Header Ads

Kajian Kitab Mustalah Hadits (Dars 13)

 Kitab

المطايا الهنية
تيسير فهم البيقونية

Dars 13


Oleh: Asy Syaikh Abu Fairuz Abdurrohman bin Soekojo Al Qudsiy Al Jawiy حفظه الله

Kita lanjutkan pembahasan  tentang mustalah hadith Al Hadithsul Hasan. Contoh hadith yang hasan yang lizatih. Hasan dengan satu sanad saja sebagaimana yang telah kita lewati dalam akhir akhir pembahasan hadith sahih yaitu ketika membahas hadith sahih lighairih kerana dia adalah gabungan dari dua hadith yang hasan lizatih. Contohnya tinggal di ambil di situ ketika membahas masalah hadith Abi Barzah Al Aslami di m/s 32 dan juga m/s 33. Hadith Ibni Umar hadith hasan.

Yaitu contoh hadith hasan lizatih satu sanad saja cukup untuk hadith ini boleh dipakai sebagai hujjah sebagai argumentasi untuk menasihati saudara untuk memperingatkan orang lain dan sebagainya atau untuk diamalkan dan seterusnya.

Contoh hadith yg hasan kerana ada yg lain ada pendukung dan sebagainya hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam musnad beliau yaitu no yg ke 17,145. Hadasana Walid Ibnu Muslim ini adalah bintangnya Abul Sham beliau adalah siqatun imam hanya saja kekurangannya adalah beliau mudalis tajlis tasriyah. Nanti akan dibahas di dalam bab tajlis.

Tapi beliau terang terangan di sini mengatakan Hadasana di dua tingkatan Hadasana Saur bin Yazid qal Hadasana Qalid Ibnu Middan qal Hadasana Abdul Rahman Ibnu Amar As Sulami Wa Hujir Ibnu Hujr dua duanya mengatakan kami mengunjungi Irbat bin Sariyah Radiallahuanhu dan beliau termasuk orang yang ayat itu turun tentang beliau. Dan tidak pula dosa itu dipikul dan ditimpakan kepada orang orang yang apabila mereka datang kepada mu wahai Rasulullah agar Engkau menaikkan mereka ke kenderaan yaitu mereka ingin ikut jihad tetapi mereka tidak punya harta dan tidak punya  bekal untuk jihad. Engkau mengatakan kepada mereka saya tidak mendapati kenderaan untuk saya pikulkan kalian diatasnya. Maka mereka berpaling dalam keadaan mereka menangis.

Yaitu ini adalah sahabat yang mulia tetapi beliau dari ashabussufah. Beliau tidak memiliki harta untuk berjihad maka Rasulullah tidak mampu tidak memiliki kenderaan untuk memikul dan membawa mereka. Kemudian kami mengucapkan salam. Dan kami katakan kerana ini dua orang kami datang kepada anda sebagai dua orang yg mengunjungi yaitu menjenguk anda zahirnya adalah beliau sakit bererti kerana 'yadaini' untuk orang sakit..dan dalam rangka mencari ilmu dan Irbat berkata menunjukkan hadith itu adalah ilmu.

Pada suatu hari Rasulullah Sallalahu Alai'hiwassalam mengimami kami solat subuh kemudian beliau mengadapkan wajah kepada kami kemudian beliau memberikan nasihat dan petua kepada kami dengan nasihat yang sangat mendalam. Mata mengalirkan air mata dikarenakan nasihat tadi. Dan dengan sebab nasihat tadi hati itu merasa ketakutan.

Maka seseorang berkata..Wahai Rasulullah seakan akan ini adalah petuah dari orang  yang hendak berpisah. Orang yang hendak mengatakan kalimat perpisahan. Maka apa perintah yang anda ambil dari kami atau  apa perjanjian yang anda ambil dari kami. Rasulullah bersabda aku wasiatkan kepada kalian untuk bertakwa kepada Allah dan untuk terus mendengar dan taat walaupun yang memimpin kalian adalah hamba dari Habshah.

Ini menunjukkan apa.. ketaatan itu bukan hanya dalam suasana redha maka dalam suasana marah dan benci pun kita harus mendengar dan taat kepada pemerintah kita selama perintahnya adalah adalah perkara yang makruf. Kalau mungkar tidak boleh ditaati tetapi jangan memberontak selama dia masih muslim.

Kerana sesungguhnya barang siaoa dia itu terus hidup dari kalian sepeninggal ku dia akan melihat perselisihan yang banyak maka teruslah kalian berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafah yang terbimbing dan mengikuti petunjuk. Pegang dia dengan sangat kuat dan gigit dia dengan gigi geraham bukan gigi semata mata tetapi dengan gigi geraham yaitu gigi yang paling kuat. Hindarkan oleh kalian perkara perkara yang baru.

Bukan sekadar ijtanibu bahkan iyyakum muhdasatir umur  menunjukkan ada dua fi'il tersembunyi ijannibu anfusakum jauhkan diri kalian wajtanibu muddasatil umur dan jauhi muhdasatil umur yaitu betul betul jauh sejauh jauhnya perkara yang baru itu. Fainnakulla muhdasatin bid'ah. Kerana sesungguhnya setiap perkara yg baru adalah bid'ah. Wakulla bid'ahtin dalallah. Dan setiap kebidah'an adalah kesesatan.

Dan telah kita tahu di dalam riwayat Imam An Nas'i  dari hadith Jabir Rasulullah mengatakan Wakulla Dollalatin Finnar dan setiap kesesatan adalah di dalam neraka.

Saur bin Yazid wa Mikdan Ibnu Kholid kedua duanya adalah siqah. Tidak masalah. Dan beliau juga siqah Walid bin Muslim beliau telah terang terangan mengatakan Hadasana atau yang semacam itu di tingkatan Syeikh beliau dan Syeikh dari Syeikh beliau.

Abdul Rahman bin Amar As Sulami wa Ibnu Abasa tidak disiqahkan oleh ulama yang terpandang ataupun Ibnu Hibban memang menyebutkan dalam kitab As Siqah tetapi jelas tidak cukup taufeek dari Ibnu Hiban maka beliau ini keadaannya adalah Majhul Hal memiliki paling tidak adalah dua murid.

Hua Hujr Ibnu Hujr hua Al Kula'ee Al Hidsi sama dia adalah dari ahlul Shar tidak ada ulama terpandang yang mensiqahkannya dia juga majhul hal.

Riwayat Abdul Rahman As Sulami kalau sendirian ini lemah. Begitu juga riwayat Hujr Ibnu Hujr Al Kula'ee. Tetapi kebersamaan keduanya itu akan menguatkan riwayat sehingga jadilah hadith ini hasan. Dia hasan kerana ada penguat yg lain. Adanya jalur yang lain. Yaitu jalur kawannya ini tadi. Jadi satu hadith ini layak menjadi contoh untuk hasan lighairih.

Hadith yang lemah

Ini adalah pembahasan yang ketiga dari tingkatan hadith.

Hadith sahih
Hadith hasan
Hadith dhoif

Ayat AlBaiquni As Shafie Al Misri dan setiap hadith yang dia itu kurang dari darjat hasan. Maka dia adalah hadith yang dhoif dan dia itu banyak jenisnya..dia lebih dari 32 jenis.
Sebagaimana telah dijelaskan panjang lebar oleh Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya

Jenis jenis hadith dhoif.

Memang ia lebih dari 32 banyak sekali.

Makna dhoif (lemah) secara bahasa adalah kebalikan dari orang yang kuat adapun secara istilah ilmu hadith sebagaimana di ucapkan oleh sang penyair hadith yang turun dari darjat hasan lebih rendah dari  tingkatan hasan. Difinisi ini cukup. Dan tidak apa apa kita berkata seperti yang diucapkan oleh Al Hafeez Ibnu Mulaqin syeikh dari Ibnu Hajar Rahimahullah.

Hadith yang dhoif adalah hadith yang tidak termasuk dari salah satu dari keduanya. Bukan hadith yang sohih bukan hadith yang hasan bererti dhoif. Selesai dari At Tazkirah Fi Ulimil Hadith.

Contohnya adalah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah di dalam sunan beliau no 1390.

Qal Hadasana Rashid Ibnu Said Ibni Rashid Al Ramli Qal Hadasana Walid An Ibni Lahi'ah ini yang menjadi penyakitnya Abdullah bin Lahi'ah. Dhohaq Ibni Aiman, Dhohaq Ibni Abdul Rahman Ibni Arzak. An Abi Musa Asya'ari Radiallahuanhu. An Rasulullah Hisallallahu Alai Hiwassalam.

Sengaja kita pilih hadith ini untuk mengingatkan kepada masyarakat. Masing masing hadith yang kita sebutkan dalam kitab ini sebagai tarbiah sebagai Pendidikan. Sesungguhnya Allah itu benar benar melihat di malam nisfu syaban malam ke 15 syaban. Allah mengampuni untuk seluruh makhluknya kecuali orang yang mushrik atau orang yang sedang bertengkar. Yang lain lain semuanya diampuni di malam nisfu syaban.

Di dalam sanadnya ada Walid bin Muslim Al Hingzi yang kita lewati tadi. Walaupun dia itu siqah dia terpecaya tetapi dia itu mudalis dengan tajlis tashfiah. Tashfiah maksudnya di antara dua syeikh dia ada yang dihilangkan. Nanti akan disebutkan dalam babnya.

Dia telah menggunakan kalimat 'An" pada tabaqot syeikhnya dan syeikh dari syeikhnya yaitu ada rawi yang dia hilangkan secara sengaja. Dalam sanadnya juga ada Ibnu Lahi'ah dalam masalah sunnah maka beliau imam maka beliau memimpin ahli sunnah pada zamannya untuk menghadapi ahli bid'ah. Tapi dalam masalah meriwayatkan hadith beliau lemah.  Maka sanadnya dhoif kerana dua orang tadi. Maka tidak boleh kita bacakan ini dan kita semangati masyarakat di malam nisfu sya'ban dengan hadith yang semacam ini. Tidak boleh kerana itu tidak benar dinisbatkan kepada Rasululluah Sallallah Hualaihisalam.
Sumber Channel Telegram: Mustalah Hadits
Diberdayakan oleh Blogger.