Al Fatawa Al Hamawiyah
Dibahaskan oleh Asy Syeikh Abu Fairuz Abdurrohman bin Soekojo Al Qudsiy Al Indonesiy Al Jawiy.
19/82018
(Muka surat 35-36)
Bismillah
Ringkasan:
Dalam matan sebelum ini Sheikhul Islam berhujjah bahawa mustahil untuk nabi untuk tidak melakukan yang terbaik dalam penyampaian risalah.
Maka Sheikhul Islam seterusnya berhujjah bahawa risalah nabi yang sempurna itu dari segala sisi; isinya serta penyampaian diterima juga dalam keadaan sempurna oleh generasi sahabat dengan kefahaman yang sempurna.
Para sahabat yang dipuji oleh Allah dan nabi sebagai generasi terbaik pasti melaksana tugas penyampaian risalah dengan sempurna. Barangsiapa yang beranggapan selainnya bererti menuduh seluruh syariat menjadi cacat bukan saja dalam hal ehwal mengenal tuhan dan asma wa sifat yang menjadi penekanan perbahasan kita.
Bahkan kesinambungan ini terjaga di 3 generasi pertama umat sehingga selepas itu datang kerancuan dalam aqidah kerana antaranya pengaruh ilmu kalam yang meresap dalam umat Islam.
Mustahil untuk kita mengatakan kecelaruan aqidah tersebut terjadi pada era salaf. Sekiranya kita mengatakannya juga, ada 2 kemungkinan yang berkaitan 3 generasi awal tersebut yang orang yang aqalnya cetek boleh bersangka:
Pertama, para salaf tidak memahami kebenaran dalam risalah nabi lalu menyampaikan pada umat seterusnya dalam kecelaruan.
Kedua, mereka mengetahuinya tetapi menyampai yang batil.
Kedua kemungkinan ini tertolak kerana berapa faktor antaranya: mereka adalah umat terbaik yang di akui Allah dan rasul Nya. Bahkan kita diwajibkan mengikut mereka dengan dalil al quran dan as sunnah; melalui merekalah syariat di turunkan maka tidak mungkin syariat tersebut tercemar di sebabkan ketidaklayakan sahabat menyebarkan risalah, Allah pasti menjaga kebenaran syariat ini hingga akhir zaman.
Lalu menjadi amat janggal pula dan tidak mungkin, yang menjadi ikutan dalam aqidah mengenal Allah ini diambil dari generasi setelah generasi terbaik tersebut dan menuduh generasi terbaik umat sesat dalam aqidah, lalu dari mana generasi setelahnya mengambil sumber aqidah mereka?
Allah menjadikan fitrah pada hati menusia untuk mengenal Nya. Hati2 terbaik adalah hati2 para sahabat, maka menjadi amat mustahil para sahabat melepaskan peluang keemasan untuk mengenal Allah dengan sebenar pengenalan melalui ajaran rasul Nya. Kerana mereka adalah umat yang terbaik di antara seluruh umat.
Sumber aqidah yang benar umat ini adalah dari al Quran, as sunnah, ijma ulama salaf dan qiyas (pemerhatian ŷang diambil sebagai iktibar)
Inilah isu2 perbahasan oleh Sheikh dalam bab seterusnya ini.
Sumber Channel Telegram: Al Fatawa Al Hamawiyah
