Al Fatawa Al Hamawiyah (tidak ada faedah dalam metode kalam dab filsafat)
Al Fatawa Al Hamawiyah
Sesi 2
Dibahaskan oleh Asy Syeikh Abu Fairuz Abdurrohman bin Soekojo Al Qudsiy Al Indonesiy Al Jawiy.
D027: 16/09/2018
Bismillah. Dengan memohon pertolongan Allah
Ringkasan:
Berkata sheikh ar rajhi hafizahullah: sesungguhnya aqidah yang benar menurut orang2 yang menyelisihi kebenaran tadi dari kalangan ahlu bida bahawasanya zohir2 dari nas itu adalah kekufuran maka firman Allah taala: kemudian Allah istiwa di atas Arash. Orang yang mengambil zohit ayat ini dia mengatakan sesungguhnya Allah istiwa atas Arash secara hakiki, maka orang ini kafir mengikut para ahlul bida bahkan nas2 ini wajib untuk di takwil dan bahawasanya ayat2 itu semua di serahkan kepada aqal dan wajib adalah kita menakwil ayat2 tadi agar sesuai dengan keadaan Allah. mereka mengatakan makna istawa itu adalah istaula demikian pula tidak layak kita berihtimat (bersandar) kepada ucapan2 para salaf di dalam menerangkan aqidah shohih bererti membiarkan manusia tanpa al kitab dan tanpa as sunnah itu lebih baik maka berdasarkan ucapan orang2 tadi nas2 al quran dan as sunnah tidak menambahi manusia kecuali kesesatan kerana ayat2 tadi dan nas2 tadi itu membebani mereka untuk melakukan takwil.
Kembali kepada matan:
Berkata sheikhul islam ibnu taimiyah: kerana sesungguhnya hakikat urusan ini berdasarkan apa yang diucapkan oleh orang2 ahli kalam itu, sesungguhnya kalian wahai para hamba jangan kalian mencari pengetahuan tentang Allah azzawajal dan jangan pula kalian mencari tentang apa yang menjadi hak Allah dalam masalah sifat baik peniadaan sifat2 atau penetapan sifat2, jangan cari dari al quran dan jangan cari dari sunnah jangan pula cari pengetahuan tentang itu dari methoda salaful ummah tapi hendaknya kalian melakukan nadzar maka sifat apa pun yang kalian dapatkan dari penelitian kalian sendiri itu memang layak untuk Allah, maka sifati Allah dengan itu.
Catatan kaki:
Berkata sheikh al rajhi hafizahullah: iaitu kalian teliti dengan aqal kalian iaitu dengan pemikiran kalian yang rosak itu akan tetapi aqal2 sendiri saling berlawanan aqal orang ini menyelisihi aqal orang itu, aqal orang itu menyelisihi aqal orang yang di sana lagi maka tidak di dapatkan satu aqal yang layak untuk dijadikan sandaran kita mohon kepada Allah keselamatan. Selesai dari syarah hamawiyah.
Fakruddin ar rozi maka dia berkata di dalam wasiatnya sebelum dia meninggal, sungguh aku telah menguji methoda2 kalam dan jalan2 filsafat maka aku tidak mendapatkan di dalam methoda kalam dan filsafat tadi satu faedah yang setara atau yang menyamai faedah yang aku dapatkan di dalam al quran kerana al quran itu berusaha untuk mengajak manusia menyerahkan keagungan dan kebesaran segalanya kepada Allah taala. dan al quran itu melarang untuk kita terlampau berdalam dalam ketika mendatangkan penentangan2 dan perkara2 yang menentang. tidak ada al quran itu kecuali pengetahuan bahawasanya aqal manusia itu akan luntur dan akan musnah di tempat2 yang sempit dan sangat mendalam dan juga methoda2 yang samar2 oleh kerana itulah saya berkata: segala sesuatu yang telah pasti dengan dalil2 yang jelas tentang wajbnya keberadaan Allah, wajib Allah itu tunggal, wajib berlepas dirinya dia dari segala persekutuan di dalam sifat qidam iaitu tanpa batas awal dan menyendiriNya Allah di dalam pengaturan dan pentadbiran dan juga dalam fiil2 Allah maka itulah yang saya ucapkan dan dengan ini saya menghadap Allah taala. Adapun segala sesuatu yang urusannya berhenti di situ kepada sesuatu yang sangat dalam dan sangat terperinci segala sesuatu yang datang dalam al quran dan berita2 yang shohih yang di sepakati oleh al imamah yang diikuti untuk kepada satu makna maka berita tadi seperti yang dia beritakan.
Sumber Channel Telegram: Al Fatawa Al Hamawiyah