The Most/Recent Articles

Tampilkan postingan dengan label المطايا الهنية تيسير فهم البيقونية. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label المطايا الهنية تيسير فهم البيقونية. Tampilkan semua postingan

Kajian Kitab Mustalah Hadits (Dars 14)

 Kitab

المطايا الهنية
تيسير فهم البيقونية

Dars 14


Oleh: Asy Syaikh Abu Fairuz Abdurrohman bin Soekojo Al Qudsiy Al Jawiy حفظه الله

المطايا الحنية تيسير فهم البيقونية:
Albabussabir bab yang ke 7. Hadith yang dikatakan marfukh dan hadith yang dikatakan makhtub. Maknanya akan di bahas nanti.

Hadith yang dinisbatkan kepada nabi maka dikatakan marfukh. Terangkat darjatnya disampaikan kepada nabi. Hadith ini dinisbat kepada nabi sehingga darjatnya terangkat. Adapun suatu kalam atau suatu riwayat yang disandarkan kepada tabi'in maka dia dikatakan makhtub. Makhtub ertinya terpotong ini secara bahasa terpotong atau takhtik.

Ini pembahasannya terbahagi menjadi dua kerana sekarang beliau membahas sekaligus dua cabang ilmu hadith.

1. Hadith Marfuk.

Marfuk adalah suatu hadith yang disandarkan atau dinisbatkan kepada nabi Sallalahu Alaihi Wassalam tanpa memandang kepada sanadnya. Apakah sanadnya itu bersambung atau apa sanadnya putus. Yang penting hujungnya itu memang disandarkan kepada nabi. Kita tidak peduli dia sahih atau dhoif atau apa almuhim hadith yang disandarkan kepada nabi namanya hadith marfuk.

Kerana itu lah Al Hafeez Ibnu Mulaqeen Rahimahullah mengatakan beliau menyebutkan beberapa jenis  ilmu hadith mengatakan wal marfuk dan al Marfuk dan dia adalah  suatu hadith yang dinisbatkan atau disandarkan kepada nabi secara khusus. Dia itu bersambung atau tidak bersambung. Selesai dari At Tazkirah.

Salah satu dari contoh contoh yang terdahulu itu cukup untuk menjadi contoh di sini yaitu hadith hadith yang disandarkan kepada nabi. Tidak perlu kita membuat contoh lagi.

2. Hadith Makhtub

Fasal yang ke dua al makhtub hadith makhtub. Kemudian sang penyair Rahimahullah mengingatkan menyebutkan bahawasanya makhtub yaitu suatu hadith atau suatu perbicaraan atau sesuatu riwayat yang dinisbatkan atau disandarkan kepada seorang tabi'in. Tabi'in itu siapa. Beliau berjumpa dengan sahabat dalam keadaan beriman kepada nabi dan mati di atas keimanan.

Di antara jenis jenis hadith Al Makhtub. Dan dia itu adalah yaitu suatu hadith yang terhenti kepada tabi'in sanadnya terhenti kepada seorang tabi'in sahaja. Ucapan ataupun perbuatan ketika dia dinisbatkan kepada seorang tabi'in maka dikatakan makhtub. Selesai dari At Tazkirah.

Contoh hadith yang makhtub yang khauli ucapan. No yang ke 201 ini kitab yang agung yang besar sekali Musannafiq Abdul Razak As San'ani syeikh dari Imam Ahmad.

Dari Ibni Juraish berkata. Kami itu tidak memakai dari bangkai kecuali kulitnya apabila dia itu telah disucikan telah dibersihkan dan dikeringkan. Kerana pencucian kulit bangkai adalah kesucian dia dan penyembelihannya. Hukumnya seakan akan dia telah disembelih. Kalau telah disembelih boleh dipakai tetapi ini khusus kulitnya saja. Berdasarkan hadith Ibni Abas dan hadith Maimunah.

Shahidnya di sini adalah Atha'. Siapa ini Atha'. Atha' bin Abi Robah. Kalau Ibni Juraish  berkata qa la Atha' bermakna dia telah mendengar dari Atha' dan yang dimaksudkan adalah Atha' bin Abi Robah. Adapun kalau dia mengatakan An Atha' maka ada dua kemungkinan Atha' bin Abi Robah  ataukah Atha' Al Khurasani dua dua sezaman. Tetapi kalau Ibnu Juraish mengatakan qala Atha' maksudnya adalah Atha' bin Abi Robah dan sanadnya bersambung kerana dia adalah min asbatinnas fi Atha'. Ini sebagaimana ditansis dalam Kitab Sharulilal At Tarmizi .

Sanadnya sahih kerana jelas yang dimaksud adalah Atha' bin Abi Robah dan juga Ibnu Juraish memang  min asbatinnas fi Atha' bin Abi Robah.

Contoh makhtub yang fikli dari perbuatan seorang tabi'i. Dalam tafsir keduanya Abdullah bin Idris ini salah seorang murid yang bagus dari Al Akmash. Anil A'la Ibni Minhal An Hisham Ibni Urwah berkata

Omar bin Abdul Aziz pernah menangkap sekelompok orang dikeranakan mereka minum minuman keras Shara (yaitu cara minum minuman keras) kalau Shura (org yang banyak minum minuman keras itu) kemudian Omar memukul mereka dipukul sebagai orang yang minum minuman keras. Di antara mereka ada orang yang puasa ternyata. Orang orang mengatakan orang ini puasa kenapa dia ikut dipukul juga. Maka Omar membacakan firman Allah Taala yang bermaksud.

Maka janganlah kalian duduk duduk bersama mereka  sampai mereka berbicara sampai mereka membincangkan perbicaraan yang lain kerana sesungguhnya kalian duduk duduk dengan mereka kalian semisal dengan mereka. Ini menunjukkan feqeh yang besar dari Omar bin Abdul Aziz Rahimahullahuta'ala. Walaupun dia puasa tapi dia duduk duduk dengan orang yang minum khomar dan tidak melakukan pengingkaran maka dia dihukumi sama dengan mereka.

Maka dia dihukum dan sanadnya sahih. Ini perbuatan. Walaupun juga apa.. ini khauli juga sebenarnya tetapi yang kita inginkan Omar menangkap mereka dan memukul mereka.

Bab yang ke 8. Hadith musnad

Yang namanya musnad adalah suatu hadith yang bersambung sanadnya dari rawinya sampai ke nabi mustoffa Wa lam yabin dan tidak terputus. Yabin ai yakhtob yang khotib yabin terpisah yang fasil.

Dikatakan hadith ini musnad. Musnad itu apa. Ini difinisi yang paling pendeknya dan ini yang bagus. Hadith yang bersambung sanadnya dan sampai kepada rasul. Marfuk yaitu dinisbatkan kepada rasul. Ini yang bertemu tasilannya yaitu hadith ini harus sanadnya itu bersambung seperti la yan khatik bererti marfuk.

Yang namanya musnad adalah riwayat atau hadith yang sanadnya itu bersambung kepada nabi selesai dari At Tazkirah.

Contoh contoh yang disebutkan di dalam bab hadith sahih begitu pula hadith hassan ini cukup untuk itu. Yaitu sanadnya itu bersambung sampai kepada Rasulullah. selesai. Itu lah yang namanya hadith musnad.

Bererti apa bezanya musnad dengan marfuk. Kalau musnad itu sanadnya bersambung. Kalau marfuk sama saja bersambung atau tidak bersambung yang penting disandarkan kepada nabi. Musnad ia bersambung sampai ke nabi kalau yang marfuk terserah bersambung atau tidak bersambung yg penting disandarkan kepada nabi.

Sumber Channel Telegram: Mustalah Hadits

Kajian Kitab Mustalah Hadits (Dars 13)

 Kitab

المطايا الهنية
تيسير فهم البيقونية

Dars 13


Oleh: Asy Syaikh Abu Fairuz Abdurrohman bin Soekojo Al Qudsiy Al Jawiy حفظه الله

Kita lanjutkan pembahasan  tentang mustalah hadith Al Hadithsul Hasan. Contoh hadith yang hasan yang lizatih. Hasan dengan satu sanad saja sebagaimana yang telah kita lewati dalam akhir akhir pembahasan hadith sahih yaitu ketika membahas hadith sahih lighairih kerana dia adalah gabungan dari dua hadith yang hasan lizatih. Contohnya tinggal di ambil di situ ketika membahas masalah hadith Abi Barzah Al Aslami di m/s 32 dan juga m/s 33. Hadith Ibni Umar hadith hasan.

Yaitu contoh hadith hasan lizatih satu sanad saja cukup untuk hadith ini boleh dipakai sebagai hujjah sebagai argumentasi untuk menasihati saudara untuk memperingatkan orang lain dan sebagainya atau untuk diamalkan dan seterusnya.

Contoh hadith yg hasan kerana ada yg lain ada pendukung dan sebagainya hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam musnad beliau yaitu no yg ke 17,145. Hadasana Walid Ibnu Muslim ini adalah bintangnya Abul Sham beliau adalah siqatun imam hanya saja kekurangannya adalah beliau mudalis tajlis tasriyah. Nanti akan dibahas di dalam bab tajlis.

Tapi beliau terang terangan di sini mengatakan Hadasana di dua tingkatan Hadasana Saur bin Yazid qal Hadasana Qalid Ibnu Middan qal Hadasana Abdul Rahman Ibnu Amar As Sulami Wa Hujir Ibnu Hujr dua duanya mengatakan kami mengunjungi Irbat bin Sariyah Radiallahuanhu dan beliau termasuk orang yang ayat itu turun tentang beliau. Dan tidak pula dosa itu dipikul dan ditimpakan kepada orang orang yang apabila mereka datang kepada mu wahai Rasulullah agar Engkau menaikkan mereka ke kenderaan yaitu mereka ingin ikut jihad tetapi mereka tidak punya harta dan tidak punya  bekal untuk jihad. Engkau mengatakan kepada mereka saya tidak mendapati kenderaan untuk saya pikulkan kalian diatasnya. Maka mereka berpaling dalam keadaan mereka menangis.

Yaitu ini adalah sahabat yang mulia tetapi beliau dari ashabussufah. Beliau tidak memiliki harta untuk berjihad maka Rasulullah tidak mampu tidak memiliki kenderaan untuk memikul dan membawa mereka. Kemudian kami mengucapkan salam. Dan kami katakan kerana ini dua orang kami datang kepada anda sebagai dua orang yg mengunjungi yaitu menjenguk anda zahirnya adalah beliau sakit bererti kerana 'yadaini' untuk orang sakit..dan dalam rangka mencari ilmu dan Irbat berkata menunjukkan hadith itu adalah ilmu.

Pada suatu hari Rasulullah Sallalahu Alai'hiwassalam mengimami kami solat subuh kemudian beliau mengadapkan wajah kepada kami kemudian beliau memberikan nasihat dan petua kepada kami dengan nasihat yang sangat mendalam. Mata mengalirkan air mata dikarenakan nasihat tadi. Dan dengan sebab nasihat tadi hati itu merasa ketakutan.

Maka seseorang berkata..Wahai Rasulullah seakan akan ini adalah petuah dari orang  yang hendak berpisah. Orang yang hendak mengatakan kalimat perpisahan. Maka apa perintah yang anda ambil dari kami atau  apa perjanjian yang anda ambil dari kami. Rasulullah bersabda aku wasiatkan kepada kalian untuk bertakwa kepada Allah dan untuk terus mendengar dan taat walaupun yang memimpin kalian adalah hamba dari Habshah.

Ini menunjukkan apa.. ketaatan itu bukan hanya dalam suasana redha maka dalam suasana marah dan benci pun kita harus mendengar dan taat kepada pemerintah kita selama perintahnya adalah adalah perkara yang makruf. Kalau mungkar tidak boleh ditaati tetapi jangan memberontak selama dia masih muslim.

Kerana sesungguhnya barang siaoa dia itu terus hidup dari kalian sepeninggal ku dia akan melihat perselisihan yang banyak maka teruslah kalian berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafah yang terbimbing dan mengikuti petunjuk. Pegang dia dengan sangat kuat dan gigit dia dengan gigi geraham bukan gigi semata mata tetapi dengan gigi geraham yaitu gigi yang paling kuat. Hindarkan oleh kalian perkara perkara yang baru.

Bukan sekadar ijtanibu bahkan iyyakum muhdasatir umur  menunjukkan ada dua fi'il tersembunyi ijannibu anfusakum jauhkan diri kalian wajtanibu muddasatil umur dan jauhi muhdasatil umur yaitu betul betul jauh sejauh jauhnya perkara yang baru itu. Fainnakulla muhdasatin bid'ah. Kerana sesungguhnya setiap perkara yg baru adalah bid'ah. Wakulla bid'ahtin dalallah. Dan setiap kebidah'an adalah kesesatan.

Dan telah kita tahu di dalam riwayat Imam An Nas'i  dari hadith Jabir Rasulullah mengatakan Wakulla Dollalatin Finnar dan setiap kesesatan adalah di dalam neraka.

Saur bin Yazid wa Mikdan Ibnu Kholid kedua duanya adalah siqah. Tidak masalah. Dan beliau juga siqah Walid bin Muslim beliau telah terang terangan mengatakan Hadasana atau yang semacam itu di tingkatan Syeikh beliau dan Syeikh dari Syeikh beliau.

Abdul Rahman bin Amar As Sulami wa Ibnu Abasa tidak disiqahkan oleh ulama yang terpandang ataupun Ibnu Hibban memang menyebutkan dalam kitab As Siqah tetapi jelas tidak cukup taufeek dari Ibnu Hiban maka beliau ini keadaannya adalah Majhul Hal memiliki paling tidak adalah dua murid.

Hua Hujr Ibnu Hujr hua Al Kula'ee Al Hidsi sama dia adalah dari ahlul Shar tidak ada ulama terpandang yang mensiqahkannya dia juga majhul hal.

Riwayat Abdul Rahman As Sulami kalau sendirian ini lemah. Begitu juga riwayat Hujr Ibnu Hujr Al Kula'ee. Tetapi kebersamaan keduanya itu akan menguatkan riwayat sehingga jadilah hadith ini hasan. Dia hasan kerana ada penguat yg lain. Adanya jalur yang lain. Yaitu jalur kawannya ini tadi. Jadi satu hadith ini layak menjadi contoh untuk hasan lighairih.

Hadith yang lemah

Ini adalah pembahasan yang ketiga dari tingkatan hadith.

Hadith sahih
Hadith hasan
Hadith dhoif

Ayat AlBaiquni As Shafie Al Misri dan setiap hadith yang dia itu kurang dari darjat hasan. Maka dia adalah hadith yang dhoif dan dia itu banyak jenisnya..dia lebih dari 32 jenis.
Sebagaimana telah dijelaskan panjang lebar oleh Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya

Jenis jenis hadith dhoif.

Memang ia lebih dari 32 banyak sekali.

Makna dhoif (lemah) secara bahasa adalah kebalikan dari orang yang kuat adapun secara istilah ilmu hadith sebagaimana di ucapkan oleh sang penyair hadith yang turun dari darjat hasan lebih rendah dari  tingkatan hasan. Difinisi ini cukup. Dan tidak apa apa kita berkata seperti yang diucapkan oleh Al Hafeez Ibnu Mulaqin syeikh dari Ibnu Hajar Rahimahullah.

Hadith yang dhoif adalah hadith yang tidak termasuk dari salah satu dari keduanya. Bukan hadith yang sohih bukan hadith yang hasan bererti dhoif. Selesai dari At Tazkirah Fi Ulimil Hadith.

Contohnya adalah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah di dalam sunan beliau no 1390.

Qal Hadasana Rashid Ibnu Said Ibni Rashid Al Ramli Qal Hadasana Walid An Ibni Lahi'ah ini yang menjadi penyakitnya Abdullah bin Lahi'ah. Dhohaq Ibni Aiman, Dhohaq Ibni Abdul Rahman Ibni Arzak. An Abi Musa Asya'ari Radiallahuanhu. An Rasulullah Hisallallahu Alai Hiwassalam.

Sengaja kita pilih hadith ini untuk mengingatkan kepada masyarakat. Masing masing hadith yang kita sebutkan dalam kitab ini sebagai tarbiah sebagai Pendidikan. Sesungguhnya Allah itu benar benar melihat di malam nisfu syaban malam ke 15 syaban. Allah mengampuni untuk seluruh makhluknya kecuali orang yang mushrik atau orang yang sedang bertengkar. Yang lain lain semuanya diampuni di malam nisfu syaban.

Di dalam sanadnya ada Walid bin Muslim Al Hingzi yang kita lewati tadi. Walaupun dia itu siqah dia terpecaya tetapi dia itu mudalis dengan tajlis tashfiah. Tashfiah maksudnya di antara dua syeikh dia ada yang dihilangkan. Nanti akan disebutkan dalam babnya.

Dia telah menggunakan kalimat 'An" pada tabaqot syeikhnya dan syeikh dari syeikhnya yaitu ada rawi yang dia hilangkan secara sengaja. Dalam sanadnya juga ada Ibnu Lahi'ah dalam masalah sunnah maka beliau imam maka beliau memimpin ahli sunnah pada zamannya untuk menghadapi ahli bid'ah. Tapi dalam masalah meriwayatkan hadith beliau lemah.  Maka sanadnya dhoif kerana dua orang tadi. Maka tidak boleh kita bacakan ini dan kita semangati masyarakat di malam nisfu sya'ban dengan hadith yang semacam ini. Tidak boleh kerana itu tidak benar dinisbatkan kepada Rasululluah Sallallah Hualaihisalam.
Sumber Channel Telegram: Mustalah Hadits

Kajian Kitab Mustalah Hadits (Dars 12)

 Kitab

المطايا الهنية
تيسير فهم البيقونية

Dars 12


Oleh: Asy Syaikh Abu Fairuz Abdurrohman bin Soekojo Al Qudsiy Al Jawiy حفظه الله

Masih pembahasan contoh tentang sahih lighairih yaitu dua hadith hasan bertemu.

Kita lanjutkan setelah kita tahu bahawasanya hadith Abi Barzah Al Aslami Radiallahuanhu itu adalah hasan. Kemudian kita katakan.

Dan yg menguatkan hadith ini adalah hadith yg diriwayatkan oleh Imam At Tarmizi dalam sunan beliau no yg ke 2032.

حدثنا يحي بن أكثم والجارود بن معاذ قالا: حدثنا الفضل بن موس قال: حدثنا الحسين بن واقد، عن أوف بن دلهم،  عن نافع، عن ابن عمر رضي الله عنهما
dia di dukung dengan hadith Ibnu Umar

قال: صعد رسول الله صلى الله عليه و سلم المنبر
Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam naik ke atas mimbar

فنادى بصوت رفيع
kemudian Rasulullah berseru dengan suara yg keras

فقال: 《يا معشر من أسلم بلسانه
Wahai orang orang yg masuk islam dengan lidahnya

ولم يفض الأيمان إلى قلبه
tetapi keimanan itu tidak menembus ke dalam hatinya.

لا تؤذوا المسلمين
Jangan kalian menyakiti kaum muslimin

ولا تعيروهم
dan jangan kalian mencela, mengejek mereka.

Kata para ulama kerana mmg hadith ini terkait dengan kisah orang munafiqun yg mengejek muslimin di dalam masalah solat mereka, di dalam masalah sedekah mereka, dalam masalah jihad mereka, padahal yang lebih layak diejek adalah para munafiqun itu.

ولا تتبعوا عوراتهم
Dan jangan kalian mencari cari kekurangan muslimin

فإنه من تتبع عورة أخيه المسلم
kerana barangsiapa yg mencari cari kekurangan saudara dia yg muslim itu

تتبع الله عورته
nescaya Allah akan mencari2 kesalahan dia, kekurangan dia.

ومن تتبع الله عورته
Dan barangsiapa  Allah cari cari kekurangan dia

يفضحه ولو في جوف رحله
Allah akan membongkarnya, akan menyingkapkannya walaupun ada di tengah rumahnya, di tengah tempat tinggalnya.

Pada suatu hari Ibnu Umar melihat ke Baitullah atau ke Ka'bahnya,  kemudian mengatakan, kalau ke Ka'bah harakatnya adalah ki sebagaimana disebut kan di sebahagian kitab itu.

"Alangkah agungnya engkau wahai Ka'bah dan alangkah agungnya kehormatan mu. Sementara orang yg beriman, itu lebih agung kehormatannya disisi Allah daripada engkau."

Makanya sungguh bahaya sekali orang orang yg berusaha menumpahkan darah muslimin, membuat pemberontakan atau membuat perompakan di jalan jalan kerana ini adalah permusuhan yg besar kepada kaum muslimin.

Barangsiapa membuat permusuhan kepada muslimin bererti dia membuat permusuhan kepada Allah  kerana muslimin adalah wali Allah sesuai dengan kadarnya.

Yahya Ibnu Aksam Abu Muhammad Al Qodi Al Masyhur faqihun soduq.

Soduq bererti hadithnya bagaimana?  Hadithnya hasan.

Al Jaru Ibnu Muaz Abu Daud tsiqah. Cuma kekurangan hadith ini bukan di Yahya bin Aksam. Kenapa?  Sebab dia diperkuat oleh Jaru Ibnu Muaz sehingga tetap untuk tobaqat ini tidak ada masalah tobaqatnya adalah jadi tsiqah. Tapi kesnya adalah nanti.

Al Fadhil ibnu Musa Abu Abdillah Al Marwazi tsiqah.

Al Musan Ibnu Waqi' Abu Abdillah Qodi Marhu tsiqatun nahu arham .

Awfa Ibnu Dirham  Adawi Al Basri soduq.  Ini yang menjadi sedikit pengurang bererti wa Nafiq Maula Ibnu Umar Aslatunnasfihi kamahua maaruf, orang yang paling kuat hafalannya terhadap Ibnu Umar. Yang kedua adalah anaknya Ibnu Umar yaitu Salim.

Maka hadith Ibnu Umar dengan sanad ini adalah hasan. Dan dia dengan sanad yg sebelumnya menjadi sahih. Istilahnya adalah sahihul lighairih, sahih kerana ada yg lain.

Selesai perbahasan  hadith sahih.

Sekarang pembahasan yg kedua yaitu hadith hasan.

Aslinya adalah turuqan. Tetapi kerana dorurah syari'ah jadinya turqan wa ghodad. Jadilah.

Rijal rijalnya, rawi rawinya itu tidak seperti hadith sahih yg terkenal.  Ini nanti akan dibahas.

Jadi secara makna dari syair ini adalah hadith hasan adalah   hadith yg jalur jalurnya itu telah dikenal dan jadilah rawinya itu para rawinya itu  keterkenalannya tidak sampai seperti rawi hadith sahih. Ini makna secara mudahnya walaupun ini dibahas oleh para ulama. Kerana ia mengambil dari  Al Qathobi dan kalam Al Qathobi juga dibahas dengan panjang lebar oleh para ulama. Tentang masalah bahawasanya rijalnya terkenal, tetapi tidak seperti sahih dan yang semacam itu.

Sang penyair Rahimahullah menyebutkan bahawasanya hadith hasan itu, adalah hadith yg sanadnya itu telah di kenal. Ini sudah agak bagus dalam ertian, seandainya sanadnya tidak dikenal maka hadithnya itu  menjadi lemah.  Mungkin rawinya itu ada yang majhul dan sebagainya.

Atau masdur. Hanya saja definisinya ini tidak cukup kenapa. Kerana hadith sahih rawinya juga makruf sanadnya itu makruf makanya apa difinisi ini perlu dilengkapi dengan kelengkapannya dan para rawinya itu terkenal yaitu apa memang harus ada mensiqahkan atau mensoduqkan terhadap rawi rawi tersebut. Walaupun mereka tidak mencapai derajat rawi rawi hadith yg sahih.

Abu Sulaiman Al Khatabi masih dari keturunan Omar Ibnu Khatab jalurnya itu Rahimahullah. Jadilah. Hasan yaitu baik. Secara bahasa ialah lawan dari buruk. Sesuatu yg buruk. Tidak ada keraguan bahawasanya difinisi utk hadith hasan ini ia tidak mengumpulkan individu individunya dan dia juga tidak menghalangi individu yang tidak masuk didalamnya kerana apa nanti hadith yg sahih boleh jadi akan masuk kesitu demikian pula apa perkara yg lain yaitu hadith yang dhoif boleh jadi akan masuk ke situ pula yaitu rawi yg terkenal tetapi terkenal sebagai orang yang pendusta atau  terkenal sebagai orang yang lemah terkenal juga dia. Maka difinisi ini tidak cukup.

Pada hal syarat sah difinisi syarat sah sesuatu dhomir adalah apa jamiu'un ma'ni dia harus mengumpulkan seluruh anggota anggotanya individu yg layak untuk dia dan mani' menghalangi perkara perkara lain masuk di situ.

Bah kan hadith hasan itu terbahagi menjadi dua. Kita bagi dua kerana kenyataannya para ulama yang menjadi sumber pembahagian difinisi hadith mereka mendifinisikan masing2.

Al Khatabi mendifinisikan ini tadi sementara Termizi mendifinisikan bentuk yg lain. Sehingga kita bagi dua saja biar mudah memahaminya.

Hasan dikarenakan  ada pendokongnya dan hasan dengan dzatnya sendiri yaitu dengan satu syarat sahaja sudah cukup dikatakan sebagai hadith yg hasan.

Berkata Imam Ibnu Solah Rahimahullah. Saya telah menkonsentrasikan yaitu pandangannya dikonsentrasikan  menajamkan pandangan saya dan juga penelitian saya tentang masalah hadith hasan dalam rangka untuk mengumpulkan hujung hujung dari ucapan para ulama tersebut dan saya perhatikan dan mengkoreksikan  tempat tempat penggunaan mereka.

Maka tersaringlah untuk saya bahawasanya hadith hasan itu ada dua macam.

Yang pertama adalah yaitu hasan suatu hadith yg rawi rawi sanadnya itu tidak kosong dari rawi yang masdur. Masdur yaitu dia tertutup tidak ketahuan kedhoifannya. Hanya saja tidak ada satu pun para ulama yang mensiqahkan dia. Misalkan Hadasana Mohammad bin Abdul Rahman Mohammad bin Abdul Rahman qodi maru gitu aja. Telah meriwayatkan hadith kepada kami Mohammad bin Abdul Rahman qodi maru yaitu   hakim di Wilayah Maru.  Sementara para qodi di zaman salaf, secara umum mereka adalah orang orang yg baik. Agamanya baik. Ataupun kalau dia mubtadi' maka dia adalah orang orang yg jujur. Dan dia adalah terkenal. Rata rata qodi itu terkenal makanya kita tidak mengatakan seperti ini dengan istilahnya majrul ain. Kenapa..ainnya telah jelas dan juga apa bahkan adalah nya telah di ketahui yaitu qodi. Ini maka dia kita katakan majrul ain atau majrul ha kita katakan mastur. Jadi rawi dikatakan mastur kalau dia itu secara umum telahnya boleh ditetapkan yaitu dia adalah lurus agamanya secara umum. Qodi di zaman salaf secara umum. Tapi kurang masalah apakah dia itu siqah atau soduq kita tidak tahu tidak ada ulama yg menetapkan itu. Maka istilahnya mastur. Bezanya seorang rawi diketahui dia hanya memiliki dua murid atau lebih tetapi tidak diketahui masalah adalahnya atau masalah siqahnya dia maka dikatakan majrur hal. Boleh untuk shawahid.

Kita tidak tahu apakah dia itu orang yg lurus agamanya atau tidak tapi mengingat bahawasanya dia punya dua murid atau lebih dan murid ini adalah harus dikalangan ahlul hadith.
Sementara secara umum ahlul hadith itu adalah orang orang yang baik dan mencari hadith dari orang orang yg memang diambil hadith maka org yg muridnya hanya  dua atau lebih dan tidak ada yg mengatakan dia dhoif dan tidak ada yg mensiqahkan dikatakan majrurlul hal. Shahidnya adalah mastur. Mastur itu adalah apa adalah nya diketahui tetapi kesiqahannya belum diketahui dhobitnya kekuatan penjagaan hati tidak di ketahui.

Keahlian dia dalam bidang ini belum dipastikan. Jadi ini adalah hadith yg hasan tipper pertama yaitu rijalnya ada orang orang yg kurang di situ. Hanya saja walaupun dia keahliannya itu belum dipastikan tetapi dia itu bukan orang yg terlalaikan yaitu mudah ditegur dan sebagainya banyak kesalahan di dalam  apa yg dia riwayatkan. Dan tidak pula dia itu tertuduh dusta di dalam hadith.

Tidak nampak dari dia kesengajaan untuk berdusta di dalam hadith dan tidak pula nampak kefasikan yg lain. Bererti kalau sekitar ini saja sanadnya bagaimana. Sanadnya adalah lemah.

Tapi lemahnya tidak terlalu berat. Tidak ada sampai orangnyq itu dusta atau tertuduh dusta atau terlalu berat kesalahannya sehingga dia jadi matrub. Tetapi ada kelemahan sehingga sanad ini saja dia dhoif. Tetapi apa. Matan hadith isi hadith itu disertai dgn itu bersamaan dgn itu telah dikenal dgn cara telah diriwayatkan yg semisal dgn itu atau yg mirip dgn itu dari sisi yg lain atau dari sanad yg lain. Jadi dia didukung oleh sanad yg lain. Atau bahkan lebih dari satu sanad pendukungnya itu sehingga dia terkuatkan dgn mutabaah yaitu didukung atau diikuti oleh rawi yg lain yg mengikuti dia dengan yg semisal itu. Ini menunjukkan apa.. hadith dhoif didukung oleh hadith dhoif atau sanad dhoif didukung oleh sanaf dhoif sehingga menjadi hasan loghoirih.

Atau dia didukung dengan pendukung pendukung yg lain boleh jadi didukung dgn hadith mursal. Atau didukung dengan apa dgn hadith maukuf kalam sahabi tetapi mirip isinya dengan hadith yg dhoif ini.

Pendukungnya itu berubah dengan datangnya hadith yg lain dari sahabi yg lain. Kalau mutabaah itu adalah sahabinya sama tetapi sanadnya lain kalau shahid yaitu sahabinya yg lain tetapi isi hadithnya hampir sama. Maka dengan adanya pengikut tadi atau pendukung tadi penguat tadi dia keluar dari kondisi shar yaitu menyendiri atau mungkar sampai tingkat mungkar.

Ucapan Imam Termizi dalam Ilal beliau itu diturunkan dalam bentuk ini. Jadi inilah difinisi dalam hadith hasan pertama yaitu apa.. hasan bighairih. Dia sendirinya tidak kuat tetapi dia ada pendukung yg lain atau pengikut yg lain atau penguat yg lain.

Sekarang jenis yg ke dua dari hadith hasan. Rawi rawinya itu termasuk dari golongan orang orang yg terkenal dalam kejujuran dan amanahnya. seperti apa. Adalah dia sudah terpenuhi agamanya lurus. Hanya saja dia tidak mencapai derjat rijal yg sahih. Rijal rijal dikatakan sahih kalau hafalannya itu sempurna yaitu dhobitnya itu sempurna. Bererti
apa..dia punya dhobit punya kemantapan hafalan tetapi kurang sedikit. Khofiful dhobit jadinya apa..rawinya adalah sadouq.

Kerana dia itu kurang dari darjat para rijal sahih dalam masalah hafalan dan kemantapannya. Disertai dengan itu walaupun dia tidak mencapai kehebatan rawi siqah tetapi dia terangkat dari keadaan orang yg terhitung penyendiriannya itu termasuk dalam hadith yg mungkar. Kalau dia menyendiri dengan suatu hadith..hadithnya mungkar jadi dia terselamat dari itu.

Jadi kesimpulannya adalah apa..dia bukan rawi yg dhoif. Soalnya kalau dia menyendiri dan dihukumi mungkar bererti dia dia adalah rowi yg dhoif. Dia terangkat dari itu dia lebih tinggi dari itu. Bererti dia adalah sodouq. Bererti kalau hadith di dalam sanadnya ada rawi yg sodouq istilahnya hadith apa..hasan bizatih. Dengan satu sanad pun cukup.

Dan dinilai dengan pembahasan ini semua disertai dengan selamatnya hadith bahawasanya yaitu hadith ini selamat dari mungkar. Yaitu dia selamat dari penyakit yg tersembunyi. Bererti hadithnya adalah hasan. Adapun kalau zohirnya sanadnya baik walaupun rawinya adalah sodouq tetapi para ulama mengatakan hadith ini mu'al dan ilahnya adalah ilah qotiha dan juga yaitu dia menjadi shaz hadith ini mungkar kerana terlalu menentang rawi yang siqah.

Maka walaupun rawi ini sodouq maka dia adalah hadithnya tidak lagi menjadi hasan tetapi hadithnya dhoif. Tetapi kalau  dia selamat dari ini semua maka hadithnya adalah hadith yg hasan. Di atas jenis yg kedua ini lah kalam Al Qatabi itu diturunkan dan inilah yg dipakai oleh Al Baiquni.

Al Baiquni kerana harus terbatasi dengan kalimat fi'liyah maka beliau menggunakan bahasa yg pendek untuk mendifinisikan kalam Al Qatabi tadi menggunakan kalam AlQatabi. Dan itupun tidak cukup kerana difinisi hadith hasan itu ada dua bukan hanya hasan bighoirih. Hasan Bizatih belum disebutkan oleh Al Baiquni. Ini tidak masalah kerana apa.. kerana ini adalah pondasi awal yg penting kita mempunyai gambaran.

Kesimpulannnya bahawa hadith yang hasan Bizatih adalah hadith yg terkumpul di dalamnya seluruh syarat syarat hadith sahih. Hanya saja salah satu rawinya atau lebih itu hafalannya itu agak kurang tidak sampai lemah sedikit sedikit kurang kekuatannya kemantapannya tetapi tidak sampai lemah. Dia dinamakan dengan rawi yg sodouq. Ini yg pertama.

Hadith yang hasan lighoirih hasan kerana ada yg lain dia adalah hadith yg lemah tetapi dengan kelemahan yg ringan saja. Dia diperkuat oleh jalur yg lain yang lemah juga seperti dia yaitu kelemahan nya tidak kelemahan yg berat.

Sumber Channel Telegram: Mustalah Hadits

Kajian Kitab Mustalah Hadits (Dars 11)

 Kitab

المطايا الهنية
تيسير فهم البيقونية

Dars 11


Oleh: Asy Syaikh Abu Fairuz Abdurrohman bin Soekojo Al Qudsiy Al Jawiy حفظه الله

بسم الله الرحمن الرحيم

Masih pembahasan tentang syarat syarat hadith sahih

4. Syarat yg ke 4
Tidak boleh terjadi syuzuz.

Syuzuz secara bahasanya  ertinya adalah menyelisihi yg lain, yaitu dia menyendiri atau menyelisihi yg lain. Ini namanya syaz. Misalkan ada serombongan orang pergi ke Timur, yg ini pergi ke Barat, ini namanya syaz, menyendiri atau menyelisihi. Manakala definisi secara bahasa itu, dia memiliki dua percabangan semacam ini, menyendiri atau menyelisihi, maka seperti itu pula lah suatu hadith yang d hukumi ulama sebagai hadith yg berpenyakit dengan syuzuz. Boleh jadi kerana ada rawi yg menyendiri, atau boleh jadi rawi ini menyelisihi yg lain.
Makanya definisi syuzuz, para ulama berselisih pendapat tetapi kita berusaha mencari kalam yg paling mudah dulu.

Yaitu penyelisihan yg dilakukan oleh rawi yg diterima.

Hukum asalnya rawi ini di terima. Dia tsiqah atau dia soduq. Kalamnya masih boleh diterima, tapi dia menyelisihi orang yg lebih kuat daripada dia, أرجه منه dari sisi sifatnya. Misalkan Ma'mar bin Rashid, beliau adalah tsiqah,tetapi beliau tsiqah memiliki kesalahan2 dan beliau banyak meriwayatkan dari Imam Az-Zuhri. Tetapi kalau beliau diselisihi oleh Imam Malik ketika meriwayatkan dari AzZuhri, maka yg menang adalah kalam Imam Malik kerana Imam Malik itu lebih kuat sifatnya daripada Imam Ma'mar bin Rashid.
Kerana Imam Malik sebagaimana disebutkan oleh para ulama, Malik itu bintang dalam segalanya, atau dalam lafaz yg lain, beliau itu kukuh didalam meriwayatkan dari syeikh manapun. Sehingga walaupun sama2 tsiqah tetapi kalau Ma'mar itu bertentangan dgn Imam Malik maka yg kuat adalah Imam Malik.

Atau seperti Imam Muhammad bin Ishak, dia adalah soduq. Soduq di terima, tetapi kalau dia berhadapan dengan  yg lebih kuat dari dia, seperti Imam Malik, maka dia tidak ada apa-apanya, istilahnya. Mereka sezaman.

Atau dia berhadapan dengan yang mendustakan dia, menghukumi dia itu dusta yaitu Hisham bin Urwah. Hisham mengatakan Muhammad bin Ishak itu kazzab. Yang betul beliau tidak sampai kazzab tetapi beliau punya kesalahan kesalahan. Jelas beliau akan kalah ketika berhadapan dengan Hisham bin Urwah.

Soduq tu terpecaya tetapi hafalannya tidak sekuat tsiqah, masih di percaya.
Tsiqah lebih tinggi (dari soduq). Soduq secara bahasa sangat jujur.

Atau dia kalah kerana yang menyelisihi dia lebih banyak.

Seperti kisah hadith At-Tahrik itu.  Hadith Wail bin Hujur, di mana Rasulullah menggerak gerakkan jari telunjuk beliau.
Ini diriwayatkan oleh Za'idah bin Qudamah. Beliau tsiqah sunni, imam besar. Kalau ada orang yang belajar ke beliau, di uji dulu orang ini. Kalau ahli sunnah dikasi hadith, kalau tidak, tidak dikasi kerana ahlul bida' nanti akan membanggakan ilmunya dan menyesatkan umat.
Tapi di dalam hadith tadi, hadith Wail bin Hujur, beliau berhadapan dengan 15 rawi yg lain. Di antara rawinya adalah Syu'bah. Jelas beliau berhadapan dengan Syu'bah, kalah beliau. Ditambah lagi Syu'bah itu didokong oleh Sufyan at Tsauri. Jelas tidak ada apa-apanya sudah. Sementara Syu'bah kalau melawan Sufyan At-Tsauri, Sufyan At-Tsauri menang dalam 70 hadith.
Dalam penyelisihan terhadap antara Shu'bah dan At Tsauri, At Tauri menang dalam 70 hadith.
Sementara sekarang Shu'bah dan Tsauri gabung menjadi satu maka jelas kalah itu yang namanya Za'idah bin Qudamah. Ditambah lagi dengan siapa? Yg meriwayatkan hadith itu juga Hammad bin Salamah dan Hammad bin Zaid. Jelas Za'idah bin Qudamah kalah ditambah dengan rawi rawi yg lain, 15 rawi. Ditambah dengan mutaba'ah yg qasirah di atasnya lagi ada tambahan kurang lebih 3 rawi yg tsiqah.
Maka jelas masalah ini dia dikatakan sebagai shadz yang sangat keras. Ini yg dikatakan adadan yaitu dari segi jumlah dia kalah.

Adamud shuzub yaitu adamud tafarrudi anhum yaitu dia tidak menyendiri dari mereka. Jadi yang namanya shaz itu ada 2 macam. Shuzud ada 2 macam

1. Muqallafah yaitu dia menyelisihi rawi yg lain.
Memang rawi yg lain meriwayatkan hadith yg sama tetapi dia memberikan tambahan yg rawi yg lain tidak ada. Tidak menyebutkan itu namanya Muqallafah.

Ada khilaf tentang pembahasan ini. Tapi ini secara umum.

2. Taffaruk menyendiri
yaitu betul betul dia ini mendatangkan suatu hadith terhadap syeikh tertentu yg mana murid murid besar tidak ada yg meriwayatkan ini. Ini memang kembalinya kepada sudut pandang para huffaz. Apakah ini layak dikatakan sebagai shuzuz atau sebagai hadith yg layak diterima. Maka ini dikembalikan kepada sudut pandang para huffaz. Bila taffaruknya seseorang itu diterima dan bila dia itu tidak diterima.  Kalau yang tafarruknya diterima seperti taffarruknya Az-Zuhri , kerana memang hafalannya luar biasa. Kalau beliau itu meriwayatkan dari syeikh yg di atasnya misalkan langsung meriwayatkan dari Anas bin Malik walaupun ada yg lebih kuat daripada Az-Zuhri seperti Qotadah dan seperti  yg lain lain. Tapi kalaupun Az-Zuhri meriwayatkan dari Anas maka  ulama menerima. Tetapi terkadang ada yang rawi itu tsiqah atau soduq tetapi kalau dia menyendiri dalam satu riwayat tidak diterima, kerana dia tidak terlalu kuat dan juga qorinah menunjukkan asbantunnas yaitu murid yang paling bagus terhadap syeikh tersebut tidak meriwayatkan pada hal murid yg paling bagus ini selalu menyertai syeikh tersebut. Bagaimana mungkin perkara ini luput dari dia. Ini memang kembali ke sudut pandang para huffaz, mana yg layak diterima dan mana yang tidak layak.

Itu untuk masalah taffaruk. Kalau masalah muqallafah kata para masyaikh kita itu mungkin untuk para mahisun itu menghukumi. Kalau taffaruk ini memang lidahnya para hufaz. Adapun contoh contohnya  insyaAllah nanti kita cuba cari contohnya. Ketika khusus membahas masalah shuzuz.

Contoh hadith yg sahih sekarang yang terpenuhi syarat-syarat. Dan akan datang pembahasan tentang masalah shuzuz di dalam babnya sendiri insyaAllah.

5. Syarat yg ke 5 :
Tidak ada penyakit tersembunyi yg membawa cacat.

Illah itu penyakit yg tersembunyi. Qodihah itu  yg membuat cacat.

Ilah yaitu penyakit yang tersamarkan. Penyakit yg tersembunyi.
Qodihah yang membuat cacat terhadap kesahihan hadith tersebut.

Pembahasan ttg bab ini akan datang didalam babnya, insyaAllah.

Contoh hadith yg sahih yg terpenuhi 5 syarat. Hadith yg diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam sahih beliau, no yg ke 109.

قال حدثنا مكي بن إبراحيم
Sengaja kita cari sanad thulathi agar mudah di hafal, agar untuk memudahkan kerana para ulama gembira dengan sanad sanad yang tinggi seperti ini hanya thulathi, 3 org saja.

قال حدثنا يزيد بن أبي عبيد، عن سلة، قال سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول: 《من يقل علي ما لم أقل فليتبوأ مقعده من النار》
Barangsiapa berkata atas nama diriku yg tidak aku ucapkan, hendaknya dia menyiapkan tempat duduk dia di dalam neraka.

Hadith ini termasuk dari thulathiat Bukhari. Termasuk ulama yg membahaskan masalah thulathiat Bukhari ini ialah Syeikh Mohamad Mani' alAnsi hafizahullah.

Yang mana antara Bukhari dgn Rasulullah itu 3 orang saja. Ini menunjukkan semangat Al Bukhari dalam mencari hadith

Padahal beliau adalah min sighori atba ut tabi'in, tetapi beliau mampu mendapatkan sanad yg sangat tinggi ini.

Dan sebahagian orang Mamlakah mereka menuliskan  membanggakan. Mamlakah dan Syam, membanggakan bahawasanya sanad dia sangat tinggi. Antara dia dengan Rasulullah sekitar 19. Memang ini lumayan tinggi 19 tetapi dia bukan yang tertinggi. Yang tertinggi adalah 15.

Dan di dalam hadith tadi dgn sanad sanadnya tadi telah terkumpul seluruh syarat syarat hadith sahih, kerana seluruh rawinya itu tsiqah. Tsiqah itu udulun dobitun. Udul yaitu agamanya lurus dan mereka itu mantap penjagaan hadithnya. Dan sanadnya bersambung, yang mana mereka terang terangan telah mengatakan dengan sama' seperti hadasana Maki bin Ibrahim, hadasana Yazid bin Ubaid. Ini terang terangan. Amman fau qahum terhadap yg di atas mereka kecuali satu Yazid bin Ubaid terhadap Salamah mengatakan 'an'. Tetapi Yazid bin Ubaid ini tsiqah dan beliau sama sekali tidak disifati dgn mudallis maka an anahnya adalah ini makmulatun alal intisal yaitu dihukumi bersambung, maka ini tidak masalah.

عن
Dari
حدثنا
Telah menceritakan kpd kami

Dan tidak ada dalam sanadnya itu shuzuz,  penyendirian atau penyelisihan ataupun penyakit, tidak ada.

Ini adalah hadith yg sahih secara dzatnya yaitu dengan satu sanad saja langsung boleh dihukumi yaitu sahih tanpa ada pendukung yg lain.

Tapi manakala hadith sahih itu terbahagi menjadi 2 yaitu sahih lizatih dan sahih lighairih. Sekarang kita membahas yg kedua. Adapun hadith yg dikatakan sahih lighairih yaitu sahih kerana ada yg lain. Ia sendiri tidak kuat tetapi kerana ada yg lain dia menjadi sahih. Dia adalah hadith yg hasan, dia naik kepada derajat sahih kerana datangnya hadith hasan yg lain. Jadi ada dua sanad atau barangkali lebih yang menyebabkan dia terangkat menjadi sahih namanya sahih lighairih.

Misalnya hadith yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya no yg ke 19,779.

قال حدثنا أسود بن عامر شاذان

شاذان
Julukan dia

قال حدثنا أبو بكر يعني ابن عياش
yang meriwayatkan qiraah nafiq disamping Hafis bin Sulaiman. Qiroah Abu Bakar bin Ayyash qiroah Hafas Bin Sulaiman. Dua dua nya dari nafiq.

عن الأعمش، عن سعيد بن عبد الله بن جريج عن أبي برزة الأسلمي رضي الله عنهم
Siapa nama Abu Barzah?. Dia jelas laki laki. Namanya Nadlah. dulu adalah di zaman jahilliah tukang sihir kemudian masuk islam menjadi sahabi yg sangat agung.
Ini membantah ucapan para ulama bahawasanya tukang sihir itu tidak mungkin diterima taubatnya. Ini keliru besar. Yang benar adalah pendapat kebanyakan ulama yaitu boleh kalau taubatnya itu jelas.

قال رسو ل الله صلى الله عليه و سلم: 《يا معشر من آمن بلسانه
Wahai orang orang yg beriman dengan lidahnya (dari sisi lidahnya dia tampak beriman)

ولم يدخل الإيمان قلبه
tetapi iman itu belum masuk ke dalam hatinya

لا تغتابوا المسلمين
jangan kalian itu menyebutkan kejelekan kejelekan muslimin.

ولا تتبعوا عوراتهم

Jangan kalian mencari- cari atau menyelusuri atau mengejar ngejar kekurangan mereka.

فإنه من يتبع عوراتهم
Kerana barangsiapa mencari cari kekurangan muslimin

يتبع الله عوراته
Allah akan mencari-cari kekurangan dia. Dibalas.

ومن يتبع الله عورته يفضحه في بيته
Dalam lafadz yg lain

ولا في جوف بيته
dan barangsiapa Allah itu mencari cari kekurangan dia, Allah akan membongkar kekurangan dia itu walaupun dia sembunyi di tengah tengah rumahnya, naudzubillah. Sebagaimana kita sebutkan sebahagian ikhwah memang sengaja kita sebutkan untuk para qurra', sengaja di dalam Kitab Baiquniyah ini, kita cari hadith hadith untuk pendidikan. Pendidikan untuk hati hati terhadap hadith nabi,  pendidikan untuk tidak berdusta atas nama nabi. Dan juga untuk hati hati dalam menerima hadith. Dan juga pendidikan  akhlak. Kita sebutkan seperti hadith ini, dan juga pendidikan untuk masalah mengagungkan sunnah dan membenci bid'ah nanti kita sebutkan. Sengaja kita dalam contoh contoh itu kita cari yg seperti itu. Sebagaimana para mubtadi'ah mereka di dalam memberikan contoh mereka juga membawa contoh contoh yg mengajak kepada aqidah mereka. Maka Ahli Sunnah lebih layak untuk mendakwahkan aqidahnya melalui contoh contoh pula.

Sekarang kita lihat kondisinya. Sekarang tokoh tokoh yang ada dalam rantai sanadnya

Aswad Ibnu Amir Shazad Abu Abdul Rahman As Shamil tsiqah dan terpecaya.

Abu Bakar Ibnu Ayyaz dan Ibnu Salim Al Asabi Al kufi Al Hanaq Al Mutri' yaitu ahli baca quran tsiqah memiliki kesalahan kesalahan. Apa riwayat dia. Riwayat dia adalah sahih kecuali kalau ada ulama yg mentansis bahawasanya hadith ini adalah sebahagian dari kesalahan dia maka menjadi dhoif.

Tapi hukum asalnya siqatunnahu auham kalau dia meriwayatkan  maka hukum asalnya adalah riwayat dia adalah sahihah.

A'mash, Sulaiman ibnu Mihrab al Kufi, tsiqatun sabtun masyhur dan dia juga qari. Muqari dan muqrib punya qiraat khusus juga.

Said ibnu Abdillah ibni Juraij,
Aslami maula Abi Barzah soduqun rubbama wahim. Soduq terkadang keliru.  Ini juga sama kalau asal  periwayatannya adalah hasan, kecuali kalau ulama mengatakan ini bahagian dari waham dia bahagian dari kesalahan dia maka menjadi dhoif.

Bererti hadith ini dengan sanad tersebut menjadi hasan. Dia adalah hasan dengan sendirinya. Kerana ada rawi yg soduq.

Terus bagaimana dia menjadi sahih lighairih ini ditunda besok
إن شاءالله
والله أعلم

Sumber Channel Telegram: Mustalah Hadits

Kajian Kitab Mustalah Hadits (Dars 10)

 Kitab

المطايا الهنية
تيسير فهم البيقونية

Dars 10


Oleh: Asy Syaikh Abu Fairuz Abdurrohman bin Soekojo Al Qudsiy Al Jawiy حفظه الله

Masih pembahasan hadith yg sahih.

Hadith yg sahih itu harus mencangkup @ memenuhi 5 syarat.

1. Syarat yg pertama
Iktisolus sanad - sanadnya itu harus bersambung.

Bererti sanadnya org2 sufi putus. Yang mengatakan saya mimpi jumpa Rasulullah. Beliau menyuruh saya menyebutkan zikir begini begini begini. Sanadnya putus kenapa? Di atas sufinya ini kalau dia tidak dusta yg datang bukan Rasulullah tapi syaitan. Sanadnya putus. Tak mungkin syaitan itu mengambil dari Rasulullah. Tapi dipercaya, naudzubillah.
Kalau sanadnya itu putus maka syarat itu akan menjadi cacat.

Sekarang apa erti sanad? Yg nama isnad atau sanad yg secara bahasa nya bermaksud sandaran. Iaitu jalan yg menyambungkan seseorang kepada matannya (isi hadith itu).

Ucapan As-Sakhowi dlm kitab AtTaudih Abhar.

Terkadang kalau kita baca, kita dapati judul2 kitab ulama, tajuk tajuknya, kadang kita fikir susah sekali tajuknya itu seperti ini, tajuk  'Penjelasan Yg Paling Mencengangkan'. 
Seperti kitab Ahmad AlQorofi AlMisri. Kitabnya ketika membantah orang2 Nasoro, menulis kitab bertajuk 'Jawapan Jawapan Yg Megah' kerana ada surat dari orang2 Nasoro yg membuat syubhat yg bahaya. Maka beliau menjawab dgn kitab ini 'Jawapan -jawapan Yg Megah Terhadap Soal Soal yg Jahat'. Atau juga seperti kitabnya Zamaksyari yg menulis kitab 'Yg Melampaui Segalanya'. Memangnya mereka ilmunya tinggi, tetapi sebaiknya cari yg lebih baik.

2. Syarat yg ke dua
Adalatu yg bermaksud lurusnya agama. (Al adalah) Untuk bahasa kita keadilan, tapi bukan itu yg diinginkan iaitu org ini agamanya lurus, bukan pendusta, bukan suka membuat penipuan, dan yg semacam itu. Bukan suka mencuri dan sebagainya.

Iaitu lurusnya jalan agama, seluruh org yg meriwayat kan hadith tadi, iaitu seluruh rawinya. (Al adalah) adalah lurusnya agama si rowi tadi.

Makanya kalau dia seperti itu, mencapai seperti  Sulaiman bin Daud Ash Shazakhuri iaitu dia suka minum khamar, maka hadithnya tidak di terima. Kenapa.. sebab dia minum khamar. Itu dosa besar dan ini fasiq. Dia seorang yg tidak lurus agamanya.

Atau pendusta seperti Rottan Alhindi, dia pendusta maka riwayatnya juga tidak di terima. Atau yg lain lain, ma'ruf.

3. Syarat yg ke tiga:
Dobtur rowi, iaitu kemantapan si rawi, di dalam menjaga hadith yg dia bawa itu. Yaitu kukuhnya penjagaan dia untuk riwayat. Sengaja kita mengertikan 'hibzihi' itu penjagaan bukan hafalan kerana hafalan itu sering yang di dalam dada itu. Sementara abdobtu itu ada dua, yaitu :-
▫️ Penjagaan hafalan hati
▫️ Penjagaan kitab
Dua duanya boleh.

Berkata Imam Abu Amr Ibnu Solah rahimahullah (dari aimmatu syafiiyyah). Seluruh para imam hadith dan fiqih, (kebanyakannya bukan total tapi hampir semua) berpendapat, bahawasanya mereka mensyaratkan untuk orang yang riwayatnya itu layak untuk dipakai sebagai hujjah, diterima, dia itu harus adil, yaitu agamanya lurus. Yaitu dia mantap untuk apa yg dia riwayatkan itu.

Apa maksudnya? Periciannya yg dikatakan agamanya lurus.

📍 Dia harus seorang Muslim.
Maka riwayat org Nasara dan Yahudi tidak di terima. Orang Yahudi mengatakan ini, obat ini bagus, kami telah memeriksa dan ini mendapatkan pengakuan, telah di sembelih. Istilahnya, binatang tadi telah disembelih dengan syariat islam. Kalau berita ini dari Yahudi, kita tidak terima. Mereka mendusta. Thoyyib.

📍Dia harus baligh.
Ataupun kalau masih kecil, sering anak2 itu, masih dikuasai dengan fantasinya. Nanti musykilah beritanya. Ada polis, ada polis terlanggar. Ada ini. Ha pusing.

📍Dia harus berakal.
Walaupun org itu dewasa tetapi akalnya masih belum cukup maka tidak diterima.

📍Dia selamat dari sebab2 kefasikan.
Yaitu tidak melakukan dosa besar. Dan tidak juga terus menerus melakukan dosa kecil, menumpuk numpuk dosa kecil. Dan perkara perkara yg merosak kehormatan dia. Dia harus selamat dari itu. Thoyyib

Kemudian syarat2 yg berikutnya.

Ini adalah syarat untuk seseorang  dikatakan sebagai dobhit, yg mantap di dalam penjagaannya itu.

▫️Mutayaqqizon
Yaitu dia harus selalu terjaga, tidak mudah dilalaikan. Di dalam riwayat itu tidak mudah lupa, tidak mudah ditipu oleh muridnya. Kerana kalau dia mudah ditipu oleh muridnya, bahaya. Seperti yg dialami oleh Asbatunnas fi al A'mash, dia kalau meriwayatkan dari A'mash dia adalah nombor satu sudah. Siapa itu?  Abu Muawiyyah al Dhorir, Sulaiman bin Qozim, yg mana bahkan kalau Syu'bah meriwayatkan, kemudian kalau Said Al Qotton meriwayatkan, tetapi menyelisihi Abu Muawiyah,  maka yg dimenangkan adalah riwayat Abu Muawiyah. Tetapi setelah beliau tua, maka beliau itu menjadi pelupa. Ketika ada murid2 yg mendatangkan hadith hadith lain, dengan sanad lain, kemudian dimasukkan ke dalam kitabnya kemudian mereka membacakankan kitab beliau untuk mendapatkan ijazah. Beliau terkadang tidak sedar ini bukan hadith beliau kerana sudah tua. Maka syaratnya adalah dia harus selalu terjaga dan tidak terlalaikan.

Dan yg dijuluki contohnya yg terjaga secara umum, adalah para ulama tsiqah. Tapi yang sampai dijuluki sebagai tsiqotun yakhzon, contohnya adalah Fadhil bin Dukhain syeikh Imam Ahmad itu, Fadhil bin Dukhain. Beliau pedagang tetapi juga beliau juga adalah penghafal hadith yg luar biasa. Ketika diuji  ternyata mmg beliau betul2 yg luar biasa dan kisahnya makruf itu, tentang kemarahan beliau kepada Yahya bin Ma'in itu. Sampai ditendang, sampai diguling guling keluar dari kedai, kerana mencuba cuba menguji syeikhnya. Beliau marah. Walaupun sebahagian ulama  mengatakan sanadnya dhoif tetapi ini, ada beberapa jalur iaitu ketika Yahya bin Main dan Imam Ahmad, dua duanya mmg sama2 imam yg belajar bersama, mengatakan, 'Oh kita  hari ini akan ke Fadhil bin Dukhain. Kita akan uji beliau. Kata Imam Ahmad, 'Jangan engkau lakukan itu'. Kita ingin beliau itu tetap tsiqah. Kenapa?  Tidak ada satu tsiqahpun yg kecuali terkadang lupa. Ini wajar. Imam Ahmad khuatir, diuji Yahya dalam keadaan sang imam ini  sedang lupa iaitu Fadhil bin Dukhain, nanti beliau akan jatuh. Beliau mengatakan, 'Kami ingin orang ini tetap tsiqah'.

Sementara Yahya mengatakan saya harus uji dia. Maka mereka mendatangkan, maka kemudian mereka belajar beliau kemudian Imam Ahmad dan satu orang lagi. Kemudian beliau minta waktu kepada Fadhil bin Dhukain, maka Fadhil bin Dukhain duduk di kedai beliau itu. Kemudian mulai ada 30 hadith disampaikan kepada Fadhil bin Dhukain. Dikatakan ini riwayat anda.  Maka Fadhil bin Dukhain dibacakan satu persatu oleh sebahagian murid. Riwayat pertama, kedua, ketiga sampai riwayat ke sepuluh, beliau mengatakan, 'Oh tunggu sebentar.  Ini terbalik.  Hadith yg pertama harusnya demikian kedua harusnya demikian demikian sampai ke sepuluh.  Ini yg betul. Kemudian  dibacakan hadith yg berikutnya sampai ke dua puluh. Yg ke sebelas dua belas, beliau terima. Kemudian yg dua puluh beliau sedar. Oh tidak, ini tadi sejak tadi terbalik ini.  Dari sebelas sampai dua puluh. Yang benar begini,begini, begini. Demikian pula dari dua puluh satu sampai tiga puluh. Kemudian beliau mengatakan, ' Ini ada yg jahat'. Kemudian beliau memegang murid yg ketiga mengatakan kalau ini, dia kemampuannya belum sampai ini. Kemudian beliau memegang Imam Ahmad, kalau ini, ketakwaannya tidak akan menyebabkan dia berbuat ini.

Tidak ada kecuali si jahat ini. Kemudian dia di tendang, berguling guling keluar. Keluar dari kedai. Terus mereka keluar,  Imam Ahmad mengatakan, 'Saya sudah katakan padamu.  Ini tsiqoh'. Maka Yahya mengatakan, 'Tendangan dia lebih saya sukai daripada rihlah saya pada Abdul Razak'. Makanya dijuluki Fadhil bin Dukhain ini tsiqah dan terjaga.

Dan pembahasan itu panjang, masaalah apa hukum melakukan ikhtibar iaitu ujian terhadap seorang Syeikh? Di bahas panjang lebar oleh Fadhil Al Baghdadi di dalam Al Kifayah Fi Ulumil Riwayah.

Kemudian yg berikutnya adalah

▫️Haafizon
Yaitu dia hafal, kalau dia itu meriwayatkan dari hafalannya. Sama saja samaada dia hafal dengan lafaznya atau hafal dgn makna. Dua duanya boleh.

▫️Dhobiton bi kitabih
Yaitu memelihara kitabnya kalau dia meriwayatkan dari kitabnya. Itu semua adalah orang yg dikatakan sebagai adlun dhobitun yaitu tsiqah. Selesai dari Muqaddimah fi Ulumil Hadith.

Bererti kesimpulannya, yg namanya dhobit yaitu kemantapan riwayat,  itu terbahagi menjadi dua.
1. Kemantapan dada dia iaitu hafalannya kuat
2. Kemantapan kitabnya iaitu kitabnya itu terjaga.
Jangan sampai ada orang memberikan tambahan tambahan dan semacam itu.

Berkata alHafidz Ibnu Hajar, yang namanya addhobit, yaitu kemantapan penjagaan. Itu ada dua iaitu:-
1. Penjagaan dada.
Yaitu dia memantapkan, mengukuhkan apa yg dia dengar , yg mana dia itu mampu untuk menghadirkan bila pun dia inginkan. Yaitu hafalannya kuat. Bukan dalam majlis ini hafal, kemudian besok2 sudah lupa tapi malamnya di pelihara baik baik , besoknya diingat ingat hingga betul betul terhafalkan di dada dia. Itu namanya dhobtu as sadr.

2. Kemantapan dalam menjaga kitab.
Iaitu pemeliharaan kitab itu di sisi dia,sejak dia mendengar hadith yg ada di dalam kitab tadi dan dia memperbaikinya. Maaruf, para ulama kalau sudah mendapat diktek atau imlak dari Syeikhnya, dia akan memeriksa lagi pada Syeikhnya itu atau memeriksa lagi pada murid murid yg lain yg terpecaya. Ada lafaz yg keliru atau tidak,  ada tulisan yg salah atau tidak. Itu namanya taswib. Sampai dia menunaikannya itu, atau mengajarkannya  kepada murid yg lain.

Sementara dhobut itu sering diikat dgn at tham iaitu hafalan yg sempurna, kemantapan penjagaan yg sempurna. Isyarat tentang tingkatan yg tertinggi dalam masalah itu. Iaitu kalau kemantapan penjagaan dia itu sempurna, maka dia bererti tsiqah. Tapi kalau kemantapannya itu agak sedikit kurang, maka dia soduq. Dan  dua duanya boleh. Di terima hadithnya.
Selesai dari Nussatun Nadhar.

Sumber Channel Telegram: Mustalah Hadits

Kajian Kitab Mustalah Hadits (Dars 9)

 Kitab

المطايا الهنية
تيسير فهم البيقونية

Dars 9


Oleh: Asy Syaikh Abu Fairuz Abdurrohman bin Soekojo Al Qudsiy Al Jawiy حفظه الله

Nabi صلى الله عليه وسلام bersabda, 'Saya akan mendatangi pintu syurga di hari kiamat'.

Bukan pintu yg kecil tapi pintu yg luasnya diantara, jarak diantara dua tiangnya seperti antara Mekah dgn Busra, ini perjalanan satu bulan, nanti pd hari kiamat.

Kemudian saya minta dibukakan, sebagaimana dlm lafadz yg lain, 'Saya yg pertama kali mengetuk pintu syurga', yaitu saya yg mengoncangkan lingkaran gelang untuk membuka pintu itu.

Maka yg menjaganya bertanya, 'Anda siapa?' Tidak disebutkan alkhodim namanya arRidwan, kerana ini mmg dari kisah Israiliyat tapi kita yakin bahawasanya mmg syurga punya penjaga.

Maka saya mengatakan,  'Saya adalah Muhammad'. Maka malaikat tadi mengatakan, 'Utkmu lah saya diperintahkan. Saya tidak membuka utk satu orang pun sebelum anda.

Makanya Imam Ibnu Qaiyum di dalam awal2 kitab beliau Haadil Arwah, dan awal2 kitab beliau Zaadul Maad, juga awal2 kitab beliau Thoriqul Hijrotain,  mengatakan, Allah Ta'ala itu menutup seluruh jalan yg menyampaikan kepada diriNya (masuk ke dalam syurga dgn keredhoan Allah) kecuali jalan Muhamad صلى الله عليه وسلام.

Rasulullah ini lah yg akan membuka pintu syurga. Maka barangsiapa yg ingin dgn metode yg lain utk masuk syurga, jalan yg lain,  jgn harap dia akan sukses bahkan 73  kelompok, 72 golongan sudah mencuba semuanya, ternyata semuanya masuk neraka, naudzubillah.

Yang beruntung adalah ahlussunati waljamaah.    diriwayatkan oleh Imam Muslim.

AlBaiquni mengatakan, ini adalah dari bahagian2 hadith kerana ilmu hadith itu banyak, perinciannya disebutkan panjang lebar oleh al Imam Ibnu Hibban di dalam awal2 kitab sahih beliau. Pembahasan yg sgt rinci. Tapi jelas kita tidak perlu membahas itu disini.

Iddah yaitu bilangannya. Bilangannya bermacam2, dan setiap jenisnya nanti akan datang disertai dengan definisinya.

Sang penyair rahimahullah menyebutkan bahawasanya  syair ini di dalamnya ada penyebutan jenis jenis hadith (jenis2 ilmu hadith) dan bahawasanya beliau akan menyebutkan masing2 dari jenis2 hadith tadi (jenis ilmu hadith) disertai dgn definisinya yaitu ertinya.

Hadith secara bahasa, perkataan dan ucapan.

Sebagaimana di dlm hadith Jabir radiyallahu anhu kpd Rasulullah sallallahu alaihi wasallam (diangkat kpd Rasulullah). Amma ba'du, kmdn setelah itu. ' Sesungguhnya sebaik2 perkataan adalah Kitab Allah(Ia adalah kalamullah). Riwayat Imam Muslim.

Mulla Ali alQori rahimahullah (alMisri) berkata, sesuatu yg diperbincangkan, sesuatu yg dibicarakan. Selesai dari Irqotu Mafatih.

Almuhim hadith adalah ucapan. Ini makna asalnya.

Sekarang hadith secara syariat itu apa? Ia seperti definisi sunnah secara syariat, yaitu seluruh sejarah nabi sallallahu alaihi wassalam. Iaitu baik ucapan, ataupun perbuatan, persetujuan, keinginan, atau berupa sifat.

Ternyata secara syariat hadith jauh lebih umum daripada lughah. Bukan hanya ucapan tetapi juga semuanya.

Termasuk pula yg terbaik dari Ibnu Hajar al Asqalani, hadith asalnya lawan dari qadim.
Hadith itu sesuatu yg baru. Al qadim sesuatu yg sudah lama.

Kenapa perkataan dikatakan hadith, kerana sebelumnya tidak bicara istilahnya tiba tiba ada perbicaraan. Ini secara bahasa. Aslinya demikian tapi yg betul betulnya tanpa hamzah khoto' tanpa kepala langsungnya alstilah bukan al istilah.

Iaitu sesuatu yg dinisbatkan, disandarkan kepada nabi sallallahu alaihi wassallam. Secara ucapan, mahupun perbuatan, ataupun persetujuan, atau berupa sifat. Menjelaskan sifat Rasulullah.

Bererti ini kalau hatta kita jadikan dia apa ya seandainya dia maktuf iaitu hatta harakaten iaitu ia juga mansub.

Sampai bahkan gerakan gerakan2 beliau dan diamnya beliau ketika terjaga ataupun dalam keadaan tidur semuanya masuk dalam istilah hadith kerana itulah yg dipelajari dalam ilmu hadith. Selesai dari kitab Al Gyoyah fil Sharril Hidayah.

Imam Muhammad Ibnu Ismail As San'ani (Ibnu Amir) Rahimahullah, sering istilah assunah itu diucapkan dan  dilontarkan, dan yg diinginkan adalah kumpulan dari sejarah, seluruh perkara yg datang dari nabi sallalahu Alaihi Wassalam dari ucapan beliau, perbuatan beliau, persetujuan beliau, dan apa yg beliau ingin untuk mengerjakannya.

Sunnah hammiah atau hadith hammi. Semuanya masuk dlm hadith. Selesai dari kitab Sod'u ad Dajinah. Ini kitab yg bagus sudah di cetak, punya As San'ani.

Bab yg keempat,

1. Sang penyair mengatakan, yg pertama dari jenis2 hadith adalah hadith sohih.

Yaitu sesuatu yg bersambung atau hadith yg bersambung isnaduhu iaitu rantainya. Tidak menyendiri atau menyelisihi yg lain dan tidak pula punya penyakit yg tersembunyi. Diriwayatkan oleh rowi yg adil yg jalan hidupnya itu lurus iaitu yang mantap penjagaannya, hafalan dan kitabnya dan dari yg semisal dgn dia.

Dia memang layak utk dijadikan patukan di dlm penjagaan dia dan penukilan dia.

Yang pertama kali dari jenis2 hadis adalah hadith sahih. Dan dia inilah tingkatan yg paling tinggi kerana dengan inilah syariat akan terbentuk. Makanya, ini didahulukan, jangan didahulukan hadith maudhu' dulu. Itu paling akhir, masalah hadith palsu itu.

Kita cari yang paling bagus dan paling  layak di sandarkan pada nabi iaitu hadith sahih.

Sahih, sihat, secara bahasa maknanya yang selamat dari penyakit2.  Itu namanya hadith yg sihat. Demikian pula badan yg sihat, ucapan yg sihat, keyakinan yg sihat. Yg namanya sahih, kesihatan, lawan dari sakit. Dan sihat, lawannya hilang dari penyakit.

Selesai dari kitab Lisanul Arab

Sekarang hadith sahih secara istilah. Yang di ucapkan oleh al Hafidz Ibnu Mulaqqin rahimahullah, syeikh dari Ibnu Hajar. Hadith sahih adalah hadith yg selamat dari celaan di dlm sanadnya dan matannya. Ini difinisi yg sgt pendek dan bagus. Selesai dari kitab at  Tazkirah fi Ulumil Hadith.

Tapi perinciannya, bagaimana dia dikatakan selamat dari celaan sanad dan matannya sehingga dkatakan sebagai hadith sahih?

Perincian akan disebutkan nanti.

Kita habiskan mukasurat ini.

Hadith sahih adalah hadith yang berkumpul pada dirinya syarat syarat yg disebutkan oleh sang penyair.

Dan juga diucapkan oleh ibnu Mulaqqin iaitu sahih yg disepakati oleh para ulama adalah, iaitu suatu hadith yg rantainya itu bersambung dengan rawi rawi yg udhul ( yg hidupnya itu lurus), yg penjagaannya itu kuat, penjagaan kitab dan hafalan nya. Tanpa adanya syuzuz (iaitu ia menyendiri atau menyelisihi dgn yg lain ) iaitu penyakit yg tersembunyi.

Di dalam sifat2 ini tadi ada penjagaan dari hadith mursal. Iaitu hadith yg terputus antara tabi'in dgn Rasulullah. Jelas ini hadithnya dhoif.

Dan munqatiq iaitu sanadnya terputus secara umum tidak harus di atas tabi'in,

Dan hadith yg putus dua rantainya. Dua anggota rantai terputus secara secara berturutan.

Ini masing2 kita akan sebutkan. Definisinya disebutkan oleh sang penyair.

Kita ambil secara mudahnya. Akan di rincikan nanti.

Dan Shadz iaitu menyendiri atau menyelisihi rawi yg lebih kuat.

Dan juga sifat2 tadi itu di dalamnya ada penjagaan dari hadith yg di dalam nya ada penyakit yg merosak, yg membuat cacat. Dan suatu hadith yg didalam rawi nya itu ada jenis celaan.
Betul2 rawinya, rawi yg tsiqah.

Kalau apa yg disebutkan ini terpenuhi maka jadilah itu hadith yg sahih. Selesai dari kitab al Mugni' fil Ulumil hadith.

Soalan soalan.
Sila dengarkan bagi menambah kefahaman

Sumber Channel Telegram: Mustalah Hadits

Kajian Kitab Mustalah Hadits (Dars 8)

 Kitab

المطايا الهنية
تيسير فهم البيقونية

Dars 8


Oleh: Asy Syaikh Abu Fairuz Abdurrohman bin Soekojo Al Qudsiy Al Jawiy حفظه الله

Begitu pula disyariatkan utk bersolawat kpd nabi sallallahu alaihi wasallam, di awal2 pembicaraan.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam mendengar seseorang yg dia berdoa didlm solatnya, dia tidak berzikir dgn nama Allah azza wajall, dia tidak bersolawat utk nabi sallallahu alaihi wasallam. Maka Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, beliau bersabda, 'orang ini tergesa-gesa. Kmdn beliau memanggilnya, kmdn Rasulullah bersabda kpd dia dan kpd yg lain. Ini menunjukkan boleh seseorang itu dicela tetapi dlm rangka utk menjelaskan kpd orang lain, bukan utk menjelek2kan dia agar org lain juga faham, cara mcm ini keliru.

Kmdn diajari, bukan hanya dicela dibelakang tapi di ajari baik2. Kalau diketahui bahawasanya orang ini adalah mudah menerima nasihat. Kalau tidak ye semampunya.

Kalau salah seorang dari kalian itu solat, hendaknya dia memulai memuji Robbnya dan menganjungNya, kmdn hendaklah dia bersolawat kpd nabi, kmdn setelah itu silakan, dia berdoa dgn apa yg dia inginkan. Ini menunjukkan bahawasanya adab di dlm solat, sebelum berdoa adalah seperti itu. Memuji Allah, menyanjung Allah kmdn bersolawat dan kmdn berdoa. Doanya sekehendak dia, tidak harus lafadz2 yg ada dlm alquran ataupun hadith, apa yg dia inginkan

Tentunya dgn bahasa arab, kalau dia adalah di dalam solat.
- Dikeluarkan oleh Ahmad dan Abu Daud dan Tirmidzi dan ia hadith sohih.

Definisi solawat kpd nabi, sebagaimana diucapkan oleh Imam Ibnul Qayyim, bahkan solawat yg diperintahkan didlmnya yaitu kita memohon kpd Allah, apa yg Allah khabarkan ttg solawat dia dan solawat para malaikatnya, yaitu yg di dlm surah al Ahzab itu

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا 
Kita mohon kpd Allah utk merealisasikan solawat tersebut.
Apa itu?
Kalau dari Allah. Yaitu sanjungan utk Rasulullah, dan menampakkan keutamaan dan kemuliaan beliau, dan keinginan utk memuliakan beliau, dan utk mendekatkan beliau, kpd Allah. Kita memohon kpd Allah utk melakukan ini semua kpd Rasulullah. Maka solawat itu, dia itu mengandung berita dan sekaligus permintaan atau permohonan. Khabar bahawasanya Allah memuji rosulNya dan juga memohon yaitu kita memohon kpd Allah, agar Allah memuji, menyanjung dan mendekatkan rosulNya pd diriNya.

Permohonan dan doa yg datang dari kita ini dinamakan sebagai solawat kpd nabi li wajhain kerana ada dua sisi, ada dua sudut pandang.

Yg pertama, dia itu mengandung sanjugan org yg bersolawat kpdnya. Bererti ini adalah berita, sanjugan kpd  objek yg sdg di solawati itu yaitu anjuran utk melihat dia (iklan akan keutamaan objek tersebut, ini isyadah), dgn menyebutkan kemuliaannya, keutamaannya. Kemudian dia juga mengandung adanya minat dan kecintaan utk melakukan itu semua dari Allah taa'la. Itu mengandung berita dan sekaligus permohonan. Kita memberitakan demikian demikian dan sekaligus kita mohon kpd Allah utk melakukan yg demikian tadi.

Dari sisi yg kedua adalah, bahawasanya solawat tadi yg datang dari kita itu dinamakan solah @ solawat kerana kita memohon kpd Allah agar Allah itu bersolawat kpd beliau. Maka solawat Allah kpd nabi adalah sanjungan Dia dan keinginan Dia
utk meninggikan penyebutan rosul dan utk mendekatkan beliau. Sementara solawat kita kpd rosul adalah, kita memohon kpd Allah taa'la utk melakukan itu kpd rosulullah.

Selesai dari Jalalul Arham, termasuk kitab yg paling bagus dan paling luas didlm membahas keutamaan solawat.
Walaupun beliau juga mengambil dari ulama yg lain, mengambil dari Ibnu Waqi' alQodi rahimahullah.

Adapun keadaan Muhammad bin Abdullah alHashimi sebagai nabi yg terbaik dan sebagai utusan yg paling baik, yg disebutkan oleh alBaiquni, maka ini jelas dgn dalil2 yg telah dikenal diantaranya hadith dari Abu Hurairoh radiyallahu anhu. Dulu kami bersama nabi sallallahu alaihi wasallam

Sumber Channel Telegram: Mustalah Hadits