Al Fatawa Al Hamawiyah
Dibahaskan oleh Asy Syeikh Abu Fairuz Abdurrohman bin Soekojo Al Qudsiy Al Indonesiy Al Jawiy.
18/8/2018
(Muka surat 33-35 matan)
Ringkasan:
Dari perbahasan sebelum ini kita mengetahui bahawa mustahil nabi tidak mengajari umat tentang ilmu yang terpenting; puncak segala ilmu iaitu tentang Allah.
Hujah2 dan dalil2 yang dibawa oleh Sheikhul Islam memungkinkan orang yang kecerdasan yang sederhana sahaja memahami ini.
Inilah kesimpulan dakwah para nabi untuk menuju Allah pencipta kita; keinginan kita untuk bertemuNya, melihat wajah Nya dan segala kenikmatan yang dijanjikan adalah tujuan kita diciptakan. Tujuan inilah iaitu mengenal Allah dan sampai kepada Nya yang diinginkan.
bahawasanya penjelasan tentang bab ini ( bab mengenal Allah taala) ternyata tidak dilakukan oleh Rasulullah salallah alaihi wasallam di puncak kesempurnaan adalah satu mustahilan.
Kesimpulannya adalah kalau kita sudah tahu dasar2 kesempurnaan ini maka kita dengan tenang, tenteram dan penuh keyakinan akan mampu menggali al quran dan sunnah dengan bimbingan para ulama untuk mengenal Allah. Kuncinya ada di sini , perbendaharaan nya dan pundi2 dan gudang ilmu ada di sini. Kita tidak perlu kepada ilmu orang2 kafir di luar sana itu .
Cukup untuk mengenal Allah dengan al Quran wa sunnah dengan wahyu yang datang dari Allah dengan bimbingan orang2 yang memang tahu masalah itu iaitu para ulama yang mengikuti jalan salaf
Bab: Mustahilnya orang2 yang menjadi generasi yang utama (yang 3 itu) untuk mereka tidak mengetahui masalah ini.
Setelah mengakui dengan akal; nabi menyampaikan dengan sempurna ilmu tentang Allah, maka Sheikhul Islam membawa perbahasan bahawa 3 generasi terbaik pasti tidak mensia2kan ilmu tersebut, kerana mereka terbaik dalam segala segi.
Dan Allah mengakui kebaikan mereka dan Allah meredhoi mereka.
Jadi kerosakan yang terjadi dalam aqidah hanya berlaku setelah mereka.
Maka barang siapa tidak mengikuti mereka, maka tersesat. Sesiapa yang mengikuti manusia2 setelah 3 generasi terbaik maka mereka itu tersesat.
Inilah argumentasi yang dibawa oleh Ibnu Taimiyah seterusnya.
Sumber Channel Telegram: Al Fatawa Al Hamawiyah
