Al Fatawa Al Hamawiyah
Dibahaskan oleh Asy Syeikh Abu Fairuz Abdurrohman bin Soekojo Al Qudsiy Al Indonesiy Al Jawiy.
08082018
(Muka surat 28-30 catatan kaki)
Ringkasan:
Pentahkiq terus menjelaskan bahawa Rasulullah itu tugasnya sebagai penyampai wahyu, malah kewajipannya menjelaskan wahyu2 itu.
Ini seperti penjelasan perlaksanaan ibadah solat, zakat, puasa, haji, jihad dan sebagainya.
Tugas ini (penyampai wahyu dan juga penjelas bagi wahyu) adalah merupakan kemuliaan yang Allah anugerahkan kepada nabi Nya.
Tentang itu maka Allah mewajibkan seluruh makhluk untuk taat kepada beliau sebagai rangka ketaatan kepada Nya. Allah mengabungkan ketaatan, kedurhakaan salah satu kepada keduanya. Ini satu anugerah kemuliaan kepada Rasulullah.
Ayat2 yang menerangkan tentang ini banyak sekali.
Sumber Channel Telegram: Al Fatawa Al Hamawiyah
