainya bahkan org yg jahat dan bahkan org kafir tahu itu, diatidak akan putus asa dari rohmat Allah, sebgaimana yg disebutkan dlm kisah org yg telah membunuh 100 org itu. Ketika dia tahu Allah taala masih membuka pintu taubat maka dia bersemangat utk mencari taubat. Dan ternyata balasan sesuai dgn amalan. Wp dia ajalnya telah dtg, dan dia belum mencapai tmpt yg diperintahkan akan ttp Allah taala tidak menyia2kan niat dan usaha dia. Maka diapun dibawa oleh malaikat rohmah. Kalau org kafir dan org yg jahat saja tidak putus asa dari rahmat Allah, maka bagaimana org2 yg selama ini setia pada Allah? Lebih layak utk tidak putus asa, lebih layak utk dia yakin Allah tidak akan menyia2kan org yg setia pada diriNya, org yg betul2 menaruh harapan kpd diriNya, menghabiskan masa muda di jalanNya. Tidak mungkin Allah akan menyia2kan dia. Toyyib. Dan itu yg seharusnya dipegang oleh org2 yg beriman, terutamanya para pelajar yg seringkali dia akan dihantui oleh was-wasah dari syaiton, kalau engkau terus menerus belajar spt ini nanti masa depanmu bagaimana? Nanti kamu makan minum bagaimana? Anak isterimu nanti makan bagaimana? Jgn khuatir, Allah taala sayang kpd org yg jahat, maka bagaimana Allah tidak sayang kpd org yg selama ini berbakti pada diriNya. Tidak perlu dikhuatirkan.
 
Di dlm kitab beliau az-Zahir, Ibnu Ambari menukilkan dari al-Mubarid; Rohman itu nama dgn Bahasa Ibroni, bkn Bahasa Arobi. Ini kata al-Mubarid. Ibnu Ambari, disebutkan dlm catatan kaki, beliau adalah al-hafidh al-lughawi zul-funun, mmg mempunyai cabang ilmu yg byk. Beliau adalah Abu Bakar Muhammad ibnu Qossim. Meninggal tahun 328H. Ada yg mengatakan Rohman dan Rohim ni bukanlah dari Bahasa yg sama. Pendapat ini tidak kami sukai. Mmg ini tidak betul. Berkata Qurthubi, dalil yg menunjukkan bahawasanya ar-Rohman itu adalah mushtad, tidak spt pendapat yg tadi, apa yg iriwayatkan oleh Tirmidzi dan beliau sohihkan, Abdul Rohman ibni Auf mendengar Rosululloh sallallahu ‘alaihi wasallam bresabda: berkata Allah taala: “Aku adalah ar-Rohman, Aku menciptakan Rohim (Rohim boleh jadi maksudnya adalah Rahim para wanita itu) dan Aku pecah utk Rohmah tadi itu suatu nama dari namaKu. Rahmat dgn ar-Rohman. Maka barangsiapa menghubungi rohim (silaturrohim) maka Aku akan menghubungi dirinya. Barangsiapa memutuskan hubungan darinya, Aku pun akan memutuskan hubungan dari dia. Disebutkan dlm catatan kaki, ini diriwayatkan oleh Tirmidzi, demikian pula Abu Daud dari hadith Abdul Rahman bin Auf. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari hadith Abi Hurairah. Diriwayatkan oleh Abi Hakim, dari hadith Abu Hurairah dan Abdul Rahman bin Auf. Al-Baihaqi meriwayatkan dari Abdul Rahman bin Auf sayangnya tidak disebutkan kesimpulannya apa. Tp boleh dihasankan, intinya utk hadith yg ini. Adapun utk sohih, agak susah utk disohihkan.
 
Kata al-Qurthubi, ini adalah penetapan bahawasanya ar-Rohman inimushtaq, spt nama2 yg lain. Kalau kita suddah tahu ini bahgian dari ishtiqoq maka tidak ada harganya utk org melakukan penyelisihan dan perpecahan. Dalil telah menunjukkan bahawa ar-Rohman ini adalah mushtaq. Adapun org Arab zaman dulu mrk mengingkari ar-Rohman sebagaimana disebutkan: sujudlah kamu  kpd ar-Rohman, maka mrk bertanya apa itu ar-Rohman? Pengingkaran ini krn mrk tidak kenal Allah, bkn ini bkn Bahasa Arob mrk tidak tahu. Bkn begitu, tp mrk yg tidak kenal Allah. Dan perkara yg wajib utk Allah, iaitu ‘wajabalah’ maksudnya wajib mrk tunakan dari hak Allah. Qurthubi mengatakan: lalu ada yg mengatakan dua2nya sama2 mushtaq Rohman dan Rohim, maka ada yg mengatakan maknanya sama.
 
Berkata Abu Ali al-Farisi, Rohman itu adalah suatu nama yg mencakup segala jenis kasih sayang. Dan ini dekat dgn kalam Ibnu Qoyyim, kerana dia menunjukkan keluasan, mencakup semuanya. Allah taala menkhususkan diri dgn nama tadi, iaitu ini Cuma khusus utk dia, ar-Rohman. Spt mana Lafdzul Jalallah Allah dana r-Robb, itu khusus utk Allah taala.  Dan ar-Rohim itu hanya dari sisi mukminin iaitu dari sisi objeknya. Allah taala berfirman: “Allah sentiasa menyayangi kaum mukminin.” Bererti ini intinya spt kata Ibnu Qoyyim ttg masalah ini.Rohman itu maksudnya adalah zatnya Allah taala adalah terus menerus memiliki sifat rohmat yg luas. Adapun Rohim ini adalah kembali  kpd sifat fiqliyah, fe’el. Iaitu zat yg menyayangi siapa yg Dia kehendaki dari hambaNya. Ini  yg menunjukkan Rohim itu terkait dgn objeknya. Kalau Rohman  itu terkait dgn subjek/fa’elnya iaitu Allah.

Toyyib, kelanjutannya waktu yg akan datang, insya Allah. Wallahu’alam.
Diberdayakan oleh Blogger.