Header Ads

Kajian Kitab Shohih al Bukhori (Majlis 9)

Sumber Channel Telegram: Syarah Shohih al-Bukhori

Kajian Kitab Shohih Bukhori
Bersama:
Asy-Syaikh Abu Fairuz Abdurrahman bin Soekojo Al Jawiy حفظه الله 

 بسم الله الرحمن الرحيم 
Untuk download file PDF klik gambar 


Tarikh 21 Zulhijjah 1442, bersamaan 01/08/2021 Sabtu.

Hadis yang 5 selesai. 
Kesalahan ketika menyebutkan biografi.
Musa bin Ismail, Abu Salamah at Tabuzaki, ini kitabnya bagus, demikian pula gurunya Abu Awanah kitabnya bagus. Kesalahannya kitabnya Musa bin Ismail setara dengan hapalannya Sufyan ats Tsauri. Yang betul, kitab gurunya yaitu Abu Awanah. Musa bin Ismail hebat tapi yang sampai setara dengan hapalan Sufyan ats Tsauri adalah kitab Abu Awanah, yang melebihi hapalan Syu'bah, melebihi hapalan Hushaim dan setara dengan Sufyan ats Tsauri. 

⛔️ Ini Abu Awanah, bukan Musa bin Ismail.

🍂🍁🍂 Masuk ke hadis bab 5
حدثنا عبدان قال: أخبرنا عبد الله قال: أخبرنا يونس عن الزهري (ح)
Perpindahan sanad, nanti akan dijelaskan.

 وحدثنا بشر بن محمد قال: أخبرنا عبد الله قال: أخبرنا يونس ومعمر عن الزهري نحوه
Dari Zuhri, semisal yang diatas.

قال: أخبرني عبيد الله بن عبد الله عن ابن عباس رضي الله عنهما  قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم أجود الناس
Dulu Rasulullah sallallahu alaihi wasallam adalah orang yang paling dermawan,

وكان أجود ما يكون في رمضان
Dan keadaan beliau paling dermawan adalah di bulan Ramadhan.


حين يلقاه جبريل
Ketika Jibril menemui beliau,

زكان يلقاه في كل ليلة من رمضان
Dan Jibril selalu menjumpai nabi sallallahu alaihi wasallam di setiap malam di bulan Ramadhan.
Sepanjang malam 30 hari atau 29 hari.

فيدارسه القرآن
Lalu Jibril mudarosah al Quran dengan nabi, mengulang-ulang pembacaan al Quran. 

فلرسول الله صلى الله عليه وسلم أجود يالخير من الريح المرسلة
Maka benar-benar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam itu lwbih dermawan kepada kebaikan daripada angin yang diutuskan.

Hadis ini terkait dengan wahyu (walaupun pembahasan Ramadhan) al Quran, maka Imam Al Bukhari masukkan dalam kitab Permulaan Wahyu, kerana ada kaitannya.

Imam at Thobari didalam tafsir beliau dan beberapa ai'mmah yang lain dalam sanad yang sahih dari Ibnu Abbas radiyallahu anhuma, alQuran itu turun secara lengkap, itu dibulan Ramadhan di malam al Qodar itu ke Baitul Izzah di langit dunia. Jibril membawanya dari Allah taala, menulisnya di Baitul Izzah pada waktu Lailatul Qodar. Sementara kita tahu Laulatul Qodar itu dari malam-malam ganjil 10 malam terakhir. Jadi Nuzul alQuran bukan 17 Ramadhan tetapi hari-hari malam-malam ganjil di 10 malam terakhir.

Pembahasan sanadnya

• Abdan', guru Imam Bukhari - Abu Abdurrahman, Abdullah ibn Utsman ibn Jabalah al Marwazi, ma'ruf dikatakan sebagai Imamul ahlil hadis di Wilayah Marwa, Khurosan.
• '**Abdan** - ringkasan dari Abdullah bin Utsman.
• Beliau tsiqotun hafizun imam, termasuk imam yang terbesar di zamannya. Dikatakan oleh Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah, sekarang ini tidak tersisa rihlah ke Khurosan kecuali kepada Abdullah bin Utsman ini, setelah wafatnya Ibnul Mubarak dan boleh jadi itu, beliau Imam Ahmad belum berjumpa dengan Imam al Bukhori. Jelas Al Bukhori muridnya Ahmad datang setelah itu, tapi untuk levelnya Ahmad dan guru-gurunya Imam Ahmad, Imam Ahmad mengatakan, tidak tersisa rihlah ke Khurosan kecuali kepada Abdullah bin Utsman, kerana hampir semua hadis sohih, itu ada pada dia.

• Akhbarona Abdullah, 'Abdan, kalau meriwayatkan dari Abdullah, mengatakan akhbarona bererti Abdullah Ibnul Mubarak. 
• Beliau kuniahnya sama Abu Abdurrahman, Abdullah ibnul Mubarak alMarwazi.
• Imam, tsiqoh, hafidz, abid sampai2  Sufyan bin Uyainah mengatakan Abdullah Ibnul Mubarak ini dibandingkan dengan para sahabat, para sahabat tidak memiliki keutamaan kecuali para sahabat berjumpa dengan Rasulullah dan berperang sama Rasulullah. Ini dari sisi jenisnya. Kalau masaalah ilmu, jelas sahabat lebih tinggi. Tapi dari sisi jenisnya, Ibnul Mubarak mampu menggabungkan semua keutamaan itu, dan biografinya disebutkan panjang dan yang paling panjang dari kalangan Kibarul Atba ut Tabiin adalah biografinya Imam Ahmad dan biografinya Ibnul Mubarak dalam Siyar Alamin Nubala.

Ditanyakan kepada sebagian ulama', apakah Ibnul Mubarak ini ahlu masyrik, imam penduduk wilayah timur? Maka para ulama mengatakan beliau adalah imam untuk penduduk Wilayah Timur, juga Wilayah Barat dan diantara keduanya.

Memang beliau suka rihlah, suka keliling dunia, sampai ke Andalus wilayah Barat sana, sampai ke Selat Jabal Toriq, Selat Gibraltar.

Dan dikatakan oleh Imam Ahmad, dimasa itu tidak ada yang lebih bersemangat menuntut ilmu melebihi Ibnul Mubarak, belajar ke Barat, belajar ke Timur, juga belajar ke Hijaz, belajar ke Iraq, belajar ke Nejd dan seterusnya. Juga belajar ke Sham. Makanya beliau sampai menjadi imam. 

Dikatakan oleh Waki' ibnu Jarrah rahimahullah, seseorang tidak akan menjadi imam sehingga dia meriwayatkan dari orang yang lebih tinggi, orang yang lebih rendah dan orang yang setara dengan dia. Jadi dimana ada ilmu, dia berusaha mengejar. Tatkala Ibnul Mubarak seperti  itu, maka dia jadi imam. Thayyib, sampai-sampai sebagian ulama' mengatakan Sufyan ats Tsauri bersungguh-sungguh berusaha untuk beribadah seperti ibadahnya Ibnul Mubarak selama tiga hari dia tidak mampu. Padahal Sufyan ats Tsauri kalau kita lihat biografinya, dia ini adalah ahli ibadah, luarbisa, puasanya luarbiasa ternyata dibandingkan Ibnul Mubarak, Ibnul Mubarak,lebih hebat lagi. Sufyan ats Tsauri pun bilang begitu, "Saya sudah berusaha, tiga hari seperti Ibnul Mubarak, saya tidak mampu."

Ini adalah imam-imam tertinggi dizamannya , Imam Ibnul Mubarak ma'ruf. Dan biografinya panjang sekali tentang jihad beliau, tentang hajinya beliau, kedermawanannya dan seterusnya.

Dan Ibnu Mubarak, kalau kita lihat didalam Bukhari dan Muslim, dan kitab2 lain selalu mengatakan Akhbarona, jarang sekali beliau mengatakan Haddatsana. Makanya disini muridnya meniru itu.
اخبرنا عبد الله قال اخبرنا يونس

• Yunus ibnu Yazid al Aili, kuniahnya Abu Yazid. Tsiqoh, Kitabnya terhadap Az Zuhri termasuk kitab terbaik. Beliau termasuk murid no 1 Az Zuhri, asbatun nas.
Ibnu Ma'in mengakui kehebatan Yunus. Beliau mengatakan murid terbaik Zuhri :
Imam Malek bin Anas
Ma'mar bin Rasyid al Basri
Yunus bin Yazid al Aili.
Syuaib bin Hamzah
Sufyan bin Uyainah

Catatan ulama banyak sekali bahawasanya catatan terbaik Yunus terhadap Az Zuhri.

• Az Zuhri, Abu Bakar Muhammad Ibnu Ubaidillah Ibni Adlah ibni Syihab az Zuhri. Imam penduduk Mekah dan Syam.

Hadis nya di hentikan oleh Imam Bukhori sampai sini sanadnya.
~ dari Abdan -؛dari Abdullah - dari Yunus - dari.Az Zuhri kemudian ada lambang (ح) maksudnya tahwilus sanad, berpindah ke pertama lagi, 

Haddatsana Bisyr Ibnu Muhammad, gurunya Bukhari. Untuk hadis 6 Bukhari punya 2 guru.
• Abdan
• Bisyr Ibnu Muhammad

Sanad ke 2
• Bisyr Ibnu Muhammad- Abu Muhammad, soduq, tertuduh ada aqidah Murjiah. Tetapi beliau sangat jujur, tidak betul2 Murjiah cuma mungkin terpesong oleh sebagian gurunya, dia terkena sedikit karakter irja'.

Akhbarona Abdullah Ibnul Mubarak

Akhbarona Yunus dan Ma'mar.
Sekarang Ibnul Mubarak meriwayatkan dari Yunus dan Ma'mar.

Ma'mar bin Rasyid asbatunnas fi Zuhri. Beliau kalau meriwayatkan ketika di Basrah, hapalannya agak goncang kerana beliau tidak membawa buku, tetapi setelah beliau menetap di Yaman, beliau rajin membuka buku dan sehingga hapalannya menjadi segar kembali. Riwayatnya kuat sekali di Yaman. 

Ma'mar dipuji oleh para imam banyak sekali, bahawasanya beliau ini periwayatannya hebat, sampai2 Ma'mar sendiri mengatakan beliau datang ke Basrah daĺam keadaan hanya menjumpai alHasan al Basri sudah meninggal dunia, cuma jumpa jenazahnya. Tak sempat belajar ke alHasan alBasri, tapi sempat belajar ke ulama Basrah yang lain, Qotadah bin Amar, sampai beliau mengatakan setiap kali Qotadah itu meriwayatkan hadis, seakan-akan hadis itu diukir dijantung saya, saya langsung hapal.

Meriwayatkan dari Zuhri,

Akhbaroni Ubaidillah ibnu Abdullah





Diberdayakan oleh Blogger.