Al Fatawa Al Hamawiyah (Agama di bangun di atas kitabullah dan sunnah رسول الله ﷺ)
Al Fatawa Al Hamawiyah
Dibahaskan oleh Asy Syeikh Abu Fairuz Abdurrohman bin Soekojo Al Qudsiy Al Indonesiy Al Jawiy.
D029: 18/09/2018
Bismillah ar rahman ar rahim.
Ringkasan:
Catatan kaki (59):
Sesungguhnya agama ini hanyalah di bangun di atas kitabullah dan sunnah Rasul salallah alaihi wasallam dengan pemahaman salaful ummah. Baik itu secara nas atau pengambilan faedahnya. Akan tetapi orang2 yang di hati mereka ada penyimpangan maka sesungguhnya mereka tidak merasa cukup dengan dalil al quran dan as sunnah, maka mereka bernaung pada qias yang rosak maka terjadilah kerosakan di dalam syariat ini.
Berkata ibnu Sirin rahimahullah: yang pertama kali melakukan qias adalah iblis. matahari dan bulan itu disembah dengan sebab adanya qias.
Berkata sheikhul islam ibnu taimiyah rahimahullah: kesalahan yang terjadi pada qias berlaku disebabkan kerana menyerupakan sesuatu yang tidak sama dengannya maka inilah yang dinamakan dengan qias yang rosak (menqiaskan sesuatu kepada yang tidak sama) seperti qias orang yang mengatakan: hanyalah jual beli itu seperti riba dan seperti qiasnya iblis dan qias2 rosak yang semacam itu yang mana sebahagian salaf mengatakan yang pertama kali mengqias adalah iblis dan tidaklah matahari dan bulan di sembah kecuali dengan sebab qias yakni qias dari orang yang menentang nas dan orang yang mengqiaskan dengan qiasan yang rosak dan setiap qias yang bertentangan dengan nas maka dia itu tidak ada kecuali kerosakan ada pun qias yang shohih dia termasuk timbangan yang Allah turunkan dan pasti yang namanya qias tidak akan bertentangan dengan nas (kalau qiasnya qias ang shohih) bahkan dia pasti akan sesuai dengan nas.
Yang suka mengqias dengan qias yang rosak itu seperti qiasnya ahli jahiliyah sebagaimana yang disebutkan dan disifatkan oleh sheikh muhammad an najdi rahimahullah: termasuk perkara2 jahiliyah adalah berdalil dengan qias yang rosak seperti ucapan mereka: tidaklah kalian wahai para nabi kecuali manusia seperti kami, sebagaimana kami tidak dapat wahyu kalian juga tidak dapat wahyu. selesai dari masail jahiliyah.
Dan seperti itulah ahli kalam. berkata sheikhul islam rahimahullah: dan tidak ada keraguan bahawasanya mereka itu para ahli kalam yang tercela dikalangan salaf dikeranakan seringnya mereka membangunkan agama mereka itu di atas qias yang rosak yang bersifat kalamiyah dan seringnya mereka menolak apa yang di datangkan oleh al quran wa sunnah dan yang selain mereka manakala mereka itu bersekutu berkongsi dengan para ahli filsafat tadi disebahagian sikap2 tadi mereka tertimpa aib dan kecelakaan sesuai dengan kadar kesesuaian mereka iaitu orang2 tadi mencocoki para ahli kalam dikebanyakan dari dalil2 mereka yang mereka mengclaim bahawa dengan itu mereka menetapkan dasar2 agama, dasar2 keimanan dan juga sekumpulan permasalahan2 yang disitu mereka menyelisihi sunnah2 dan atsar2 dan menyelisihi apa yang telah dipegang oleh orang2 beraqal dan para agamawan. Selesai dari majmu fatawa.
Berkata imam ibnu Qayyim rahimahullah: seluruh kebidaahan dan ucapan yang rosak di dalam agama para rasul maka asalnya dari qias yang rosak dan dosa yang pertama kali dilakukan yang dengan itu Allah didurhakai adalah qias yang rosak (qiasnya iblis itu) dan inilah yang menyeret nabi Adam dan keturunannya disebabkan kerana pemilik qias ini (iaitu iblis) apa yang menyeret mereka maka asal kerosakan dunia dan akhirat semuanya dari qias yang rosak. Dan hikmah ini tidak diketahui kecuali orang yang memiliki penelitian terhadap apa yang wajib dan apa yang kenyataannya terjadi. Dan dia memiliki pemahaman yang mendalam dalam syariat dan takdir.
Sumber Channel Telegram: Al Fatawa Al Hamawiyah