Header Ads

Permasaalahan menggambar makhluk bernyawa

Maka yang betul, permasaalahan menggambar makhluk bernyawa, 



INI SEMUA DENGAN METODE, DENGAN CARA APA PUN, INI ADALAH TERMASUK PERKARA-PERKARA YANG DIHARAMKAN. BAHKAN INI TERMASUK DOSA BESAR

Transkrip Audio Bermula

*Fathul Majid, syarah kitab tauhid*

*Berkata Imam Muhammad Ibnu Abdul Wahhab an Najdi رحمه الله تعالى*

*Yang ke 60 adalah bab dalil-dalil tentang para penggambar.*

*Dalil-dalil yang datang tentang ancaman bagi para penggambar.*

Dan tentunya ini beliau menulis ini bukan kerana pemikiran sendiri atau pendapat sendiri, tetapi buku ini memang penuh berisi dengan dalil-dalil dan fatwa para ulama'. Thoyyib, jadi bukan buatan sendiri.

Makanya buku ini, yaitu Kitabut Tauhid, punya Imam An Najdi telah dibaca oleh al Imam Asy Syaukani رحمه الله dan beliau mengatakan, "Saya dapatkan kitab ini kitab yang bagus. Didalamnya penuh dengan dalil-dalil yang mantap. Thoyyib.

Jadi beliau sekadar menyampaikan dalil-dalil, bukan membuat ajaran sendiri. Thoyyib

Kemudian kita baca catatan kaki yang dituliskan oleh Fadhilatus Syeikhina Muhammad Ibnu Hizam حفظه الله تعالى , "Sipenulis menyebutkan bab ini didalam Kitabut Tauhid kerana dua perkara:
1. Perbuatan menggambar itu adalah menyerupai Allah didalam mencipta. Yaitu usaha untuk menyerupakan diri dengan Allah. Makanya orang berusaha untuk membuat semirip-miripnya dengan makhluk yang asli, makhluk yang asal. Thoyyib dan Allah تعالى murka untuk di serupai.

Kalau yang dia inginkan oleh situkang gambar ini, adalah dia mampu untuk mencipta sebagaimana Allah mencipta, maka ini adalah SYIRIK dalam bab Rububiyah.

Dan itu sudah banyak di lakukan oleh orang-orang itu sampai membuat patung ini, patung itu, patung yang sangat mirip dengan manusia aslinya sampai diperbincangkan masaalah yaitu kedalaman dari raut muka dari patung tersebut baik itu patung Monalisa ataupun patung yang satunya lagi apa itu Perjamuan Terakhir sampai diperbincangkan oleh para pakar, pakar duniawi bukan pakar agama.

Tentang kenapa raut mukanya macam ini. Kenapa yang ini seperti menyimpan sebuah rahsia. Boleh jadi memang ini mengisyaratkan pada ini, ini, ini. Ilmu yang tidak ada gunanya sama sekali.

Cuma kenapa itu boleh terjadi? Kerana memang betul-betul sipembuatnya itu ingin menampilkan sesuatu yang sangat mirip dengan aslinya, dan ini adalah menyerupakan diri dengan Allah. Thoyyib.

2. Bahawasanya perbuatan ini adalah sarana atau yaitu jalan untuk terjatuh kepada kesyirikan seperti yang terjadi pada Kaum Nuh.

Dan dua alasan ini juga disebutkan oleh Fadilatusy Sheikh Baqiyatussalaf Soleh bin Abdillah alFauzan di dalam syarah beliau terhadap Kitabut Tauhid. Tidak seperti yang disebutkan oleh para tukang gambar itu, "Sheikh Soleh Fauzan membolehkan menggambar, membolehkan potret dan sebagainya" dengan alasan wajah beliau ada di video, ada di Youtube dan sebagainya.

Padahal ana dengar sendiri dari ceramah beliau. Beliau menentang itu. Menentang adanya kamera di tingkat pertama, tingkat kedua di Masjidil Haram dan seterusnya. Dan beliau mengatakan saya menentang itu nanti di Hari Kiamat bagi para orang yang mengambil gambar saya dan seterusnya. Thoyyib.

Kemudian, masaalah penggambaran, pembuatan gambar, ini juga mencakup patung-patung yang memiliki jisim yaitu yang 3 dimensi, yang mana orang masa lampau mengatakan, yang memiliki bayang-bayang. Kerana kalau 2 dimensi secara umum tidak punya bayang-bayang.

Dan juga mencakup sesuatu yang digambar yang tidak memiliki jisim. Tidak memiliki kedalaman, tidak memiliki sosok yaitu hanya 2 dimensi saja. Semuanya di HARAMKAN.

Juga, diharamkannya pembuatan gambar itu mencakup sesuatu yang di hinakan juga menurut pendapat yang sohih. Ye kerana dalilnya umum, baik itu kita injak atau kita tidak injak, kita duduki ataupun tidak, selama dia gambar makhluk bernyawa maka ini masuk kedalam perkara yang haram, dan masuk ke dalam perkara yang menyebabkan Malaikat Rahmat tidak mahu masuk rumah. Syaitan yang masuk.

Berbeza dengan pendapat sejumlah ulama'. Mereka membolehkan, yaitu sejumlah ulama', bukan, bukan apa, ijma'. Yang rojih adalah di HARAMKANNYA itu berdasarkan hadith Ai'syah رضي الله عنها, ketika Ai'syah membeli lumruqah (lumruqah itu adalah yaitu langsir, tirai, yang di dalamnya ada gambar-gambar.) Para ulama' mengatakan yang namanya tirai, langsir, dia itu tentunya adalah 2 dimensi saja secara umum, tidak memiliki jasad.

Thoyyib. Berbeza dengan patung. Maka nabi صلى الله عليه وسلم menanyakan tentang ini, menanyakan dalam keadaan beliau tidak mahu masuk rumah. Thoyyib. Ini menunjukkan apa, ketegasan beliau. "Wahai Rasulullah saya membeli itu untuk anda, taqdirnya apa, لتقعود عليها, agar anda duduk diatasnya, dan anda berbantalkan dengannya. Thoyyib.

Ye tamam. Ini ada beberapa riwayat, diantara riwayatnya adalah apa, yaitu berupa sitar yaitu langsir. Ha sekarang zohir nya adalah berupa bantal. Thoyyib. Dan yang disebutkan oleh Sheikh dua-duanya menunjukkan ini غير مجسدة , kerana memang 2 dimensi aja sekadar gambar. "Sesungguhnya pemilik gambar-gambar ini akan disiksa pada hari Kiamat." Ini menunjukkan sekadar niat yang baik itu tidak cukup kalau menyelisihi syariat. Thoyyib.

Al Hadith. Ai'syah ingin nabi duduk diatasnya, maka gambar-gambar tadi itu terhinakan. Sementara hujjah orang yang membolehkan gambar yang dihinakan,. Nabi صلى الله عليه وسلم memerintahkan Ai'syah untuk mencabut, atau untuk ye mencabut, melepaskan tirai tersebut, menjadikan dari langsir atau tirai tadi satu atau dua bantal.

Dan lafadz-lafadz ini tidak jelas menunjukkan bahawasanya gambar-gambar itu masih seperti sediakala. Boleh jadi apa, kepalanya telah dibuang sebagaimana dalam dalil-dalil yang lain. Hadith harus difahami dengan apa, melihat dalil-dalil yang lain, bukan hanya satu hadith, dua hadith saja.

Bahkan harus digabungkan antara hadith yang ini dengan hadith yang pertama, bahawasanya Ai'syah telah memotong kepala-kepala dari gambar-gambar tadi. Jadi walaupun Ai'syah adalah paling dicintai oleh nabi, tetapi apa, hal itu tidak menyebabkan dia durhaka kepada Allah.Thoyyib, dia taat. Disuruh potong, potong.

Thoyyib dan dia memotong gambar-gambar itu dengan tangannya sendiri ataukah memotong gambar itu, sehingga tidak terpisahkan bahawasanya ini adalah gambar yaitu tidak lagi tersisa adanya kesan bahawasanya ini adalah gambar. Gambar dalam artian masih ada kepalanya. Thoyyib. Intinya adalah bagian kepala.

Adapun menggambar dengan alat-alat yang baru seperti dengan kamera dan sebagainya, maka kenyataannya memang ini terjadi perselisihan di kalangan ulama' mutaakhirin. Apakah masuk didalam pengharaman atau tidak? Sheikh Uthaymin dan yang berpendapat dengan pendapat beliau mengatakan ini tidak masuk dalam pengharaman.

Sheikh Uthaymin didalam kitab beliau Niqoad Babil Maftuh memiliki 3 pendapat. Jadi orang harus apa, melihat mana pendapat yang terakhir. Jangan apa, mengikuti hawa nafsu.

Dan didalam biografi beliau, didalam kitabnya yang warna nya kuning dulu ana punya. Disebutkan disitu pendapat beliau yang terakhir yaitu beliau mengatakan itu adalah HARAM. Dan mengatakan memelihara gambar-gambar itu sebagai album untuk memori, untuk apa itu istilah yang macam itu, untuk kenangan, kata beliau ini adalah HARAM.

Makanya Sheikh Muhammad bin Hizam di dalam fatawa beliau, beliau mengatakan kalau memang itu haram, thoyyib berarti apa, beliau sendiri mengakui bahawasanya itu adalah gambar. Kerana apa, Sheikh Utahymin mengatakan haram dan menyebutkan dalil diharamkannya menyimpan gambar dirumah, berarti hakikatnya gambar kamera adalah haram juga. Thoyyib.

Kalau tidak maka berarti ucapan beliau ini kontradiksi. Ucapan Sheikh Uthaymin. Siapa pun beliau. Yang bukan nabi mungkin aje kontradiksi dan dikatakan keliru kalau memang bertentangan dengan dalil.

Kemudian Sheikhuna Muhammad bin Hizam disini mengatakan, "kecuali yaitu apa, itu tadi tidak masuk ke dalam perkara yang haram kecuali kalau digantungkan didinding dan sebagainya", kata beliau. Thoyyib.

Dan ini juga dibantah oleh Sheikhuna Muhammad bin Hizam didalam Majmu' Fatawa beliau. "Kalau ini bukan haram, bukan gambar, kenapa tidak boleh ditempelkan di dinding? Kerana Sheikh Uthaymin memang menyebutkan dalilnya adalah Malaikat tidak akan mahu masuk ke rumah yang ada gambar, bererti beliau sendiri mengakui ini adalah gambar.

Thoyyib, kalau mengakui ini gambar, bererti apa, sama saja, dia ditempel di dinding atau tidak, bererti itu adalah haram kerana dalil membahas tentang itu semua. Kalau tidak maka Sheikh Uthaymin akan mengalami kontradiksi.

Thoyyib kemudian beliau mengatakan, sekelompok ulama' yang lain berpendapat ini haram, hasil-hasil dari apa, gambar kamera, dari mereka al Albani, al Wadi'i, al Fauzan dan perkataan Lajnah ad Da'imah, ye kerana dalil-dalilnya umum. Dan diantara mereka juga Imam Asy Syanqithi رحمه الله تعالى dalam Adwa ul Bayan.

Dan beliau mengatakan ini akan menyebabkan rusaknya banyak pahala orang-orang yang berhaji, haji tapi selfie dan sebagainya. Zaman Imam Syanqithi sudah ada kamera. Walaupun bukan pahalanya bukan rosak total tapi apa, dia melakukan dosa besar dan tidak kembali seperti apa itu, bayi yang dilahirkan oleh ibunya nanti.

Thoyyib, kemudian beliau mengatakan, hanya saja Lajnah Da'imah tidak melarang gambar yang di televisi dan yang seperti itu. Thoyyib. Adapun kepala Lajnah yaitu apa, Sheikh Bin Baz, ana telah dengar sendiri rakaman beliau. Beliau mengatakan "Haram untuk orang mengambil gambar saya. Barangsiapa, tetap mereka memotret gambar saya. Maka saya akan menentang dia nanti di Hari Kiamat".

Thoyyib, kemudian beliau menyebutkan dalil-dalil yang terkait dengan masaalah itu. Jadi sebenarnya sama aje, dalam televisi ataupun bukan. Kerana apa? Dalilnya kembali kesitu lagi. Ke masaalah apa, suar, gambar-gambar. Kalau tidak maka akan terjadi kontradiksi. Menghalalkan, yang membolehkan ini tapi mengharamkan yang itu sementara, apa bezanya antara yang ini dan yang itu? Thoyyib.

Kemudian, beliau mengatakan, "YANG BENAR ADALAH TERLARANG SECARA MUTLAK". Ye sama saja dia kamera ataukah video, bahkan dengan video itu lebih mirip lagi dengan apa, ciptaan Allah, mampu bergerak, mampu marah, mampu menangis, lalu mampu gelak-gelak sendiri dan sebagainya. Ini semakin mirip, sementara Sheikh Saleh Fauzan, beliau didalam syarah beliau terhadap Kitabut Tauhid, beliau mengatakan, semakin mirip, maka ini semakin terkena firman Allah didalam hadith Qudsi, "Siapakah yang lebih zolim daripada orang yang mencuba mencipta seperti ciptaanKu."

Lalu beliau mengatakan gambar zaman dulu tidak terlalu mirip. Gambar sekarang betul-betul sangat mirip. Maka lebih layak terkena ancaman firman Allah تعالى yang tadi. Ha apa lagi kalau apa, bergerak-gerak. Justeru ini semakin mirip lagi. Semakin menyerupai dengan ciptaan Allah.

Kerana perbuatan itu masuk kedalam keumuman hadith. Ini juga fatwa Sheikh Saleh Fauzan didalam Syarah Kitabut Tauhid, masuk dalam keumuman dalil dan beliau mengatakan dalil yang umum tetap harus dikerjakan sesuai dengan keumumannya dan tidak boleh dikhususkan dengan falsafat para tukang takwil, kata beliau. Kata beliau keras disitu. Filsafatnya para tukang takwil dan semacam itu.

Kemudian beliau mengatakan disini, dan juga alat-alat ini tidak berkerja kecuali dengan perantaraan manusia. Yang lain, sebahagian orang mengatakan, ini adalah kerjaan matahari yang terperangkap. Kita katakan, siapa yang membuat cahaya matahari terperangkap. Kalian sendiri. Bererti apa? Ini perbuatan manusia juga.

Thoyyib. Maka gambar-gambar yang metode baru ini, metode pemotretan dan sebagainya, ini memerlukan peran serta manusia, ikut campurnya manusia.

Thoyyib. Maka kenyataannya ini dinilai sebagai hasil penggambaran dari seseorang. Ye siapa yang membuat alat itu? Siapa yang kemudian membentuknya menjadi apa, terbentuknya gambar. Setelah dicuci dengan polaroid seperti masa lampau atau alat-alat digital, ini semua siapa yang buat. Manusia yang buat. Bererti apa. Ini adalah hasil kerja manusia. Jangan menyalahkan matahari, jangan menyalahkan robot. Kerana semuanya hanyalah alat, sebagaimana di masa lampau apa itu, pen dan lain-lain. Itu alat. Yang disalahkan bukan alatnya, tapi siapa yang membuat dan mengerjakan alat-alat itu.

Thoyyib kemudian beliau mengatakan disini, dan konsekuensi bagi orang yang mengatakan ini bukan gambar yang diharamkan, bererti boleh untuk digantungkan. Ha ini beliau membantah Sheikh Uthaymin, yang mengatakan menggambarnya boleh tetapi apa, jangan digantungkan. Kerana nanti, Malaikat tidak masuk.

Thoyyib, bererti apa, hakikatnya kontradiksi kalau seperti ini. Kalau bukan gambar, kenapa dilarang digantung dengan alasan malaikat tidak masuk? Dan boleh untuk dipotret dan sebagainya. Boleh untuk apa, memang dibuat-buat. Sementara mereka melarang yang seperti ini. Berdasarkan hadith ini,
((Para Malaikat tidak masuk disuatu rumah yang disitu ada anjing dan gambar ataupun gambar.))
Mereka juga melarang membuat gambar-gambar untuk apa, sebagai memori, sebagai bahan kenangan dan seterusnya.
Thoyyib. Kenapa di larang? Kalau bukan gambar, kenapa dilarang?

Thoyyib. Kalau dilarang bererti apa, dengan alasan dalil-dalil tadi bererti kalian mengakui ini adalah gambar yang di haramkan. Mereka, pihak yang tadi mengatakan boleh mereka sendiri melarang untuk menggambar para ulama dan para tokoh besar sehingga tidak disembah selain Allah تعالى.

Thoyyib, lalu apa bezanya Rasulullah صلى الله عايه وسلم melarang menggambar dan memang beliau mengatakan, alasannya adalah seperti yang dialami oleh kaumnya Nabi Nuh. Thoyyib, sekarang kalian mengatakan para ulama itu dipotret, diambil gambarnya dikhuatirkan seperti itu.

Kita katakan bererti masaalah menggambar dengan kamera atau video dan sebagainya, bererti ini masuk kedalam larangan nabi صلى الله عليه وسلم, seperti kes yang pernah terjadi dizaman kaum nabi Nuh.

Thoyyib. Dalilnya adalah itu juga. Bererti, kaliam sendiri mengakui, ini masuk didalam keumuman dalil-dalil yang mengharamkan. Kerana illahnya sudah sama maka hukumya itu juga apa, jadinya sama.

Thoyyib. Kalau memang hasil penggambaran dengan kamera itu bukan gambar, lalu kenapa, lalu apa yang melarang kita untuk memotret para ulama? Kenapa kalian melarang? Sementara si pembuat syariat hanyalah mengharamkan gambar-gambar saja.

Thoyyib. Maka yang betul,
INI SEMUA DENGAN METODE, DENGAN CARA APA PUN, INI ADALAH TERMASUK PERKARA-PERKARA YANG DIHARAMKAN. BAHKAN INI TERMASUK DOSA BESAR.

Akan apa. Imam An Nawawi mengatakan seluruh gambar dengan bentuknya,
INI TERMASUK DOSA YANG PALING BESAR, kerana Allah تعالى mengatakan, ((SIAPA YANG LEBIH ZALIM DARIPADA ORANG YANG MELAKUKAN INI.)) Thoyyib.

Dan juga apa, dalam hadith yang lain,
إن أشد الناس عذابا يوم القيامة المصورن
Orang yang paling keras siksaannya dihari kiamat adalah tukang gambar.

Bererti ini memang termasuk dosa yang paling besar, bukan sekadar dosa besar. Kerana apa. Dari sisi Rububiyah, dia meniru-niru Allah. Dan dari sisi uluhiyah, dia membuka pintu atau sarana untuk orang apa itu, menyembah selain Allah. Walaupun tidak betul-betul disujudi barangkali tapi apa. Tapi ini menjadi sarana. Berapa banyak orang yang rela tidak pergi ke masjid kerana apa, kerana tokoh yamg dia kagumi didalam potret itu datang, datang mungkin dari Korea atau mungkin dari Spain, atau mungkin dari Italia atau apa. Bererti apa, sudah masuk dalam kesyirikan didalam uluhiyah sedikit demi sedikit.

Thoyyib. Kemudian mengatakan disini, kenyataan menunjukkan bahawasanya ini adalah keterginciran dari para ulama' tadi. Kerana jika tidak demikian, pembezaan hukum antara masaalah ini dan masaalah itu tidak ada dalilnya. Ye semuanya masuk dalam keumuman dalil. Maka yang haram adalah haram. Semua gambar makhluk bernyawa tadi adalah haram.
Thoyyib
الى هنا والله اعلم.

🔇Transkrip Audio Tamat

Sumber Channel Telegram: soaljawab_sheikhabufairuz
Diberdayakan oleh Blogger.